Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for March 5th, 2008

gebeng story: breakfast

with 10 comments

semambu is a big rattan

Setiap pagi ke tempat kerja di gebeng itu, me akan singgah gerai semambu.

Ada roti canai. Ala macam roti bom, orang KL bilang.

Tapi memang kena dengan selera me. Seperti roti perata yg bonda me buat selalu. Masa zaman me kecil dulu-dulu.

Tapi me bengang juga. Selalu me tiba jam tujuh tepat. Gerai itu baru hendak di buka. Kerusi meja baru hendak disusun. Cadar meja baru hendak dibentang juga. Peniaga orang kita.

Nasib baik periuk belanga tidak terbang melayang-layang.

Tapi me kesian juga. Me selalu sediakan wang siling duit kecil. Buat pembayaran. Kalau tidak, jawapannya sebegini,

maaf encik, takdok duit kecik laa..

Alahai.

Current music: Butterfingers “1000 tahun mahu hidup”

Written by en_me

Wed 5 Mar 08 at 12:04 am

Posted in nostalgia

Tagged with , , ,