Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

TIMELINE

2 tahun terlampau:
Pekerjaan professional me melibatkan komputer. Masih dalam bidang ‘oil and gas.’
Me melasik mata buat pertama kali.

2000an:
Me berhijrah ke ibu negara. Sendirian.
Me masuk dan menang beberapa peraduan tv, dimulai dengan who wants to be a millionaire,
perdana ria, dan sempurnakan harimu. Me juga menang banyak baucer McDonalds dari peraduan silangkata Harian Metro itu. Tapi hadiah kemenangan paling manis ialah bila me menang ‘lucky draw’ cabutan bertuah [ jackpot ] yang itu (bukan nombor ekor pmp, magnum, atau toto noo).

Me karang satu-satunya buku me. Dari buku itu me menjadi penulis pojok selama dua tahun di Mingguan Wanita. Me melawat Belanda dan Perancis.

Me melawat Perth atas tiket melancung percuma.

1990an:
Me bekerja di syarikat pertama, mendapat latihan di Singapura dan Jepun. Dua tahun kemudian, me bekerja di syarikat membuat pelantar minyak selama sembilan tahun.

1980an:
Me mula bersekolah menengah di pekan nenas, kemudian di bandar pontian. Me menduduki SPM dan layak melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat selama 5 tahun. Akhir abad, me berjaya membawa pulang ijazah.

1970an:
Me mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pekan Nenas. Hari pertama persekolahan darjah satu, me gaduh dengan rakan perempuan sekelas me. Me cakap cikgu, me hendak balik rumah. Pada zaman itu, tiada sekolah tadika lagi. Kalau me adik-beradik hendak kesekolah yang jauhnya 3 kilometer, kami terpaksa berjalan kaki saja melalui jalan tanah merah yang kalau hujan mesti becak.

1960an:
Me dilahirkan dalam era ini. Beberapa bulan selepas dilahirkan, keluarga me berhijrah ke Sabah. Kami tinggal di Malaysia Timur selama empat tahun sebelum pulang ke Semenanjung. Me cuma ingat kami pernah bekerja di kebun koko disana.

  • * start of lifetime **

Written by en_me

Sun 7 Oct 07 at 3:33 pm

%d bloggers like this: