Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for the ‘nostalgia’ Category

Then & Now: Tanjong Piai

with 47 comments

me and aDm (19)
left (1990) | right (2009) last weekend

Sudah lama me tidak ke tanjung piai di hujung sana. Memang sudah banyak berubah. Papan tanda itu pun sudah dialihkan, lusuh, buruk dan tersembunyi di tepi longkang pula.

aDm pun semakin tinggi daripada me. Bayangkan, lagi dua poh tahun. aDm mesti dah sama tinggi dengan pokok kelapa itu kan. He he he.

Nota kamus dewan edisi keempat: tanjung, bukan ‘tanjong’ (ms 1604) i hujung tanah yg menganjur ke laut (danau, sungai, dll).

Alahai.

Written by en_me

Wed 27 May 09 at 12:07 am

Posted in nostalgia

luka lama berdarah kembali

with 29 comments

toyota prado with bearing plat number jeq 109 (no reverse sensor)
taman rinting, masai

Beberapa minggu lepas, me ada cerita pasal cikcity me yg tamponnya terlondeh dibawah enjin itu. Kelmarin me sudah pergi bengkel kedai baiki kereta.

Dipendekkan cerita penutup bawah enjin cikcity sudah pun ditampal pin.

Di tempat bengkel yg sama. Me perasan ada satu kereta toyota prado seperti diatas. Mundar-mandir tapi tiba-tiba memecut pergi. Mungkin melihat ramai pelanggan lain yg menunggu agaknya. Ya, kereta yg pernah melanggar mQ semasa mengundur ke belakang ketika sarat mengandungkan aBo.  Lapan tahun yg lampau.

Sambil me gatal nak pantunlah sikit.

rama-rama di pinggir kali,
menghisap madu si bunga cina;
luka lama berdarah kembali,
luka baru parutnya dimana one uoolsss..

Alahai.

Written by en_me

Thu 9 Apr 09 at 12:09 am

Posted in nostalgia

antara masai dan sakai

with 24 comments

our first day in japan (12th november 1989)
around the clock, back from left: mr oii, mr bang, mr quek, en juarimi, en sazali, mr siva, mr milupa, en hatta,
mr william

Bila cakap pasal ‘masai’, mesti korang ingat pasal orang asli afrika yg hitam legam. Bila cakap pasal ‘sakai’, mesti korang ingat pasal orang asli yg tinggal dalam hutan pahang. Bercawat dan topless saja. Jadi, sila abaikan tajuk ya kawan-kawan.

Minggu lepas, me dikejutkan di ‘wajah buku’ itu. Kawan sekerja yg pernah bekerja di syarikat pertama menegur me. Me memang terkejut gila. Hampir dua poh tahun tidak berjumpa.

Dipendekkan cerita, me sudah imbas album pertama gambar-gambar masa me ke jepun. Program latihan bekerja di bandar sakai, osaka selama enam bulan. Syarikat pembuat komponen basikal lumba dan pancing terkenal dunia. Shimano components (m) sdn bhd pekan nenas gelang patah mersing singapore.

Memang. Kawan yg me jumpa di ‘wajah buku’ itu tiada dalam gambar diatas.  Biarkan saja di ‘wajah buku’. Biarkan, biarkan. mas idura  facebook

Alahai.

Written by en_me

Sun 29 Mar 09 at 12:03 am

Posted in nostalgia

Then & Now : Teluk Anson

with 21 comments

1 & 3 – 1st september 2000 [aQi (2), aTi  (8) and aDm (10)]
2 & 4 – 20th march 2009 [yaasir (2), aBo (8) and aQi (11)]

Alhamdulillah. Me baru sahaja kembali dari jalan-jalan di negeri yg sedang berkecamuk dengan hal politik itu.

Me penat dan letih. Nanti me cerita lagi.

Alahai.

Written by en_me

Sun 22 Mar 09 at 12:02 am

Posted in nostalgia

slumdog millionaire

with 62 comments

it’s a destiny movie, as well as an exhilirating experience (for me)
(picture taken from the world wide web)

Me telahpun membeli dvd haram*jadah filem ‘slumdog millionaire‘ itu.  Memang teruja. Filem yg menang lapan anugerah oscar tempohari.

Dan mengimbau kembali kenangan me menjadi peserta lapan tahun yg lampau. Walaupun hanya tiga soalan lagi menjadikan me jutawan. Pengalaman itulah yg tidak ternilai rasanya. [+ makcik nasi lemak pun tengok millionaire ]

Dalam filem tersebut, ada satu dialog yg membuat me berfikir sejenak. Bila imbasan kembali peristiwa rusuhan antara penganut hindu dan islam di india. Jamal Malik (lakonan Dev Patel), hero tersebut memberitahu polis yg membelasah dan menahannya,

kalau tidak kerana Rama dan Allah, mungkin ibu saya masih hidup..

Alahai.

Written by en_me

Mon 2 Mar 09 at 12:02 am

Posted in games, nostalgia

Tag: 25 Things About Me (nostalgia belajar di Amerika)

with 54 comments


engineering department
northern arizona university, flagstaff, arizona (circa 1988 )

Cek zatil yg tinggal di masai itu telah mengetag me di facebook. 25 Random Things About Me. Me hendak tukar ‘random‘ jadi ‘nostalgia‘. Dan me tidak hendak kemaskini dalam facebook itu. Boleh kan.

Rules: Once you’ve been tagged, you are supposed to write a note with 25 nostalgia things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you.

1 – English Course. Selepas SPM tahun 1983, me dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Amerika. Tapi kena hadiri kursus bahasa inggeris di ITM Shah Alam selama 6 bulan. Duduk di Seksyen 6. Bersebelahan balai polis dan surau.

2 – Community College. Walaupun gagal peperiksaan TOEFL, me mendapat tawaran masuk ke kolej komuniti di Arapahoe, Denver, Colorado, Amerika. Me kena ambil kursus bahasa inggeris lagi selama 6 bulan.

3 – Driving License. Me belajar memandu kereta, guna kereta cikgu mat salleh me.  Baru dua minggu me mendapat lesen memandu, me kemalangan kali pertama dalam hidup me di tempat letak kereta K-mart. Me pandu kereta kongsi rakan dan langgar jeep mat salleh yg besar gedabak.

4 – The Grand Canyon State. Lulus TOEFL, me mendapat tawaran belajar di Northern Arizona University. Berdekatan taman Grand Canyon yg terkenal itu, di negeri Arizona. Sebelum ke situ, me ingat Arizona adalah tempat yg bergurun dan tempat koboi bertendang tapi sebaliknya. Bandar Flagstaff terletak di utara negeri Arizona dan berada di kawasan pergunungan yg cantik.

5 –  Chinese Shop. Bandar besar di arizona yg paling dekat ialah bandar Phoenix (2 jam perjalanan kereta) ke selatan. Bandar Phoenix juga adalah ibu negeri Arizona. Bandar kedua ialah Tucson yg terletak jauh keselatan lagi, berdekatan sempadan negara Mexico. Setiap bulan, me dan rakan-rakan akan ke Phoenix untuk membeli peralatan dapur, terutamanya rempah ratus di kedai cina di situ. Ya, bandar Phoenix dan Tucson memanglah sebuah bandar gurun padang pasir gitu.

wearing sweater of western michigan university at kalamazoo
niagara falls, new york (circa 1988 )

6 – Bicycle. Di musim panas juga, me pakai basikal untuk ke dewan kuliah dan ke bandar. Me juga pernah beli motor skuter yg susah start bila musim sejuk. Bila me pulang ke tanahair, me jual skuter itu pada rakan serumah me.

7 – Movies. Me suka menonton wayang seorang diri. Lagipun panggung wayang ada berdekatan dengan tempat tinggal me. Pernah me tertinggal dompet di panggung wayang pada cerita terakhir tengah malam. Sampai me telefon polis tapi pakcik polis pun tidak boleh berbuat apa-apa. Me kena tunggu keesokan pagi pula dan nasib baik me dapat balik dompet me di tempat duduk itu.

8 – Video. Zaman itu tiada lagi vcd dan dvd atau talian internet seperti sekarang. Jadi me suka menyewa video dan video player untuk ditonton dirumah.

9 – Chess. Me dulu suka main catur. Sampai me pernah beli papan catur berkomputer guna kiriman pos. Tapi sekarang minat dan kepakaran itu sudah pupus.

10 – The Last Batch. Masa kumpulan me belajar ke Amerika, kami adalah kumpulan terakhir yg kerajaan memerintah hantar untuk pengajian selama empat tahun. Dua tahun sekali, me pulang ke tanahair selama dua bulan. Selepas kami, kumpulan pelajar terpaksa mengikuti kursus di tanahair selama dua tahun, dan belajar di Amerika dua tahun gitu.

the university of toledo (circa 1988 )

11 – Allowance. Setiap hujung bulan, pihak penaja kami, petronas, akan mengirim wang elaun pada wakil di tempat kami. Tiga hatus dolar, itulah wang saku kami. Tolak sewa rumah, makan minum, sekadar cukup-cukup saja.

12 – Tabligh. Ya, me pernah mengikuti kumpulan tabligh. Masa kursus di itm shah alam lagi, me sudah turut serta kawan-kawan tabligh. Di Amerika, me pernah ikut kawan-kawan tabligh ke California, Denver, dan Kansas City.  Banyak cerita sebenarnya, antaranya pernah ada kereta polis pusing keliling tempat kami sedang bersolat di luar tempat meletak kereta di sebuah restoran. Takut-takut kami teroris agaknya.

13 – Video Games. Dulu permainan komputer amatlah jarang didengar. Kalau me hendak main games, me akan pergi ke kedai video games. Biasanya sendirian. Me suka main games ‘1942’, ‘Space Invaders’ dan Pacman. Tapi tidaklah ketagih.

14 – Soccer. Macam remaja lainnya, me juga bermain bolasepak dengan kawan-kawan diwaktu petang. Biasanya dengan kawan-kawan melayu. Pernah juga kami bermain bola dengan pak-pak arab.

15 –  American Football. Me suka juga menonton di kaca televisyen perlawanan bola ala ragbi Amerika dan juga bola basketball itu. Tapi me tidak pernah bermain.


thanks to zulmaz for taking the pic
university of north carolina at charlotte (circa 1988 )

16 – Summer Job. Selalunya pada musim panas, me dan rakan-rakan akan mencari kerja mencuci hostel di universiti tempat kami belajar. Dari mengemas katil, menggosok lantai, mencuci tandas, mengemop dan sebagainya me pernah lakukan.

17 – Meals. Biasanya me akan kongsi barang-barang dapur dengan kawan-kawan serumah. Kami adakan giliran memasak. Masakan orang bujang gitu.

18 – Travel Part Une. Dalam negeri arizona sahaja, me sudah pergi beberapa kali ke taman Grand Canyon yg cantik tak terucap dek kata-kata itu. Taman Grand Canyon terletak di utara dan tidaklah jauh dari bandar Flagstaff, cuma kurang sejam memandu kereta. Bandar Phoenix selalu juga me pergi untuk membeli bekalan barang-barang dapur dari kedai Cina. Bandar Tucson me cuma pernah pergi sekali, jumpa kawan sekampung yg juga belajar di sana. Bandar Sedona juga me pernah lawati dengan melihat pemandangan yg menarik. Me juga pernah ke istana Montezuma, bekas penetapan kaum orang asli disana.

19 – Travel Part Deux. Selain mengikuti kumpulan tabligh me juga pernah jalan-jalan ke beberapa tempat lain di Amerika. Musim panas tahun 1988 me mengembara seorang diri dengan menaiki bas Greyhound (guna pas diskaun) sehingga ke Niagara Falls, New York. Dari Flagstaff – Albuquerque (New Mexico) – Boulder (Colorado). Di Boulder, me jumpa kawan masa kami belajar English, sila rujuk (2). Dari Boulder – Kansas City (Kansas) – Toledo (Ohio). Di Toledo, me lepak jumpa kawan-kawan yg pernah datang ke Flagstaff setahun sebelum itu. Mereka juga bawa me ke taman Niagara Falls (New York) dan me sempat masuk ke negara Kanada untuk beberapa jam sahaja. Selepas seminggu di Toledo, me pergi ke Kalamazoo melalui bandar Detroit (Chicago) , jumpa cikgu Sanusi Sidin, bekas cikgu sekolah me yg sedang belajar di sana. Seminggu juga me lepak di Kalamazoo. Dan dari Kalamazoo, me pulang ke Flagstaff dengan menaiki bas Greyhound.

20 – Travel Part Trois. Dalam banyak pengembaraan keluar dari bandar Flagstaff, perjalanan ke pekan Logan (Utah) amatlah sukar untuk me lupakan. Musim panas tahun 1988. Me menemani rakan me yg baru mendapat lesen memandu untuk berjumpa girlfriend dia di sana. Mula-mula me yg pandu kereta, tapi nasib malang, dalam perjalanan me kena tahan polis kerana mengekori kereta depan dengan rapat. Lepas itu, rakan me yg pandu kereta dia. Di tengahari yg terik dan mungkin beliau merasa mengantuk. Me masa itu sedang tidur. Tiba-tiba rakan me terbabas ke bahu jalan dan melanggar mpv yg sedang berhenti disitu. Dipendekkan cerita, me cedera parah di bahu, rakan me juga cedera. Kereta rakan me dan mpv yg dilanggarnya juga binasa. Dipendekkan cerita lagi, me dapat duit pampasan insuran kemalangan itu dan me beli komputer Apple Macintosh.

please forgive my eyes (a day after my road accident)
utah state university, logan (circa 1988 )

21 – Juliza Adlizan. Rujuk no. 20. Pemenang bintang rtm tahun 1983 dengan lagunya Kuda Hitam. Di universiti Logan itu jugalah me berjumpa dengan Juliza Adlizan. Me sempat juga jalan-jalan dengan bekas suaminya yg pertama dulu. Kami pernah solat bersama-sama di laman yg sejuk diliputi salji di tempat rehat dan rawat di mana entah. Kali terakhir me dengar berita, beliau disaman oleh Yayasan Pahang kerana tidak membayar pinjaman belajar di luar negara dulu.

22 – Photography. Dari dulu pun me memang suka tangkap gambar. Me beli kamera SLR pertama me. Jenis Minolta yg pakai gegelung filem.

23 – (This item is intentionally left blank.) supyan husain, sheikh annuar shaik abdul rahim, rosli mat ali, shaharuddin hamidun, aminuddin baki,  azlan othman, md fazlin, mohd noor said, ku hamid, ku shahidi ku hamid, amrizal, nasiruddin, shaiful bahari, hamid jaafar, hanapai, abd manap, abdul jamal, Anis Whittingham, Anisah Abu Bakar, Dr. Carolina Lopez, Mohd. Salleh Abdulla, Normah Mohd. Amin, Bala Duraisamy, Mohd. Fadzil Idris, Mohd. Fazlin Abu Rahman, Raihan Mustapha, Shaharudin Hamidun, Suhana Sulaiman, Angie Lee, Rajasingham Rajarathnam, C. Joseph Anthony, Zuraimi Abu Hassan, Azwira, Norain Ali, Sum Chee Chong, Ahmad Rosli, Ahmad Zaidi, Fadzilah Husni, Isman Rohimly Ibrahim, Izuati, Wan Mohd. Aidie Adnan, Marliza, Mohd. Hafani Mohd. Hussain, Norfadzilah Jamain, Dr. Rashila Ramli, Roodi, Yusri, Zulkifli Yusof, Daing Ismail Abdul Aziz, Nurulfitriah Abd. Mutalib, Rayhanah Abbas, Rohayu, Aishah Ali, Fatihah Che Hashim, Helmi Mohammed, Mohd. Azrul Erwan Tusiman, Mohd. Rizal, Mohd. Subki Yusoff, Nordiana Ismail, Rita Murni, Rozita Zubair, Tg. Khalizul, Zarina Abdul Aziz, Zul Ezzati Osman, Aziaton Rahimah, Hashim Abdul Rahman, Rafidah Shamsudin, Ahmad Kamrizamil Mohd Riza, Jalilah Tahir, Maizah M. Saad, Meor Arifuddin, Ong Eng Jin, Rozi, Ruhiyati Idayu, Salbiyah Mohd Nor, Sri Ainul Faliza Md. Ison, Ass. Prof. Supyan Hussin, Huszainey & Roselaini, Ahmad Faizal Abd Razak, Ahmad Sukiman, Aida Nazri, Andry Soefian, Asrol Azam Mohd Yusof, Basyariah, Hisham Zahari, Intan Maharani, Jainuddin Ismail, Jennifer aloysius, Mashitah Nayan, Mastura Aseli, Mohd. Azhar Jaafar, Mohd. Hafie Basikin, Mohd. Faris b. Haji Arrifin, Noraziah Zubir, Norida Zahia, Nurazyan Ismail, Rasidah Adris, Rosidah Salleh, Rozaino Sarbini, Dr. Rosniah, Dr. Sallehudin, Dr. Subkair, Suhaffiza Salim, Suhaimi, Tan Say Kiat, Yap Soon Teck, Zairina Mohd. Radi, Ahmad Azam Saidon, Hafdzah Abd Hamid

24 – Blog. Me pelik juga. Sekarang ini me tidak pernah lagi jumpa blogger Melayu dari Amerika. Samada yg sedang belajar atau bekerja di sana. Blog pelajar di luar negara yg me jumpa kebanyakannya dari England, Australia, Rusia dan Jepun. Mungkin sekarang kerajaan tidak lagi menghantar pelajar ke Amerika agaknya. Ataupun universiti tempatan sudah dapat menampung pelajar-pelajar kita.

25 – Alumni. Selepas pulang ke tanahair, me ada juga berjumpa dan berhubungan dgn bekas rakan-rakan yg sama-sama belajar di universiti yg sama. Pada tahun 2005, me hadiri perjumpaan kecil anjuran Northern Arizona University di Hotel Nikko, Kuala Lumpur. [+ the story ]

Amaran: sila abaikan gambar-gambar nostalgia me yg berusia lebih dua poh tahun dalam entri ini.

tadaaaaaaa… dah siap dah tag ni, tapi me tak hendak tag orang lain. Bukan hidup me hendak susah lagi menyusahkan orang lain. Voleee kannss?

Alahai.

Written by en_me

Fri 13 Feb 09 at 12:09 am

Posted in nostalgia

Then & Now : Pontian Beach

with 49 comments

1990 (left) / 2009 (right)
aDm and mQ

Gambar diatas me memang rancang hendak tangkap sudah lama. Lepas melawat kRm dari hospital pakar puteri kelmarin, me singgah di pantai pontian. Ingatkan hendak tangkap tahun depan supaya genap dua poh tahun gitu.

Alahai.

Written by en_me

Wed 21 Jan 09 at 12:05 am

Posted in nostalgia

surah saffat

with 10 comments

selamat hari raya idul adha
minal aidin walfaidzin, mohon maaf lahir dan bathin

Hari ini hari raya haji atau korban atau qurban 1429H.

Me teringat hariraya haji 13 tahun dahulu, abang ipar me (abang mQ), doktor yg beragama kristian itu pernah borak-borak dan bertanya me. Mengapa orang islam merayakan peristiwa dimana nabi ibrahim a.s. ingin membunuh anak beliau, nabi ismail a.s. Peristiwa yg sama itu juga diceritakan dalam kitab injil mereka. Tapi mereka tidaklah nampak kepentingan kejadian itu. Biasa saja.

Me pun ceritalah sepertimana yg me ketahui dari ustaz-ustaz me terdahulu. Bahawa orang islam merayakan peristiwa itu kerana menunjukkan bahawa nabi ibrahim a.s. sanggup mengorbankan anaknya semata-mata kerana allah s.w.t. Dan allah yg maha mengasihani menggantikan anak beliau dengan seekor kambing.

Gambar diatas ialah lembu korban di taman melati gombak, tahun lepas [+ surah saffat .] Bukan sekadar hiasan.

Dan dikesempatan ini, me memohon maaf zahir bathin sekiranya ada kekasaran bahasa semasa me komen-komen blog kawan-kawan me itu. Tanpa kawan-kawan, siapalah me yg ini kan. Hati-hati memandu dijalanraya. Majulah sukan untuk negara.

Alahai.

Written by en_me

Mon 8 Dec 08 at 12:04 am

Posted in nostalgia

it was 5 years ago today

with 22 comments

it was 5 years ago, exactly today

Ini entri istimewa.

Kelmarin me ada terbaca blogger yg baru me kenal. Semalam, cek yatie dubai buat entri menjawab tagging. Dan me tertarik pada soalan tag yg pertama itu.

a) What were u doing 5 yrs ago .. [+ memories tag ]

[ 28 Nov 03 ] – bila me periksa balik arkib blog me yg ini (sebelah kanan blog), me baru teringat masa itu cuti sekolah juga. Me bawa aQi dan aDm jalan-jalan naik monorail yg baru beroperasi itu. Nostalgia juga sebab tengok gambar me seret aQi yg sedang menangis itu. Masa itu, aQi berumur 5 tahun. Dan jam tangan yg me pakai itu sudahpun rosak sekarang ini. Dan janggut itu rupanya me sudah simpan lama sebelum me menang hadiah jackpot yg itu ya kawan-kawan.

Cerita berkenaan juga, gambar masa zaman itu (2003) masih menggunakan filem gulung.

Cerita lain, me cuma nak bagitahu harijadi me minggu depan. La la la.

Alahai.

Written by en_me

Fri 28 Nov 08 at 8:05 am

Posted in nostalgia

jejak samerin: part trois

with 28 comments

top from left: the hospital, the post office, the arcade
bottom from left: the stadium, and the bicycle shop

Me sampai juga di bandar pusat jengka pahang kelmarin. Me tercari-cari kedai basikal samerin. Jutawan pemenang kuiz more jutaria dulu-dulu.[+ part une | part deux | the archive ]

Dipendekkan cerita, masa me sibuk tembak gambar bangunan-bangunan di bandar jengka itu. Akhirnya ahmad samerin muncul tiba-tiba. Ahmad samerin sapa me, dan salam me. Me tergamam juga, muka ahmad samerin sebiji macam dalam suratkhabar lama itu – tidak berubah. Me gembira bukan kepalang. Sibuk ahmad samerin tanya me dari media mana suratkhabar mana sebab nampak me pegang kamera besar gedabak macam wartawan lagaknya.

Belum pun sempat me jawab, tiba-tiba ada orang sentuh bahu me. Aiseh, me bermimpi dipagi isnin rupanya.

an instant legendary millionaire to be inspired

Alahai.

Written by en_me

Mon 3 Nov 08 at 12:01 am

Posted in nostalgia

Tagged with ,

jejak samerin: part deux

with 19 comments

‘SAMERIN’ made Ahmad a millionaire [+ the real news ]
archive from utusan malaysia

Alhamdulillah. Memang benar kata pepatah, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.’

Begitulah hakikatnya ekspedisi me mencari bahan arkib tentang jutawan muda melalui peraduan kuiz tv more jutaria, ahmad samerin. Berjaya juga akhirnya.

Setelah empat hari empat malam bertapa didalam dewan arkib negara sambil melayan kerenah kerani kaunter yg asyik cerita ‘ibu mertuaku’ dan ‘ibu mertuamu’ itu. Me ketemu berita yg pernah menjadi sensasi suatu waktu dahulu. Dan masih sekarang.

Walaupun pada mulanya me mencari pada suratkhabar ‘berita harian’, namun oleh kerana arkib negara tidak mempunyai simpanan kesemua tarikh. Maka, pada ‘utusan malaysia’ jugalah yg me ketemukan.

Cerita berkaitan, ramai kawan-kawan yg tanya kenapa me beria-ia benar sanggup bersengkang mata siang malam mencari maklumat ahmad samerin yg jutawan yg sudah berzaman itu. Jawapan me senang saja – no reason thank you. Volllee gitteww, ammvoiii.

[+ part une | part trois | the archive ]

Alahai.

Written by en_me

Thu 30 Oct 08 at 12:05 am

Posted in nostalgia

jejak samerin: part une

with 22 comments

the first round was the second last
the archive: utusan malaysia (arkib negara kuala lumpur)

Setelah empat hari empat malam me bertapa di arkib negara jalan duta itu. Akhirnya, me jumpa juga berita klasik tentang pemenang kuiz More Jutaria.

Sebelum encik ahmad samerin memenangi wang tunai sejuta hinggit malaysia di rancangan kuiz tersebut. Encik mohd fazid nordin juga hampir memenangi hadiah lumayan itu.

Walaubagaimanapun, beliau hanya membawa pulang tiga poh satu hibu hinggit. Tapi banyak juga kan.

[+ part trois | part deux | the archive ]

Alahai.

Written by en_me

Wed 29 Oct 08 at 12:05 am

Posted in nostalgia

raya with a millionaire: part trois

with 21 comments

lower high school for naughty boys
sekolah menengah kebangsaan pekan nanas, pontian, johor [+ smkpn ]

Cerita sembang-sembang pasal rakan me yg jutawan di hariraya pertama belum habis lagi ya kawan-kawan. [+ part une | part deux | the archive ]

Me teringat dulu masa hendak periksa sijil rendah pelajaran (SRP), me dengar cerita zMi berhenti sekolah sebab kedaifan hidup dan nak bantu orang tua bekerja. Sampai guru sekolah amoi bangsa tionghua yg cun meletop-letop sanggup datang rumah buruk zMi pujuk suruh sambung belajar.

Jadi me tanya juga apa yg berlaku sebenarnya. zMi si jutawan itu cerita:

Sebenarnya masa cuti penggal akhir tingkatan dua, haku bersunat. Tapi haku kena bentan. Haku ponteng sekolah. Itu yg haku malas nak naik sekolah sebab dah banyak kelas haku tinggal. Tapi ramai cekgu dan PIBG yg datang rumah soh haku sambung bajar. Merasalah jugak haku duit PIBG itu.

Me tanya lagi, kenapa dulu dia bagi alasan nak berhenti sekolah sebab susah, nak tolong bapa bekerja. zMi jawab,

takkanlah haku nak bagitau sebab haku sunat kot.. malu beb..

Nota: me dan zMi si jutawan memang pernah bersekolah yg sama dari darjah satu hingga tingkatan tiga. Satu lagi, me sebenarnya tidak pasti maksud ‘bentan‘, tapi Laksamana Bentan itu me tahu lah. Dan bila me periksa kamus dewan, bentan bermaksud ‘berbalik sakit sesudah agak sembuh’.

Alahai.

Written by en_me

Mon 13 Oct 08 at 12:02 am

Posted in nostalgia

my village

with 12 comments

gunung pulai

Dulu kampung me digelar kampong kubur. Tapi sekarang bernama kampung sepakat jaya.

Selepas kejadian hujan lebat luarbiasa, taman rekreasi air terjun gunung pulai (dibelakang tu) sudah binasa. [+ arkib ] Tapi ramai juga yg singgah. Sekarang ada dua jalan utama kalau hendak ke gunung pulai.

Yg pertama dari lebuhraya plus, keluar persimpangan kulai, tujulah ke kampung seri gunung pulai. Jarak sejauh 9 kilometer.

Yg kedua dari pekan nenas, ikutlah jalan sawah ke gunung pulai. Sejauh 8 kilometer.

Juga me suka tengok pandangan gunung dari ioi mall.

Alahai.

Written by en_me

Sun 12 Oct 08 at 12:07 am

Posted in nostalgia

your genetic journey, my children

with 12 comments

your mother was studying here, a long time ago (no laughing matter)
smk kalaka, roban

Perjalanan pulang dari pekan saratok. Me lalu pekan roban, pekan yg paling hampir dengan rumah panjang sedi.

Tiada yg menarik untuk diceritakan juga. Tapi kawan-kawan boleh komen disini.

Alahai.

Written by en_me

Sun 17 Aug 08 at 4:01 pm

Posted in nostalgia