Memang Lumayan

Sat 17 May 08

remembering our roots

Filed under: photography — en_me @ 12:02 am

remembering our roots

remembering our roots
kampung pasir putih

Pagi jumaat tadi, me berurusan di bank simpanan nasional itu. Macam biasa di cawangan brickfields yg ramai orang kurang upaya gitu.

Me perasan semasa menunggu, ada pasangan suami isteri yg buta yg sedang berurusan di kaunter. Bersama-sama anak lelaki bertopi besbol dalam lingkungan tujuh tahun. Me perhatikan wajah anak kecil yg comel itu. Cakap pun petah. Lama kelamaan me sedar yg anak kecil itu juga buta, walaupun matanya celik. Kecacatan mata itu juga bercorak keturunan rupanya. Me insaf beb!

Untuk kawan-kawan yg suka baca dan komen blog ‘memang lumayan’ me yg ini, selamat bercuti hujung minggu yg panjang. Hati-hati dijalanraya. Salam ingatan dari me yg ini. *hug*

Alahai.

Fri 16 May 08

calling your birthday and teacher’s day

Filed under: family — en_me @ 12:04 am

hard work my son

hard work is no longer seen as a key factor in achieving academic success

Hari ini harijadi aDm yg ke lapanbelas. Banyak tu. [+ last year ]

aDm baru saja masuk kolej matrikulasi melaka di londang itu hari isnin yg baru lepas. Tapi semalam aDm bagitau dia nak balik hujung minggu ini. Lagipun hari isnin depan cuti hari wesak.

Hari ini juga hari guru di malaysia. aDm memang tahu.

Alahai.

Thu 15 May 08

kill two birds with one stone

Filed under: friends — en_me @ 12:01 pm

this is my working table

this is my working table

Semalam pagi-pagi me telah di tag oleh cek nosherta yg jelita dan camera-shy itu. Dan me dah tunjuk tempat kerja me diatas itu.

Kemudian petang-petang semalam me dapat tag dari roshaizul orang johor bermastautin di ganu kite itu.

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR: RM12juta durian runtuh, Mercedes Benz E-240 model terbaru, rumah baru yg perompak tak boleh masuk, tiket melancung seluruh dunia dalamasa 81 hari dan televisyen 29 inci dalam bilik bujang me yg itu.

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES:

1. Bermaksud tiada lagi hutang piutang di dunia ini;
2. Boleh letak kat rumah sebagai bahan perhiasan lagi;
3. Keselamatan kaum kerabat lebih utama;
4. Boleh tangkap gambar banyak-banyak guna EOS me yg itu;
5. Boleh me pasang astro dan layan hbo lama-lama, itupun kalau internet tak boleh dipakai.

THE PERSON WHO TAGGED YOU IS : roshaizulnizam.blogspot.com

5 IMPRESSIONS OF HIM/HER: me tak kenal dia, dia komen blog me pasal felda linggiu kota tinggi, dia asal johor, dia menetap di terengganu, dia mengetag me tanpa sebab.

MOST MEMORABLE THINGS HE/SHE HAS DONE FOR YOU: sebab dia mengetag me laa.

MOST LOVED INVENTION:komputer laa, alat me kais pagi dan kais petang, dan alat untuk me cari rakan-rakan siber yg baik-baik belaka. Ammvoiii.

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST: Orang tiru gaya hidup me dan cara me memblog juga.

Tadaaa, dah siap entri me yg ini. Tapi me tak hendak tag orang lain. Bukan hidup me hendak susah lagi menyusahkan orang lain. Voleee kan kan.

Alahai.

flawless business intelligent

Filed under: family — en_me @ 12:02 am

kolej matrikulasi melaka

ten percent of new intakes are non-bumiputeras now

Cerita pendaftaran aDm di kolej matrikulasi melaka, kampong londang itu.

Pagi-pagi hari isnin di ismah beach resort lagi sudah ada komen. Kalau dihotel biasanya sarapan dihidangkan jam 7 pagi. Tapi di resort itu, sarapan jam 8 pagi. Ramai penginap yg tidak puas hati.

Di KMM me jumpa rakan sekerja me. mHz hantar adik lelaki beliau mendaftar juga. Tapi masalah luarbiasa. mHz kata pihak kolej tidak memberikan senarai barang-barang yg harus di uruskan seperti buku akaun bank simpanan nasional.

Pendaftaran aDm pada jam 10pagi. Semuanya berjalan lancar. Kecuali terlupa beli sabun mandi.

Sepatutnya sesi soal jawab antara pihak pengurusan dan penjaga dalam dewan utama mengambil masa sejam. Tapi ramai penjaga yg bertanyakan soalan. Majlis habis jam satu setengah petang pula.

Cerita lain, semalam me makan malam kangkung belacan telur dadar dengan polar bear dan cikgu apis17 itu. Me tidak bawa kamera dSLR EOS dan kereta lembu me yg itu. Dan kebetulan esok jumaat adalah hari cikgu sedunia.

gloomy picture for you not to recognize

gloomy image for you not to recognize

Alahai.

Wed 14 May 08

riding motorcycle is fun

Filed under: transportation — en_me @ 12:00 am

riding motorcycle is fun

riding motorcycle is fun but more prone to accidents
tebrau city

Minggu lepas me tertarik dengan isu pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang kereta di belakang. Akan menjadi peraturan jalanraya.

Bila rancangan 360 di tv3 itu bercerita pasal isu tersebut. Memang ada benarnya.

Beberapa perkara yg harus dipertimbangkan sebelum perlaksanaan nanti. Antaranya, penunggang motorsikal sendiri ramai yg tidak memakai topi keledar. Begitu juga dengan perlaksanaan kotak hitam pada bas-bas ekspres. Jadi gajah putih saja. Atau hangat-hangat tahi ayam. Atau dalam bahasa jerman,

“koyok kontol ngaceng, orak eneng power, kejap aje..”

Alahai.

Tue 13 May 08

fish n chips

Filed under: property — en_me @ 12:03 am

manhattan fish market

happy mother’s day at fish market
tebrau city

Kelmarin me jumpa penyewa baru. Pekerja di lapangan terbang itu.

Dia memang hendak sewa rumah flat murah itu sebab rumah lain tingkat lebih tinggi katanya. Tapi mamat itu komplen pula pasal pintu yg rosak dan kunci pintu bilik yg tidak boleh digunakan.

Me terpaksa akur dan janji akan baiki.

Cerita lain, alhamdulillah me sudah selesaikan urusan pendaftaran aDm di kolej matrikulasi melaka itu semalam. Me selamat pergi dan selamat kembali.

Cerita lain lagi, basikal aQi yg baru dibeli pancit pula tayar hadapannya. Me bawa basikal aQi juga ke bandar koboi itu. Sumbat dalam cikcity. Selepas kedai cina tukar tiub tayar, me bayar tujuh hinggit.

Alahai.

Mon 12 May 08

kolej matrikulasi melaka

Filed under: family — en_me @ 12:05 am

kolej matrikulasi melaka

i dont know how often i will be driving here in the next one year

Hari ini hari isnin.

Me tidak kerja, bercuti ke melaka. Atas urusan pendaftaran seri paduka.

Semalam, dari lebuhraya PLUS itu, mulanya me ingat ada susur keluar terus ke bandar alor gajah. Tapi tiada, sebenarnya kena keluar ke pekan simpang ampat dan menuju ke bandar masjid tanah. Untuk ke kolej matrikulasi tidaklah sesukar mana disebabkan ada papantanda hijau kuning itu. Me jumpa juga pintu masuk tengahari semalam.

Tapi dari kolej ke tempat penginapan resort itulah yg paling mencabar. Bukannya jauh mana. Depan kolej ada simpang bulatan yg ada papantanda ke pantai padang kamuning. Tapi papantanda mengelirukan. Anak panah tunjuk arah jam 3, tapi sebenarnya arah jam 12. Me terbabas juga.

Dipendekkan cerita, bila sampai di ismah beach resort itu, suasana amatlah menyenangkan. Keadaan resort yg ada kelas gitu. Dan ada harga diskaun untuk urusan ke kolej matrikulasi itu. Nasib baik me dah tempah minggu lepas lagi.

Dan perkara yg paling me teruja ialah di sini ada wifi yg laju gila. Tidak payahlah me pasang handset/DIGI yg terhegeh-hegeh macam kura-kura itu.

Alahai.

Sun 11 May 08

kasih bapa tiada tolok bandingnya

Filed under: family — en_me @ 12:01 am

kong kong, masai

you are not alone, my dear
kong kong, masai

Hari ini hari ibu.

Sebenarnya, ada banyak persamaan antara bonda dan me.

Kami berdua tidak petah bercakap. Tidak seperti ayahnda. Bila kami bercakap macam biasa, orang lain salah tafsirkan kami marah-marah gitu.

Ibu jari kaki kanan bonda dan me memang bermasalah. Gatal-gatal, terkopek dan berdarah kadang-kadang.

Dan aBo me perhatikan dengan jelas mewarisi ciri-ciri yg me sebutkan diatas. Walaupun bonda me buta huruf sebab tidak pernah bersekolah. Dan aBo memang kuat merajuk!

Cerita yg berkaitan juga, sempena hari ibu buat mQ. Semalam petang, kami makan malam di ‘the manhattan fish market’ itu. Pilihan menu ikan dan potongan kentang gitu. aBo saja tertinggal dirumah sebab kena demam campak.

Cerita lain, hari ini me akan ke londang atas urusan pendaftaran aDm esok. Semoga dipermudahkan segala urusan kami. InsyaAllah. [+ peta lokasi ke kolej matrikulasi melaka ]

Alahai.

Sat 10 May 08

my tenant paying me half

Filed under: property — en_me @ 12:05 am

gunung pulai from ioi

gunung pulai, a view from ioi mall

Kelmarin, penyewa rumah II telefon me. Kata duit sewa sudah ada. Tapi kena potong sebab ganti paip air rumah yg sudah rosak dan pecah.

Kebetulan, hari ini me hendak ambil duit deposit dan sewa dari penyewa baru untuk rumah murah flat me yg itu. Sudah tiga bulan rumah itu tiada penyewa.

Alahai.

Fri 9 May 08

what is not inside the museum

Filed under: ho hum — en_me @ 12:03 am

national museum

i see national museum [+ previous story ] every day, except weekends

Cerita lain, pagi tadi me dengar radio muzik fm. DJ yg bertugas ada soalan teka-teki.

Dalam sebuah kebun terdapat banyak jenis pokok buah-buahan. Tiba-tiba kebun itu terbakar. Banyak-banyak pokok dalam kebun itu, buah apakah yg tidak terbakar?

Ramai pendengar hantar sms, jawab ‘pokok abu’, ‘benih pokok’ lah. Mungkin ramai kawan-kawan sudah tahu jawapannya.

Dan kawan-kawan yg tidak tahu, nak tahu jawapannya? Tapi jawapan yg tidak logik langsung. Suka-suka, segar-segarkan minda, apa-apa aje boleh kot. Ha ha ha.

Alahai.

Thu 8 May 08

uniformly perfect job

Filed under: photography — en_me @ 12:04 pm

new uniform in charge

uniformly perfect
plaza angsana

Me perasan masa majlis cabutan bertuah sijil simpanan premium bank simpanan nasional tempohari. Petugas wanita bsn itu memakai pakaian seragam warna merah kuning.

Semalam bila me berurusan macam biasa di kaunter bsn jalan tun sambanthan itu, me terkejut sebab semua kerani kaunter berpakaian seragam baru. Tiada lagi corak bunga biru putih. Macam selalu.

Yg kerani lelaki pun kemas berkemeja putih. Tali leher merah.

Alahai.

felda linggiu anyone?

Filed under: photography — en_me @ 12:05 am

we should be prosper

we should be prosper

Linggiu? Me mula-mula ingat ‘linggi’. Sebab hari ahad lepas ada jemputan kenduri kahwin.

Untuk ke felda linggiu, me kena juga menghala ke air terjun kota tinggi. Me baru ke air terjun itu dua minggu lepas. [+ unrelated fotopages ]

Me sampai jam 2.30petang, hujan lebat dipertengahan jalan. Pasangan pengantin sedang bersantap gitu.

Me jumpa beberapa rakan lama. Borak-borak sikit.

Perjalanan pulang me ikut jalan bandar tenggara menghala ke kulai. Jalan basah yg licin.

enggang sama enggang, felda sama felda gitu

enggang sama enggang, felda sama felda gitu
rozita salim dgn mohd hazar mohd rislan

Alahai.

Next Page »

Blog at WordPress.com.