Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for the ‘transport’ Category

scooter time service

with 36 comments

no more next time
petronas gas station, toll sungei besi

Dua minggu yg lepas, me sudah servis motor skuter (6) kesayangan me yg itu. Tukar minyak hitam dan filter. Motor gear yg terhenggut-henggut pun me suruh tukar. Sebab kalau masa gear rendah, enjin terkejut-kejut gitu.

Dua tiga hari yg lepas, skuter me itu buat masalah lagi. Tidak boleh dimulakan dengan starter elektrik tangan. Kena start guna kaki. Sampai pecah tapak kasut me pula.

Semalam me sudah hantar kedai baiki motor. Tukar bateri, pengecaj dan alas brek tayar hadapan perlu diganti. Kos dua kali penghantaran dan baik pulih skuter = enam hatus hinggit. Aduhai.

Harap-harap skuter me itu tidak merajuk lagi selepas ini.

Alahai.

Advertisements

Written by en_me

Sat 23 May 09 at 12:03 am

Posted in transport

sylphy

with 27 comments

this is in direct competition with Altis, but not in my dream
jaya jusco tebrau city

Bulan lepas masa me pandu uji kereta toyota fortuner yg anggun, tinggi dan hensem itu. Me jumpa juga bekas rakan sekerja yg mahu tukar kereta. Janda muda anak tiga yg baru kematian suami, yg tinggal dibelakang rumah me. mAy bilang mahu tukar mpv naza ria, nak pakai toyota rush. Kuat makan minyak, katanya.

Tapi minggu lepas, mAy sijanda muda sudah pakai kereta nissan sylphy warna biru yg baru.

Alahai.

Written by en_me

Mon 20 Oct 08 at 12:02 am

Posted in transport

full settlement (again)

with 11 comments

loyal deputy assistant

Bulan lepas me sudah habis bayar pinjaman bank untuk van buruk toyota unser me yg itu. Memang lega rasanya.

Bulan depan giliran cikcity me yg itu pula. Genap lima tahun me memakainya. Pelbagai pengalaman pahit manis cikcity me tempuhi. Disondol, menyondol dan tersondol.Tapi masih setia.

Alahai.

Written by en_me

Sat 11 Oct 08 at 12:05 am

Posted in transport

javajoh

with 24 comments

toyota fortuners [+ jjj for jutawan jawa johor and the nostalgic news ]

Ini entri kedua me hari ini. Gasaklah kannns.

Minggu kelmarin kan me sudah habis bayar hutang van buruk toyota unser me yg itu.

Khamis lepas me sudah pun juga perbaharui cukai jalan dan insuran van buruk yg sama. Di kedai jual toyota di ampang point. Me dapat payung hujan percuma.

Tapi bila me hendak ambil duit rebat dari kerajaan yg memerintah (bukan kerajaan fatamorgana). Di pejabat pos ampang park tingkat tiga. Sudah ada notis bilang me kena tunggu 7 hari waktu bekerja lah pula. [+ cerita rebat motorsikal dulu ]

Sebenarnya me teruja nak cerita yg me sudah pandu uji kereta toyota fortuner yg tinggi, anggun dan hensem itu. Memang mancongkam. [+ asian auto review and paultan raves ]

test-driving the beast is imminent
umw toyota motor, jalan tun abdul razak (susur 5), johor bahru

Alahai.

Written by en_me

Wed 17 Sep 08 at 12:03 pm

Posted in transport

always turn you on

with 26 comments

ammvoiii [+ bigger thing ]
kl sentral, kuala lumpur

Me sekarang kan masih kerja di plaza sentral. Hari-hari me akan limpas tempat bas ekspress menunggu di kl sentral untuk ke lcct (klia).

Tapi kelmarin, masa me balik dari sibu. Me terus terbang ke lcct itu. Beli tiket skybus dalam kapalterbang air asia. Sembilan hinggit saja.

Tiba di lcct terus naik bas warna merah. Memang mudah dan cepat. Sejam sampai di kl sentral. Tapi me tidaklah terus pergi ke pejabat buat kerja. Hari Ahad mana ada orang kerja kat ofis kan.

Sambil kebetulan me terjumpa bas kuning ‘naik selalu‘ seperti gambar diatas. Nak tergelak guling-guling. Vollleee gittewww.

Alahai.

Written by en_me

Sat 23 Aug 08 at 12:03 am

Posted in transport

it shouldn’t hurt your ear

with 17 comments

sunshine or raining, you have to ride it
kl central’s exit road to jalan kuching, meooww

Sejak kebelakangan ini, ditengah jalanraya. Mungkin kita sudah biasa mendengar bunyi membingitkan itu. Terutamanya kalau kita menunggang motorsikal.

Mula-mula me ingat ada masalah dengan skuter kesayangan me itu. Sampai pernah me berhenti tepi jalan kuching yg sibuk dengan kenderaan laju. Me periksa atas bawah depan belakang. Kelakar juga.

Tapi lama-kelamaan sudah menjadi kebiasaan. Brek motor boleh dilengkapi peralatan bunyi yg berdesing itu. Sebagai amaran kononnya.

Kebetulan baru pagi tadi masa hendak ke tempat kerja. Me hampir terlanggar anak kucing yg menyeberang jalan gombak itu. Semoga ia selamat melintas jalan.

Alahai.

Written by en_me

Tue 17 Jun 08 at 12:04 am

Posted in transport

boxy but stylish kind of van

with 14 comments

feel the comfort and luxury of mercedes-benz vito
berjaya times square

Walau sebesar manapun kenderaan banyak guna (mpv) itu, memang ada saja yg tidak puas hati.

Terutamanya, kalau hendak berjalan jauh. Beg-beg pakaian memang tidak muat untuk diletak dibelakang. Mungkin me pakai bas sekolah saja.

Cerita lain, semalam me menonton ‘kung fu panda’. Cerita animasi komedi tahap kanak-kanak. Tapi menghiburkan juga. Cuma me teringat pada kawan-kawan me yg guna gelaran beruang gitu. Salam teramat buat pandagumuk, beruang madu, polar bear, polar asia dan beruang panda.

Alahai.

Written by en_me

Mon 16 Jun 08 at 12:03 am

Posted in transport