Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for the ‘photography’ Category

berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, lama-lama en.me jadi penatt

with 62 comments

from observation tower
tanjong piai, pontian, johor

Esok sudah mula cuti sekolah. Begitu juga blog me yg ini.

Dan dikesempatan ini (walaupun pun belum tiba hariraya), me memohon maaf zahir bathin sekiranya ada kekasaran bahasa semasa me komen-komen blog kawan-kawan me itu. Tanpa kawan-kawan yg best-best itu, siapalah me yg ini kan.

Sebenarnya me sudah mandi. Tapi me hendak berpantun lah pula macam biasa. Boleh kan.

Kalau ada sumur diladang,
Boleh me menumpang mandi..
ammvoiii makcik su tewww
Kalau ada umur yg panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.. kannnns

Untuk kawan-kawan semua, hati-hati di jalanraya. Majulah sukan untuk negara.

Alahai.

Advertisements

Written by en_me

Fri 29 May 09 at 12:09 am

Posted in photography

canon – delighting me always

with 11 comments

his retirement plan is to get a new hobby – photography

Kelmarin, tetiba bos besar syarikat me datang jumpa me. Tanya pasal model kamera yg patut dia beli.  Dia nak habiskan masa pencen dengan hobi terbaru – fotografi.

Me pun tunjuklah risalah kamera buatan canon. Tapi bos besar tidak hendak pakai dslr yg besar gedabak. Dia sudah risik dan mungkin akan beli digital camera powershot saja. Yg lens tidak boleh dicerai dari badan. Gasaklah kan.

Alahai.

Written by en_me

Sun 3 May 09 at 12:03 pm

Posted in photography

dirty business

with 77 comments

you are lucky not to be raised in this kind of barn
kh agrofarming, lot 7487 kg desa sayang 2, kong kong, masai

Minggu lepas, tandas ‘rumah hinggap’ me tersumbat. Bukan pertama kali. Me sudah panggil abang plumber itu. Macam biasa juga.

Dipendekkan cerita, selepas usai perbaiki tandas dan pembentongan di ‘rumah hinggap’ me. Abang plumber bagi me kad perniagaan walaupun me sudah ada nombor telefon beliau di tiang-tiang elektrik seluruh negeri. Sebenarnya, abang plumber sudah ada perniagaan baru. Menjual kambing dan biri-biri untuk tujuan hakikah akikah, korban, kenduri kendara dan sebagainya.

Arakian, lepas dari melawat sarang buaya kelmarin. Me sudah singgah ke ladang kambing yg baru dua bulan abang plumber usahakan. Tidaklah jauh dari kawasan ‘rumah hinggap’ me yg itu.

Kambing dan biri-biri yg baru sebulan diimpot dari new zealand. Cantik-cantik belaka.

ferris11.gif Gambar-gambar lain di kandang kambing di aminus3.

Nota: sebenarnya abang plumber adalah orang indon yg sudah 14 tahun menetap di negara yg aman damai sentosa sejahtera ini. Berkahwin dgn rakyat tempatan. Sudah punya rumah setinggan di kampung ulu pandan tebrau itu. Walaupun selalu di caci cerca kerana bergelumang dengan najis, tapi abang plumber terus menjadi usahawan yg berjaya.

Nota kamus dewan: akikah aqiqah Ar penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yg dilakukan pd hari ketujuh selepas kelahiran bayi sbg tanda kesyukuran kpd Allah. korban qurban Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin. Perkataan berkaitan dgn kambing: aum, bek, sup, biri, hati, bagar, baham, bebek, burun, debik, domba, embek, gerim, hamis, jaran, kibas, norik, ragut, rapus, tairu, akikah, bandot, garung, korban, mohair, pergar, ramban, randuk, senyum, ternak, bunting, geleber, gembala, kembiri, kencing, rambuti, tengkel, benggala, cengkenik, kaprikorn

Alahai.

Written by en_me

Tue 14 Apr 09 at 12:14 pm

Posted in photography

sirah junjungan – tahajud cinta

with 34 comments

any form of media recording is prohibited (but i snapped it anyway)
istana budaya, kuala lumpur

Ini entri me ke sehibu satu. 1001 gitu.

Malam minggu lepas me sudah merempit ke istana budaya. Dgn skuter kesayangan me yg itu tentunya. Menyaksikan teater ‘sirah junjungan – tahajud cinta’, arahan erma fatima (pelakon hati bukan kristal 1989) yg kontroversi itu. Sempena hari maulidur rasul yg baru lepas.

Kebetulan ada penyanyi diva tersohor tanahair sebagai penyanyi undangan. Tentunya datuk siti nurhaliza di malam itu.

Sebuah teater yg menarik juga. Dengan props yg menawan. Menginsafkan me sebagai pengikut nabi muhammad shollallohu ‘alaihi wassalam.

Lepas ini, me hendak tunggu teater arahan linda rafar lah pula. Kena tunggu entri ke dua hibu dua nanti. 2002 gitu. He he he.

Alahai.

Written by en_me

Thu 26 Mar 09 at 12:08 am

Posted in photography

opocot

with 39 comments

between teluk intan and kampar
it’s enjoyable until you see some leeches

Me tukar tajuk tanpa sebab.

Me memang lama teruja hendak ambil gambar jelapang dan sawah padi.

Masa dari teluk intan, me tengok banyak bendang-bendang padi yg menghijau. Me singgah masuk keperbatasan bendang. Me tangkap gambar.

Dan bila keluar dari bendang, me lihat sudah banyak pacat-pacat yg melentik-lentik melekat di kasut dan stokin me. Me panik. Me geli. Me tanggal kasut. Me buang kasut ke longkang. Pakai kaki ayam saja. Sampai di tesco kampar, me beli selipar jepun saja.

Alahai.

Written by en_me

Mon 23 Mar 09 at 12:03 am

Posted in photography

istana negara

with 30 comments

on duty
istana negara, kuala lumpur

Dulu masa me kerja di ‘syarikat bayar mahal’. Me selalu akan limpas depan istana negara yg sungguh popular dengan pelancung asing itu bah. Bergambar dengan pengawal berkuda dan tanpa kuda. Macam stail kat london gitu.

Tengahari khamis minggu lepas, me sudah merempit ke sana dengan skuter kesayangan me itu. Sendirian tentunya. Kasihan kan.

Bila tiba, punyalah ramai pelancung asing dengan bas pelancung bersusun-susun ditepi jalanraya. Tapi me pelik juga, ramai polis trafik dengan motor-motor ‘gedi’ lepak-lepak disitu. Baru me tahu, ada majlis persidangan raja-raja melayu yg baru usai di situ.

Me tunggu juga. Tidak lama kemudian, bersusun-susun kereta mewah mercedes benz keluar dari perkarangan istana. Diiringi polis trafik tentunya.

Dalam banyak-banyak konvoi itu, me teruja nak tunjuk gambar kereta klasik kepunyaan tunku mahkota negeri me pula. Biasanya tunku merempit dengan motor besar gitu. [+ flickr mohdrazali ]

ferris11.gif Gambar-gambar lain di flickr atau aminus3.


duli yg amat mulia tunku mahkota johor – tmj

Alahai.

Written by en_me

Sat 21 Mar 09 at 12:03 am

Posted in photography

pineapple replica

with 44 comments

beautiful replica of which town? sarikei sarawak

Me dibesarkan dalam daerah yg terkenal dengan nanas (ananas comosus / sativus.) Di selatan semenanjung. Me juga pernah bekerja di ladang nanas. Dulu di zaman persekolahan.

Tempohari me ada cerita pasal ladang nanas. Tapi hari ini me hendak cerita pasal replika buah nanas pula.

Gambar-gambar dibawah adalah replika buah nanas di bandar pontian (dari kiri). Di tengah ialah di muzium nanas dan di kanan terletak di pekan nanas.

Tapi tahukah kawan-kawan ada satu bandar di negara kita juga mempunyai replika nanas seperti diatas. Bandar apakah itu? Ini bukan peraduan. Suka-suka sahaja.

symbol of your township (all of them in pontian, johor)

Alahai.

Written by en_me

Tue 17 Mar 09 at 12:02 am

Posted in photography