Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for the ‘myself’ Category

last saturday was a public holiday

with 38 comments

(insert lobster clamp)

heliconia humilis (lobster claw) [+ zoom out ]
pasir gudang lake garden

Hari sabtu yg lepas adalah hari wesak. Petang sabtu itu juga me telah menjalani pemeriksaan susulan selepas pembedahan lasik mata me bulan lepas. Pemeriksaan biasa saja. [+ bagai dunya ana yg punya ]

Sembang pagi isnin. Selamat kembali bertugas buat kawan-kawan semua.

Alahai.

Written by en_me

Mon 11 May 09 at 12:01 am

Posted in myself

harga sebuah kereta dan anak – my true story

with 60 comments

before the tragic incident

Pernah tak kawan-kawan terima emel yg sebegini. Me sudah pendekkan.

.. si anak mematahkan logo kereta mercedes benz kesayangan intan payung si bapa itu.. kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah..

.. pulang petang itu, terkejut badaklah si bapa terus menjerit, “siapa punya kerja ni?” ..

.. si bapa yg hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tangan anaknya..

.. hari keempat, pembantu rumah memberitahu suhu badan si anak terlalu panas ..

.. seminggu di wad pediatrik, doktor mencadangkan agar kedua-dua tangan si anak dipotong kerana gangren yg terjadi terlalu teruk ..

.. dlm seksaan menahan sakit, si anak yg keletah bersuara dlm linangan air mata. “abah.. bagila balik tangan sy.. sy tak buat lagi.. sy tk mau ayah pukul. sy tak mau jahat.. sy sayang abah..” katanya berulang kali ..

Sebak kan.

Cerita dari emel yg asal boleh di baca di [+ sawsawlady ]. Untuk kawan-kawan yg malas baca emel yg asal, me sebenarnya sudah tukar dari ‘mencalarkan kereta’ kepada ‘mematahkan logo’. Boleh gitu.

what a busy and cute little culprit
old town white coffee restaurant, ampang park

Alahai.

Written by en_me

Tue 5 May 09 at 4:05 pm

Posted in myself

the secret to building a popular blog – parte deux

with 75 comments

because you are friendly
on my neighbor’s house gate

Me ada seorang blogger ni. Pangkat pakcik juga. Hari-hari tanya bertubi-tubi.

enchek me, mcm mana nak bagi blog hit? bagi org masuk komen ramai?
x komen pun, takpa, janji meletup. cuba bagi tips sikit.

Tapi kalau tiada yg komen, macamana nak meletup? Sebenarnya, me yg ini tak pandai. Me pun sangat-sangat sensitif juga bila ada orang lain komplen macam bangsat itu. Tapi, petua mudahnya macam ini ya pak andak.

1. letak gambar atau foto yg berkenaan topik
2.
guna ayat-ayat ringkas (walaupun gambar dah cun, ceritalah sikit weiii)
3. berkenaan realiti kehidupan
4. jangan terjah dan kutuk-kutuk sesiapa kalaupun kita benci sangat (jangan sebut nama)
5. jangan jaga tepi kain-kain ittewww
6. jangan gedik-gedik komen blog orang
7. kalau tahu orang itu blogger jenis kurang ajar, elakkan mereka
8. jangan gatal-gatal tulis blog pasal orang lain, sebab kat sini bukanlah tempat mengumpat gosip gitu
9.
blog lah selalu, hari-hari pun tidak mengapa (bak kata uncle kamal, less blog a day, will keep friends away)
10.
kalau nak pinjam gambar atau trademark dia dalam blog kita, tanya dia dulu (kan atok kanns)


and because you are so lovable
last weekend at pasir gudang lake

Alahai.

Written by en_me

Mon 27 Apr 09 at 12:27 am

Posted in myself

i love wordpress

with 30 comments

school’s ferry (please do not park besides me) [+ flickr ]
vista apartment, bandar seri alam

Me hargai kesemua komen kawan-kawan yg best-best itu. Setiap kamu yg komen dlm blog ‘memang lumayan’ me yg ini, me akan singgah juga ke blog kamu. Walaupun blog kamu tidak dikemaskini setiap hari. Walaupun sesibuk tahap angkasa, me akan gagahi juga jenguk-jenguk ke rumah kamu. Tapi kadang-kadang, bila me guna digi gprs yg terhegeh-hegeh macam kura-kura itu, terutamanya di rumah, me ada masalah. Spt blogger yg muda lagi jelita ini (khairun nisa’ amir) bilang.

(insert kho ya ro alip lam nun ya sin alip hamzah )Fuhh!! Lama gila tak update blog. Bukan tanak hapdet. Banyak bende sangat aku nak hapdet. Tapi paham2 la server office aku ni..even nak comment kat blog member pun taleh. Tapi blog en_me boleh aje. Coz en_me kaya, blog die gune domain name sendirik ehehehe~~

Jangan salah faham. Bukan sebab me guna domain nama sendiri ya kawan-kawan.  Sebab sebenarnya kerana me guna ‘wordpress’, bukan ‘blogspot‘. Dan blog me tidak ada iklan nuffnang, adsense, chatbox, plugin itu dan sebagainya. Sempoi kan kanns.

Alahai.

Written by en_me

Sat 18 Apr 09 at 12:18 pm

Posted in myself

bagai dunya ana yg punya

with 57 comments

life is not about seeing, but seeing it clearly [+ zoom in to sophie monk ]
vista johor bahru

Alhamdulillah. Kelmarin jumaat tengahari, me selamat menjalani pembedahan kornea mata. Melasik mata gitu.

Terimakasih buat kawan-kawan yg sentiasa mendoakan me selamat dan cepat sembuh. me masih tidak padam walaupun sudah banyak me tampal van-van mayat dua tiga hari lepas. Manalah tahu kalau-kalau me tidak dapat terus bangun. Atau tidak dapat mencelekkan mata kembali. Sedih kan.

Hari ini me nak sambung kerja seperti biasa. Tanpa bantuan cermin mata tentunya. Pertama kali dalam masa dua poh tahun.

Nota: untuk maklumat lanjut berkenaan LASIK dan VISTA.

Cerita lain, minggu lepas ramai rupanya kawan-kawan yg tidak dapat terima jenaka ‘april fool‘ yg me buat itu. Sampai sanggup fitnah tikam-tikam belakang me gitu. Me minta maaf sekali lagi.

Rumah terbakar nampak asap,
hati terbakar siapa yg tahu kan kannns.

Alahai.

Written by en_me

Mon 6 Apr 09 at 12:06 am

Posted in myself

lasik my eye

with 59 comments

i won’t need glasses anymore (very soon)
vista, citibank building, johor bahru

Pertama kali me pakai cermin mata, masa me hendak menjalani latihan bekerja di negara matahari terbit. Dua poh tahun yg lampau. Baru me tahu, mata me sebelah kanan sahaja yg rabun jauh [+ myopia. ] Mata sebelah kiri masih tidak bermasalah sampai sekarang. Alhamdulillah.

Me juga tidak pernah dan tidak berani pakai ‘contact lens’. Tapi sejak kebelakangan ini, ramai rakan-rakan sekerja me sudah membuat pembedahan mata mereka guna teknologi laser.

Me pun teringin hendak memperbaiki mata me yg ini. Mata sebelah kanan yg rabun jauh.

Lepas pembedahan ‘lasik’ nanti, tidak perlu guna cermin mata lagi. Boleh sekodeng macam superman. Ammvoiii suker suker.


+ you don’t believe your eyes (pic hijacked from the web)

Alahai.

Written by en_me

Wed 18 Mar 09 at 12:04 am

Posted in myself

i dont like to draw

with 45 comments

aBo is coloring animals of the chinese calendar

Dulu masa zaman sekolah, ada dua matapelajaran yg me tidak cemerlang.

Yg pertama, lukisan. Tiada bakat melukis, macam cakar ayam. Tapi me minat pula menembak gambar-gambar seni guna kamera.  Boleh gitu.

Yg kedua, bahasa inggeris. Sebab dibesarkan dalam masyarakat jawa kampung. Walaupun kami suka menonton cerita retro tv hitam putih yg berbahasa inggeris seperti: ‘combat!’, ‘six million dollar man’, ‘space 1999’, dan lain-lain. Tak paham apa yg dia orang cakap – rtm masa itu pun tidak menyediakan saribahasa.

Video aBo dalam vimeo.

Alahai.

Written by en_me

Wed 18 Feb 09 at 12:04 pm

Posted in myself

maka terimaaaalllaaaahhhhhhhhhh, abang ghazaaz bilang

with 58 comments

(insert cropping me)

the grand old lady and the cropping me
canada hill, miri, sarawak

akak ilazz yg vogue itu bilang,

alaa.. akak igt kan gambo en_me tadi. ropenyeer org len. kempunan den..

adek mizzamy yg kecil molek itu bilang,

~ lor, ingatkan gambar en_me. rupanya blogger lain ekh??

abang long yg itu bilang,

tunjukkan gambar waktu diseberang laut.

Alahai.

Written by en_me

Tue 10 Feb 09 at 12:14 pm

Posted in myself

dapur tidak berasap lagi

with 22 comments

flying crane
zoo negara

Semalam hari ahad dan hari thaipusam 2009 untuk penganut agama hindu.

Hari ini cuti umum dan me bercuti lagi. Tiada kerja tiada gaji gitu. Kesian kan.

Tapi me tidak bercadang merempit ke batu caves seperti tahun lepas.

Alahai.

Written by en_me

Mon 9 Feb 09 at 12:08 am

Posted in myself

caricature of me

with 61 comments

minus my goatee
credit to raja kamarulzaman raja abdullah shamsul bakhri amat
bakeron was here
mmc oil and gas engineering

Bulan lepas, me ada cerita pasal rakan sekerja me yg pandai melukis. Masa kejadian bulan tersenyum itu.

Lepas itu, me minta tolong rJa lakarkan gambar me yg tidak hensem ini. Buat kenangan.

Hampir dua purnama lamanya me tunggu. Baru siap. Sibuk katanya. Terimakasih rJa diatas susah payah kamu. Tak payah lah lepas ini me tepuk-tepuk bahu kamu masa di surau dan tanya pasal karikatur me yg itu.

Sebagai mengenang jasa beliau, me abadikan lakaran poster beliau di SINI.

Cerita lain, minggu depan sudah tahun baru cina. Me cuma nak ucap selamat bercuti panjang pada kawan-kawan. Hati-hati dijalanraya. Majulah sukan untuk negara.

Alahai.

Written by en_me

Fri 23 Jan 09 at 12:04 am

Posted in myself

2008

with 74 comments

last year, monthly images in random

Ini adalah entri me yg pertama tahun ini. Biar lambat asal selamat kan.

Mengimbas kembali peristiwa tahun 2008 yg penuh nostalgia. Dari lensa kamera me yg itu.

Januari 2008
Pertama kali me ke batu caves sempena hari thaipusam. [+ LINK ]

Febuari 2008
Pertama kali me menonton bangsawan teater di istana budaya. [+ LINK ]

Mac 2008
Pertama kali me mengambil gambar masa mengundi di pilihanraya ke dua belas negara. [+ LINK ]

April 2008
Pertama kali me menjawab tag. Lima perkara yg pertama.
[+ LINK ]

Mei 2008
Pertama kali me kena demam campak. Dan terakhir kali agaknya.
[+ LINK ]

Jun 2008
Pertama kali me buat blog guna domain
sendiri – ‘YGINSAF DOT COM’.
[+ LINK ]

Julai 2008
Pertama kali me tengok bolasepak di stadium shah alam.
[+ LINK ]

Ogos 2008
Pertama kali me menyusuri kaki gunung kinabalu yg indah itu. Tidak terucap dek kata-kata bah.
[+ LINK ]

September 2008
Hari pertama me kerja di syarikat yg baru.
[+ LINK ]

Oktober 2008
Pertama kali me buat entri ‘sesi jumat’. Dan pertama kali bersolat berjemaah bersama-sama yg dipertuan agong.
[+ LINK ]

November 2008
Pertama kali me jumpa jutawan dari rancangan tv – more jutaria.
[+ LINK ]

Disember 2008
Bukan pertama kali me sambut harijadi di luar daerah. Sedih kan. [+ NO LINK ]

Alahai.

Written by en_me

Mon 5 Jan 09 at 12:05 am

Posted in myself

awal muharram 1430

with 28 comments

masjid tengku tengah zaharah (a floating mosque)
kuala ibai, terengganu

Assalamualaikum wbth kawan-kawan. Hari ini 1 haribulan muharram 1430 hijrah.

Kepada semua muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah sekelian. Agar dapat bertambahlah lagi ketaqwaan kita kepada Nya.

InsyaAllah.

Written by en_me

Mon 29 Dec 08 at 12:02 am

Posted in myself

sesi jumat (masjid kampung pandan)

with 17 comments

your highness is joining you, again
masjid imam asy-syafie, kampung pandan, kuala lumpur

Sesi jumat hari ini memang me cadang ke masjid kampung pandan.  Me tidak pernah solat disini sebelum ini.

Tapi tidak disangka juga – buah cempedak dah jadi nangka. Yang diPertuan Agong menunaikan solat jumaat disini. Seri paduka baginda yg dipertuan agong al-wathiqu billah tuanku mizan zainal abidin ibni almarhum sultan mahmud almuktafi billah shah. Bersama-sama behibu-hibu pengawal peribadinya dan polis diraja malaysia.

Ini adalah kali kedua patik bersolat jumaat bersama-sama yg dipertuan agong malaysia. [+ agong at surau baitul aman ] Sultan berjiwa rakyat gitu. Daulat Tuanku.

Tajuk khutbah: belitan aqidah.

waiting for the humble king to arrive

Alahai.

Written by en_me

Fri 19 Dec 08 at 4:07 pm

Posted in myself

bunga-bungaan: part une

with 44 comments

heliconia psittacorum (parrot flower) [+ wikipedia ]
lancang rest area, pahang

Me hendak berhenti memblog ya kawan-kawan.

Bukan sebab takdok awek-awek kat sini yg cantik dan jelita gitu. Ammvoiii. Tapi me hendak susun gambar bunga-bungaan yg cantik-cantik yg me tangkap-tangkap kelmarin.

Heliconia Sepit Udang. Herba saka berumpun ini berasal dari Guyana dan telah hidup dengan baiknya di Malaysia. Malah sudah terdapat yg hidup liar. Tingginya antara 1 hingga 1.5 meter. Daunnya menyerupai daun pisang dan mempunyai petiol yg panjang. Setiap pokok mengeluarkan satu jambak bunga yg besar dari hujung terminal yg mengandungi 4 atau 5 kuntum bunga yg berbentuk sampan, 8 hingga 15 sentimeter panjang dan 1.5 hingga 2 sentimeter lebar.

– rujukan dari, ismail saidin, 2001, bunga-bungaan malaysia

Alahai.

Written by en_me

Tue 16 Dec 08 at 12:01 am

Posted in myself, photography

sesi jumat (masjid negara)

with 13 comments

the masjid negara is the national mosque of malaysia [+ wikipedia ]

Alhamdulillah. Hari ini me bersembahyang jumaat di masjid negara yg itu. Tajuk khutbah hari ini – ‘gaya hidup sihat’.

Dulu masa me kerja di syarikat lama yg itu, me sekali sahaja ke mari. Walaupun dekat dengan pejabat. Me lebih suka merempit ke masjid bangsar.

Tadi me jumpa ramai juga rakan-rakan sekerja lama ‘syarikat bayar mahal’ disitu. Mereka suka kemari sebab banyak warung makanan diluar masjid. Makan tengahari yg sedap.

originally built in 1965

Alahai.

Written by en_me

Fri 12 Dec 08 at 5:05 pm

Posted in myself