Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for the ‘movies’ Category

tingkap

with 28 comments

(inset alfalak)

please do not open the window unless required (not related story)
al-khawarizmi astronomy complex, tanjung bidara, malacca

(insert wolverine)Kelmarin, me sudah tengok wayang. Cerita ‘x-men origins: wolverine’.

Memang kuku yg tajam lagi mancongkam. Boleh koyak rabak katil. Me kasi tiga bintang setengah. Boleh gitu.

Alahai.

Written by en_me

Sat 16 May 09 at 12:06 pm

Posted in movies

what i did last weekends: part une

with 13 comments

when you are drawing cartoon animals, don’t try to be a perfectionist [+ zoom out ]
nz wheels, plentong

Hari Sabtu kelmarin, me pergi menonton wayang kartun madagascar dua itu. Oleh kerana me percaya cerita kartun yg “box-office” dan ulasan komentator yg cemerlang belaka. Maka me tengok sampai dua kali dalam satu hari. Jam 1.30 petang dan disambung jam 3.30 petang. Macam orang kampung bilang, “movie marathon” gitu. Memang tak menyesal.

Cerita lain, entri hari ini pun macam maraton. Berderet-deret gitu. Harap-harap kawan-kawan jangan serik-serik singgah-singgah jenguk-jenguk komen-komen blog me yg ini ya.

Alahai.

Written by en_me

Thu 20 Nov 08 at 12:01 am

Posted in movies

review of quantum of solace

with 22 comments

i managed to get only 3 of the bond’s cars

Kelmarin, me bawa aQi (10) dan rakan-rakan menonton james bond: quantum of solace. Jam 9.30 sabtu malam di tgv tebrau city yg itu.

Mula-mula aQi bilang, klasifikasi u: umum. Tapi bila me hendak beli tiket, me nampak klasifikasi itu pg13. Jadi, me kena tinggalkan aQi dan rakan-rakan diluar panggung kan. Oh tidak, pg13 cuma bermaksud ibu bapa hendaklah menjaga dan menasihat anak-anak dibawah umur 13 tahun sahaja.

Selepas tengok, pendapat me begini. Tidaklah gempak mana. Cuma lima minit pertama adegan kereta kejar mengejar antara aston martin dan bmw itu juga yg saspen. Lepas itu cerita mendatar. Kurang dialog. Dan tiada sebutan ‘bond, james bond’ kedengaran. Memang membosankan kan. aQi asyik tanya, “jam pukul berapa?” atau “sekarang dah jam berapa?” Tapi me dikejutkan juga bila ada mamat gendut yg bawa awek cun meletop-letop duduk tengah-tengah pawagam pun boleh mendengkur dengan bangganya. Cerita benar.

Alahai.

Written by en_me

Tue 11 Nov 08 at 12:06 am

Posted in movies

horror birthday

with 29 comments

the initial view of earth as a gigantic garbage dump is frightening (not related movie)
[+ review: wall-e ]

Hari sabtu kelmarin, aTi ajak me makan di sushi king. Sempena harijadi aTi.

Kami pergi bersama-sama tiga kawan sekolah aTi. Lepas makan set ikan salmon, kami tengok wayang, flight of the living dead. Klasifikasi 18SG bermaksud cerita seram dan ganas yg tidak keterlaluan. Tapi aTi dan kawan-kawan kan baru enam belas tahun. Gasaklah kan.

celebrating your teenager birthday before screaming
tgv tebrau city

Alahai.

Written by en_me

Tue 21 Oct 08 at 12:05 am

Posted in movies

die hards

with 15 comments

penang mali, nine seven one eight
ayer keroh, km201, plus highway, going north

Ahad kelmarin, me tertengok cerita maraton ‘die hard’ lakonan lasak bruce willis itu. Di hbo astro tentunya.

Bermula jam 4 petang, ‘die hard‘ pertama ditayangkan. Filem tahun 1988 gitu.

Jam 6 petang, ‘die hard 2: die harder‘ pula bersambung.

Jam 8 malam, ‘die hard 3: with a vengeance‘ diteruskan.

Tapi me tidak sempat nak tengok cerita ‘die hard 4.0‘. Sebab me yg tak larat. Tidur awal untuk bersahur esok paginya pula. Lagipun me kan sudah tonton ‘die hard 4.0’ dulu dipawagam. Bukan mancongkam sangat pun. Sampai bini orang itu perli,

“dari hero dia rambut panjang sampai botak licin.. ” amvvoiii.

Cerita lain, gambar bas ekspres terbalik diatas me tangkap masa dalam perjalanan ditengah malam kelmarin.

Alahai.

Written by en_me

Mon 8 Sep 08 at 12:03 am

Posted in movies

wall-e

with 4 comments

love without boundaries
jaya jusco tebrau city

Semalam, sempat juga me bawa kaum kerabat tonton wayang ‘wall-e‘ yg itu.

Mula-mula jalan cerita memang macam cerita ‘legend‘ lakonan will smith. Tapi bila sudah sampai di pertengahan, seperti menonton cerita kartun lah pula.

Gambar diatas me tangkap guna telefon bimbit nokia n81 me yg itu. Tidaklah buruk sangat kan.

Alahai.

Written by en_me

Sat 30 Aug 08 at 9:01 pm

Posted in movies

tun sambanthan, the theater

with 10 comments

a tribute to the honourable tun v t sambanthan

Memang sekarang me kerja di plaza sentral. Berhadapan jalan tun sambanthan.

Me memang lama nak tengok teater bangsawan lagi. Selepas bangsawan ekor nyonya yg itu. Kebetulan minggu depan minggu terakhir me bekerja di ‘syarikat bayar mahal’ ini. Apa salahnya me nonton teater ‘sambanthan‘. Bolehlah me tahu sejarah tokoh kaum india itu.

Mula-mula me ingat di istana budaya. Tapi teater berlangsung di auditorium tunku abdul rahman. Bersebelahan saloma jalan ampang itu.

Cerita tokoh yg menarik juga. Tun sambanthan dari keluarga orang kaya. Menolong kaum bangsa sendiri yg miskin. Bersama-sama tunku menuntut kemerdekaan di london. Pernah memberi sumbangan kepada orang melayu mendirikan masjid di sungai siput. Juga pernah menjadi presiden persatuan kebajikan orang-orang cina. Pernah menjadi perdana menteri malaysia selama sehari saja.

Lakonan yg mantap. Ada datuk jalaluddin hassan sebagai tunku abdul rahman. Gitu.

the phenomenon of the community

Alahai.

Written by en_me

Fri 22 Aug 08 at 10:09 am

Posted in movies

astro all asia

with 11 comments

astro all asia
jaya jusco tebrau city

Semalam amoi dari astro telefon me di pejabat. Amoi tanya kalau me hendak tambah saluran yg sedia ada.

Me bilang tidak hendak. Amoi letak telefon dengan sopan.

Alahai.

Written by en_me

Fri 18 Apr 08 at 12:01 am

Posted in movies

Tagged with , ,

gebeng story: my siesta

with 9 comments

siesta or noon nap inside the car with open windows is also part of activities
pantai balok, gebeng, kuantan

Minggu lepas me nonton HBO cerita ‘Blood Diamonds’ itu. Hero dia, Leonardo de Caprio. Cerita perang saudara di Sierra Leone. Me rasa memang realistik dan menarik juga.

Tapi mQ komen pula,

x best sebab hero dia mati kat akhir cite..

Me juga ada beli DVD aram*jadah cerita ‘Jumper’. Me dah tonton guna laptop apple me yg itu. Good but not great, me punya pandanganlah.

Me agak mesti ada sambungan jadi Jumper 2 dan Jumper 3. Macam trilogi ‘Matrix’ gitu.

Alahai.

Current music: Maria Juhandi “Bintang Kehidupanku”

Written by en_me

Tue 4 Mar 08 at 12:03 pm

長江七號 Chang Jiang qi hao

with 15 comments

i was prepared for this (unrelated story)
lion dance inside my office building yesterday afternoon [+ bigger crowd ]

Sabtu lepas me nonton wayang cj7 itu.

Macam-macam ada. Suka duka. Sedih gembira. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Babak tak logik pun ada. Babak ‘binatang asing’ yg menghidupkan kembali bapa vicky lakonan stephen chow yg mati itu.

Dan bila me perhatikan budak vicky itu memang lawa. Dari mula me ingat tak sepatutnya budak selawa itu berlakon jadi anak orang miskin. Tapi me fikir juga, takkan anak orang miskin hodoh-hodoh belaka. Cuma make-up itu yg tidak elok agaknya.

Tapi bila me terbaca ulasan wayang tersebut. Baru me perasan pelakon budak lelaki vicky itu sebenarnya adalah seorang budak perempuan. Patutpun lawa.

Satu lagi, bila babak stephen chow yg miskin itu bekerja di bangunan tinggi sebagai pekerja bangunan. Teringat me dulu-dulu masa me tiap-tiap cuti sekolah ikut kanda me kerja di pulau temasik. Kerja kuli binaan untuk membeli buku-buku rujukan sekolah me. Memang sedih insaf beb!

Alahai.

Written by en_me

Tue 19 Feb 08 at 12:01 am

akidah jelatang

with 19 comments

want to join my company? (unrelated entry)

Rakan me suka tengok drama tv korea. Atau drama jepun.

Tapi kelmarin sLm tengok drama melayu. Jelatang namanya. Me tak tengok pula. Me sudah lama tidak tengok drama tv.

Tapi jelatang itu apa maksudnya?

tanya sLm.

Kalau jelapang me tahu lah. Macam jelapang padi itu.

Bila me periksa kat kamus, maksudnya sejenis tumbuhan liar yg bisa daunnya.

Tapi yg paling menarik, me terjumpa forum dlm internet berkenaan drama jelatang itu >> CLICK !!! Korang pasti terperanjat kerana ada dialog dalam drama itu menyerupai ayat-ayat dalam kitab injil aka Bible yg itu.

Cerita lain, penyewa flat rumah murah me telefon. Suruh me datang hari jumaat ini. Me kena serahkan duit deposit kembali.

Semalam me tetiba didatangi bekas pelatih jurutera di syarikat me yg lama. 15 tahun dahulu. Masa me berkaca mata besar dan berambut lebat. aSh sekarang bertugas di jabatan proses.

Alahai.

Written by en_me

Tue 29 Jan 08 at 12:01 pm

movie: rush hour 3

tengahari tadi, me sekeluarga pergi tengok movie Rush Hour 3 itu. Memang best giler, sampai aBo pun gelak2..

Written by en_me

Wed 22 Aug 07 at 9:10 pm

Posted in family, movies

Harry Potter – The Order of Boring

Malam tadi lepas ambik aQi dari mengaji, kami sekeluarga gi tengok Harry Potter.

Me sebenarnya nak tengok Die Hard 4.0, tapi kesian kat mQ nak sangat tengok Harry Potter itu.

Punyelah boring cerita sampai aQi tertidor dalam panggung. Berdengkur lagi…

Written by en_me

Sat 14 Jul 07 at 11:59 pm

Posted in family, ho hum, movies

Transformer The Movie


aQi kat depan poster, tunggu Transformer The Movie kul 9.50malam.


Me dan yaasir berumur 3 bulan setengah.

Written by en_me

Mon 2 Jul 07 at 9:32 am

Posted in family, movies

Shrek The Third

Baru balik dari Tebrau City, tengok Shrek the Third. Banyak adegan kelakar, very comical. tp cerita tak best mcm shrek 1 and 2 itu. sbb dah tahu ending dia.

Written by en_me

Sat 2 Jun 07 at 11:28 pm

Posted in movies