Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for the ‘links’ Category

top five posts

with 7 comments

bendera merah ada makna
pulau batu, tanjung balau

Berikut adalah entri blog me yang paling popular sejak 30 hari yang lampau:

Title Views
restoran tupai tupai (6th Oct 2007)
48 More stats
me, yginsaf and I (About Me)
40 More stats
bunga orkid (24th Nov 2007)
35 More stats
my taste (9th Nov 2007)
30 More stats
happy birthday to me (5th Dec 2007)
29 More stats

Terimakasih untuk kawan-kawan yang singgah-singgah, jenguk-jenguk, dan komen-komen blog me yang ini selalu. Terutama kepada bro Azhar Ahmad yang tidak jemu-jemu ‘monggo mampir’ ke teratak me yang usang ini hampir setiap hari.

Dan yang selalu membaca blog me sebagai sarapan pagi walaupun tidak meninggalkan jejak, me juga ucapkan berbanyak terimakasih daun keladi. Korang semua buat me happy.

Advertisements

Written by en_me

Sun 9 Dec 07 at 12:05 am

Posted in ho hum, links

Tagged with , , ,

annual dinner: sde

with 6 comments

they are artists and very professional, good job

Malam minggu yang lepas, me pergi ke majlis makan malam tahunan syarikat mQ di The Zon, Stulang Laut.

Artis undangan kali ini ialah Salleh Yaakob, Adibah Noor, Nasha Aziz dan dj radio dari Best 104 itu. Salleh dan dj sebagai pengacara. Adibah melantak menyanyi. Tapi me tidak tahu apa tugasan Nasha yang cun meletup-letup malam itu. Nasha [+ bertunang ] asyik bawa balang ke sana ke mari.

Macam biasa juga, ada cabutan bertuah. Hadiah pertama tv plasma 42 inci yang berharga lebih RM6000. Me tiada tuah tahun ini. Dan paling malang, bila kami terhalang di tempat letak kereta semasa hendak keluar selama hampir 2 jam.

Alahai.

Written by en_me

Sat 24 Nov 07 at 12:01 pm

the national museum of Malaysia

with 12 comments

earlier this year, the Muzium Negara announced that it was going through renovations [+ website ]

Tengahari kelmarin, me pergi Muzium Negara itu. Seorang diri juga.

Bukannya jauh sangat, lebih kurang 15 minit saja jalan kaki dari pejabat me. Perjalanan melimpasi KL Sentral itu. Sudah lebih dua belas tahun me tidak masuk ke muzium itu.

Me masuk ikut pintu depan, tepi lebuhraya itu. Me panjat tangga yang tinggi itu. Me bayar RM2 di kaunter tiket itu. Me tenguk ada rombongan pelajar sekolah. Ada juga orang putih yang datang. Ada dua orang makcik duduk di bangku berbincang masalah peribadi masing-masing. Aiman tak kisah.

Mula-mula me jenguk pameran tingkat bawah, tradisi orang-orang Malaysia berbagai kaum dan budaya. Ada tengkorak tengkolok, ada wayang kulit.

Me naik ke tingkat kedua dewan satu, pameran dari zaman melaka ditawan portugis, kemudian belanda, kemudian british. Tapi hati-hati sebab ada lantai kaca disitu!

Lepas itu me masuk ke dewan dua, pameran dari zaman perang jepun hingga merdeka.

Me balik pejabat semula dalam masa satu jam. Sempat ambil gambar sana sini. Tapi me tidak sempat hendak makan tengahari lah pula.

Alahai.

Written by en_me

Sat 27 Oct 07 at 12:06 am

perfume

with 5 comments

Gorgeous new Oriental fragrance, ‘Provocative Woman’ from Elizabeth Arden, is embodied by Catherine Zeta-Jones [+ commercial – cair beb ]

Hari Ahad, me dan kerabat pergi membeli belah di Grand Parkson itu.

Kami sampai di sana jam 1 petang, orang tidak ramai lagi. Me tengok kedai-kedai yang menjual vcd atau dvd haram pun sudah buka, tapi tiada vcd/dvd movie yang dipaparkan secara terang-terangan lagi. Sambil menjerit-jerit mencari pelanggan, ulat-ulat itu menunjukkan bilik rahsia dibelakang kedai mereka, sambil menghulurkan kaedah baru bisnes mereka.

Mereka sekarang sudah guna bisnes kad la pula. Tapi me tak heran.

Alahai.

Written by en_me

Mon 8 Oct 07 at 12:01 am

Posted in links, shopping

open umbrella

with 4 comments

An umbrella, according to popular [+ superstition ], should never be open indoors or you will bring bad luck on all the people residing in the building.

Cerita minggu lepas lagi, masa hari hujan. Me lupa hari apa, tapi hari itu me beli payung di 7-eleven dalam KL Sentral itu.

Walaupun dari tempat pejabat me ke KL Sentral, kami boleh melalui tempat pejalan kaki yang ada bumbung. Kami tidak akan kena hujan basah kuyup, tapi tempias saja. Me beli payung sebab hendak ke Jalan Tun Sambanthan di luar sana.

Sampai dipejabat, adalah mat salleh Belanda itu sapa me, suka tengok payung diatas dan tanya harga payung tersebut. Me bilang RM14.90. Mat salleh cakap murah sebab kalau di Belanda, lebih kurang €10 bersamaan RM47.

Alahai.

Written by en_me

Sat 6 Oct 07 at 12:06 am

Posted in links

hijrah

maka dengan ini laman web yginsaf telah berpindah ke wordpress:

yginsaf.wordpress.com

jumpa anda disini disini..

Written by en_me

Tue 28 Aug 07 at 8:10 pm

Posted in links