Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for the ‘games’ Category

cosmo’s world

with 52 comments

very sweet moment while at spinning orbit
cosmo’s world theme park, berjaya times square, kuala lumpur

Hari sabtu yg lepas, me pergi ke taman tema di berjaya times square itu.

Me adalah antara pengunjung yg pertama. Me tiba jam sepoh pagi. Tapi kaunter tiket dibuka jam sebelas pagi. Tidak seperti yg tertera dalam internet.

Hampir kesemua permainan kaum kerabat yg mencuba. Me tangkap gambar saja.

from top left clockwise: space attack, dizzy izzy, firing for nothing, buddy go round, oorts’ express, and supersonic odyssey’s roller coaster.

Alahai.

Advertisements

Written by en_me

Wed 6 May 09 at 12:06 pm

Posted in games

incomplete tag

with 37 comments

four in one – incomplete me
piasau boat club, miri

Me dapat tag dari cek atyezwaty. Tapi me bengang juga. Sebab cek atyezwaty tak link balik ke blog me yg ‘memang lumayan’ ini. Manalah me tahu kalau me tidak terjah blog dia dulu. Kalau tidak, sudah lama me buat tag ini kannns.  Tapi me tidak puas hati juga, soalan tag dari cek atyezwaty itu semacam tidak ikhlas lengkap. Jadi, me susur balik ke blog yg asal datangnya tag itu.


Me cuba jawab ya.

1. Apa nama penuh anda.
Yg bermaksud ‘hamba kepada yg maha kaya.’ Juga dalam bahasa Melayunya (me jumpa dalam penanda rantai kunci) bermaksud ‘Kaya atau Mewah. Berupaya mencapai kesenangan dalam hidup.’ Wallahualam.

2. Nama yang anda harap itu nama anda
Alhamdulillah, me bersyukur dgn nama me yg ini. me tidak mengharap nama lain. Alkisah mengikut cerita kakak me, ayahnda letak nama me sebab ada orang sekampung dulu-dulu yg bernama begitu yg bermaksud ‘kaya’.  me layan saja.

3. Post 4 pictures latest korang yg ekslusif yg takdok siapa tengok lagi.
Seperti gambar diatas. Empat dalam satu. Tapi oleh kerana cek atyezwaty macam tak ikhlas gitu, me pun buat-buat tak lengkap juga. Vollleee ghitewww.

4. Apakah kenangan paling bermakna dalam jiwa raga anda?

Dapat masuk peraduan dan menang, walaupun tidaklah dapat juta-juta hinggit gitu. Pengalaman itulah yg paling berharga buat me.

5. Apa prinsip hidup anda?
Kalau kita buat baik pada orang, orang juga akan buat baik pada kita. InsyaAllah

6. Apa perangai anda yang paling buruk
Panas baran (cubalah kalau nak test ghiteww)

7. Tulis di atas sekeping kertas dan poskan juga, “ucapan anda kepada saya bersama tandatangan anda.”

(insert writing me)

oops.. tulisan me senget-senget sampai tandatangan me tertinggal lah pula.

8. Tagkan 10 orang kenalan anda.

tadaaaaaaa… dah siap dah tag ni, tapi me tak hendak tag orang lain. Bukan hidup me hendak susah lagi menyusahkan orang lain. Voleee kannss?

Alahai.

Written by en_me

Thu 26 Mar 09 at 3:03 pm

Posted in games

slumdog millionaire

with 62 comments

it’s a destiny movie, as well as an exhilirating experience (for me)
(picture taken from the world wide web)

Me telahpun membeli dvd haram*jadah filem ‘slumdog millionaire‘ itu.  Memang teruja. Filem yg menang lapan anugerah oscar tempohari.

Dan mengimbau kembali kenangan me menjadi peserta lapan tahun yg lampau. Walaupun hanya tiga soalan lagi menjadikan me jutawan. Pengalaman itulah yg tidak ternilai rasanya. [+ makcik nasi lemak pun tengok millionaire ]

Dalam filem tersebut, ada satu dialog yg membuat me berfikir sejenak. Bila imbasan kembali peristiwa rusuhan antara penganut hindu dan islam di india. Jamal Malik (lakonan Dev Patel), hero tersebut memberitahu polis yg membelasah dan menahannya,

kalau tidak kerana Rama dan Allah, mungkin ibu saya masih hidup..

Alahai.

Written by en_me

Mon 2 Mar 09 at 12:02 am

Posted in games, nostalgia

raja masai berkata: buktikan

with 42 comments

waiting for nothing
bank simpanan nasional’s head quarter, jalan ampang, kuala lumpur

“di manakah kebenaran dan apakah bukti pemenang utk cabutan sijil simpanan premium itu dimenangi oleh pemegang sijil itu sendiri? ada tak sesiapa kawan-kawan memiliki sijil simpanan premium (BSN) tu pernah menang cabutan ataupun sedara mara kalian pernah menang?”

Sila rujuk entri me bertajuk, “mat rempit pun leh menang mercedes.”

Soalan lain, gaji jurutera oil and gas

“gaji jurutera di petronas lumayan ker?”

Me tidak tahulah pula. Me tidak pernah kerja dengan petronas, walaupun mendapat biasiswa masa zaman sekolah dulu-dulu. Juga walaupun sejak dua menjak ini, me begitu taksub mengisi minyak di stesen minyak petronas. Sebab nak menang duit sejuta hinggit atau kereta bmw / honda civic yg mancongkam itu. Dapat RM185 macam abang roshaizul itu pun oke apa.

Soalan lain,

“gaji jurutera di shell lumayan ker?”

Me tidak tahu juga. Tapi bayangkan kalau ada abang ipar (bukan abang ipar sebenar) yg sudah bekerja lebih dua poh tahun dengan shell kena berhenti kerja. Dapat pampasan vss dua juta hinggit.

Soalan lain,

“gaji jurutera di exxonmobil lumayan ker?”

Lumayan yg macamana? Jurutera yg punya pengalaman bekerja selama lima belas tahun. Gajinya hanya sebelas hibu hinggit sebulan. Lumayan kah?

Soalan lain,

“gaji jurutera di ranhill worley lumayan ker?”

Ranhill? Ranhill apa? Macamana eja ranhill? R untuk rumah. A untuk ayam. N untuk nangka. H untuk holland. I untuk itik. L untuk lain-lain. Baiklah, nanti makcik kat jabatan hasil akan hantar surat macam INI.

a real story (dont tikam tikam belakang one uoooollss)
not for mmc kvaerner technip sbm offshore jds kenchana hl protek engineers jacobs engineering sime darby engineering mmhe sime sembawang ramunia fabricators brooke dockyard pegasus  malaysia marine heavy engineering oil fab

Alahai.

Written by en_me

Thu 18 Dec 08 at 12:02 am

Posted in games

federer

world’s number two is here [+ wikipedia ]
petronas twin towers lobby, kuala lumpur

Me patut tampal gambar jaguh tenis ini semalam.

Pasca nota: me tak sangka rupa-rupanya gambar me yg keluar muka hadapan [+ THE STAR ] hari ini. Glamor sekejap.

Written by en_me

Wed 19 Nov 08 at 12:01 pm

Posted in games

showdown of tennis champions

with 17 comments

i think he comes across as intelligent and funny
stadium putra, bukit jalil, kuala lumpur

Tenis antara permainan yg me tidak minat. Kalau tengok kat televisyen, memang tidak pernah habis. Dulu masa zaman sekolah, me cuba juga nak belajar main, tapi memang susah berbanding badminton.

Semalam tengahari me sempat pergi klcc. Memang teruja nak tengok roger federer yg muda lagi hensem itu walaupun tidak pernah tengok dia main. Me sempat ambil gambar beliau dari jauh masa sesi autograf  dengan peminat. [+ snap happy crowd ]

Kelmarin me sudah beli tiket perlawanan ‘showdown’ itu. Malamnya me merempit ke stadium putra bukit jalil. Tengok permainan pertama antara pemain tenis veteran john mcenroe (usa) yg panas baran dan bjorn borg (sweden) yg ‘cool’ itu. Memang seronok juga.

Permainan kedua antara juara terkini, roger federer (switzerland) dan james blake (usa). Memang pantas dan cergas, berbanding pemain-pemain veteran. Tapi me balik dipertengahan perlawanan.


four champions, two eras, one night in KL

Alahai.

Written by en_me

Wed 19 Nov 08 at 8:04 am

Posted in games

raya with a millionaire: part deux

with 24 comments

an elephant is still an elephant when flayed; a flea is still a flea if you proke at it
kampOng gajah mati, jalan jemaluang, mersing

Hariraya pertama kelmarin, me jumpa kawan lama sekampung yg jutawan itu, zMi. [+ part une ] Berikut adalah ringkasan temubual me. Panjang ceritanya. Me pendekkan.

en_me: camana sekarang, sibuk ke, boleh ke sembang-sembang?
zMi: taklah sibuk mana, sibuk kemas rumah kena banjir tadi pagi..

en_me: haku datang nak tanya pengalaman ko dapat durian runtuh sejuta dulu tu.. bila ko menang tu? ko ada menang hadiah lain tak?
zMi: haku ada simpan keratan akhbar lama, tapi tuk simpanan peribadi je.. ko nak watpe, me? lepas tu, haku ada masuk juga peraduan lain, tapi banyak dapat jersey bola je.. abang tiri haku pun pernah menang motorsikal dan proton iswara – peraduan courts mammoth juga..

sambil zMi bergegas masuk bilik, keluar dengan fail plastik hijau yg penuh dengan surat-surat penghargaan peraduan yg beliau sertai.

en_me: baper juta sebenarnya ko dapat duit tunai tuh?
zMi: setengah juta hinggit je beb.. tapi bukan selepuk.. mula-mula haku terima RM100,000 dalam bentuk fixed-deposit.. pastu setiap tahun haku terima RM20,000 sehingga umur haku empat poh something..

en_me: nape ko tak kawin-kawin lagi. Kawan-kawan ko yg lain dah berderet-deret macam gerabak kete-api.. (ehehe)
zMi: haku nak lepaskan adik-adik haku belajar dulu (jawapan yg sama dari dulu lagi).. tinggal sorang lagi adik pompuan aku kat upsi..

en_me: haku nampak ada cerita ko nak beli kete.. mana duit ko wat melabur?
zMi: en_me, haku ni jenis yg suka agih-agihkan apa yg haku dapat ngan kaum kerabat.. haku nak tolong kaum kerabat yg dalam kesusahan juger..

en_me: maksud ko, kalo sedara mare datang mintak duit, ko kasik camtu je ker..
zMi: iye, ramai orang lain tak paham.. tapi haku kan jenis ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ gitu..

en_me: *pengsan (tipu je)..

Mula-mula me keliru juga. Me selalu dengar peribahasa ‘gajah didepan mata tak nampak, kuman diseberang laut nampak.‘ Tapi peribahasa ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ yg bermaksud ‘pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit’ sangat jarang me dengar. Kannns. azmi bera berah musngori sapiah utuh rapeh karshin nor aini berah kampung paya embun pekan nenas

Cerita lain, masa me mengGOOGLE mencari ‘kampong gajah mati’. Me terjumpa ada tujuh kampong diseluruh negara. Dari kelantan, terengganu, pahang, johor, melaka, perak, dan kedah.

Pasca nota: Labourer to invest part of $500,000 prize. [+ the archive ]

Alahai.

Written by en_me

Tue 7 Oct 08 at 12:06 am

Posted in games