Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for the ‘food’ Category

dinner at five

with 74 comments

(insert ketam merah)

RM35 per kilogram, times four

Petang sabtu kelmarin, me sudah singgah warung tepi laut di tanjung langsat itu. Bersebelahan warung mee bandung yg me pernah berpergian dulu. [+ then and now: tanjung langsat ]

Me pesan ketam masak pedas (4 kilo), siakap rebus, capcai (menggantikan kangkung belacan), dan udang goreng.

(insert seribahagia seafood)

from top left: seribahagia seafood restaurant, around the table, playing around, and kongkong’s bridge (under construction)

Alahai.

Written by en_me

Mon 18 May 09 at 12:08 am

Posted in food

kluang’s railway station kopitiam

with 47 comments

it’s the rail thing
kluang’s railway station coffee shop (now in town’s center)

Hari ahad yg lepas, me terjah ke bandar kluang. Mula-mula mencari kedai kopi kluang’s railway coffee shop di stesen keretapi yg me pernah ke SITU. Tapi tengahari kelmarin tutup lah pula.

Tapi diberitakan, ada satu lagi cawangan kedai kopi itu di tengah bandar. Me pun terjah ke sana dan lepak makan tengahari. Me pesan mee rebus dan kopi kosong saja.

Cerita lain, semalam me dapat duit tabung kutu kawan sepejabat. Empat bulan me tunggu. Tapi dapat separuh saja. Separuh lagi minggu depan. Dan giliran akan datang, pada bulan september nanti. Sebab me pakai dua nama.

Cerita lain lagi, hari ini 1 haribulan mei 2009, hari buruh, atau hari pekerja. Dan me cuti dan nak jalan-jalan pula. [+ what i did last year ] Untuk kawan-kawan semua, hati-hati dijalanraya. Majulah sukan untuk negara.

from top left clockwise: yaasir (2) – nasi lemak – black coffee – mee rebus – an old newspaper cutting (7) – chicken chop – aqi (11) n yaasir (2)

Alahai.

Written by en_me

Fri 1 May 09 at 12:01 am

Posted in food

cendol 5 bintang

having meals under the palm trees is very dangerous, although it’s a cool experience
kampung sawit, masjid tanah, melaka [+ flickr ]

3 – Cendol lima bintang di dalam kebun kelapa sawit? Biar betul en_me.

Cerita cendol belum habis lagi ya kawan-kawan. Lepas me pekena cendol leman dawi di senawang. Lepas pekena cendol kacang masjid tanah, me terus ke warung sawit. Terletak antara bandar masjid tanah menghala ke bandaraya melaka.

Sebelum itu, me sudah bertanya dengan abang knizam.com itu. Walaupun tercatat dlm blog ‘makan malaya‘nya, beliau belum pernah ke sana lagi. Pelik kan.

Sebenarnya me pernah ke warung tepi jalan ini di bawah rimbunan pokok-pokok kelapa sawit. Dahan-dahan kelapa sawit yg bila-bila masa akan gugur sendirinya. Bukan daun-daun kering ya kawan-kawan. Me ulangi, dahan-dahan pelepah kelapa sawit yg berduri itu. Boleh menghempap kepala bila-bila masa. [+ keadaan sekeliling di flickr ]

Dipendekkan cerita, me telah pesan rojak mee. Takkanlah me hendak makan cendol lagi. Boleh muntah ijo dibuatnya. Me pesan air teh kosong saja.

Jadi me tak boleh nak bagi apa-apa bintang kat cendol sawitt special itu.

Tapi kawan-kawan hendak tahu kan di warung manakah cendol yg me kasi 5 bintang itu. Sedap sangat kah? Jawapannya, cendol pantai pontian. (Habislah me, kena baling kasut abang long yg fanatik dgn cendol taiping pula.) Mamak pakai kain putih saja yg jual – memang mancongkam.  Kain putih yg separuh dilipat keatas. Nasib baik dia tak buat selendang. Orang kata, setiap tahun mamak cendol itu pulang ke india. Me kasi 5 bintang sebab ada ‘sentimental value’ gitu. Walaupun kena duduk atas kerusi plastik saja. (insert 5 bintang) Vollleeee ghiteww? Ammvoiii.

Nota: ini entri komen tertutup lagi. Untuk komen, sila buat lencongan dan guna kotak komen entri cendol 3 bintang dibawah.

Alahai.

Written by en_me

Mon 20 Apr 09 at 6:20 pm

Posted in food

cendol 4 bintang

next to d’mart and near to kfc restaurant
masjid tanah

Lepas ambil aDm (19) di asramanya, me singgah mencari cendol lagi.

2 – Cendol masjid tanah, melaka.  Blogger incek sappil juga kecewa yg diceritakan dlm blognya. Beliau datang dari jauh ke masjid tanah semata-mata hendak menjamah cendol disitu. Tapi warung tersebut ditutup pula. Jadi, kebetulan me ada urusan di masjid tanah, me pun cubalah merasa. Hanya ada cendol pulut, cendol kacang dan cendol biasa saja. Me telah pesan cendol kacang yg berharga sehinggit setengah. Ada ais sebab ditengahari yg panas terik. Memang mancongkam. Dua mangkuk cendol dlm satu hari. Lupa sakit tekak dan batuk-batuk.

Me kasi 4 bintang. Boleh gitu? (insert 4 bintang)

Tapi kawan-kawan mesti nak tahu kan. Cendol manakah yg me kasi 5 bintang? Tunggu.

Nota: ini entri komen tertutup. Untuk komen, sila buat lencongan dan guna kotak komen entri cendol 3 bintang dibawah.

Alahai.

Written by en_me

Mon 20 Apr 09 at 12:20 pm

Posted in food

cendol 3 bintang

with 103 comments

to get there, please exit at senawang toll plaza, at the second traffic light, please turn right, and drive about 5 kilometer through the old trunk road to tampin town (16km to seremban city) [+ maps google | flickr ]

Kekecewaan orang lain, keberuntungan diri sendiri. Kata setengah orang.

Biasanya, kalau hendak makan diluar, me akan terjah kemana-mana. Tapi tidak kali ini. Me sudah selak blog orang lain sebab me hendak tahu arah yg tepat dan jimatkan masa. Jadi, projek cendol untuk entri hari ini, beginilah ceritanya. Tiga warung cendol yg me bepergian sambil mengambil aDm (19) di asramanya pd hari sabtu kelmarin.

1 – Cendol leman dawi. Warung cendol yg paling glamor yg pernah ditayangkan di majalah 3 dan blog knizam itu. Blogger cek atikahnr kecewa kerana bila beliau tiba ke sana awal bulan, warung tersebut ditutup kerana telah ditempah untuk majlis kahwin. Tapi bila me terjah ke sana hari sabtu kelmarin, pukul 9.45 pagi, warung cendol itu telah dibuka.  Tapi cuma cendol pulut dan cendol jagung saja yg ada. Jadi, me telah pesan cendol jagung yg dua hinggit sahaja. Tanpa ais sebab me sakit tekak.

Me kasi 3 bintang. (insert 3 bintang)

Alahai.

Written by en_me

Mon 20 Apr 09 at 12:20 am

Posted in food

kacang pool haji

with 39 comments

kacang pool haji
bomba larkin food court,  johor bahru

Petang sabtu kelmarin, me singgah pekena kacang pool haji. Di medan selera larkin bomba. [+ laman web | lokasi ]

(insert kacang pool haji)Pertama kali me cuba. Cara pemakanan yg mudah saja – kena cecah roti bakar itu dengan kuah kacang sebelah kanan. Stail makan orang dulu dulu. Sambil kaki bersilang atas kerusi. Mancongkam juga.

Selain itu, ada juga rojak buah, tauhu bakar, roti bakar dan nasi lemak. Perniagaan dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 1.30 pagi. Tapi ini bukan iklan ya kawan-kawan.

Alahai.

Written by en_me

Mon 13 Apr 09 at 12:13 am

Posted in food

Then & Now : Mee Banjir Udang Mak Teh

with 31 comments

welcome to mak teh’s flooded prawn noodles restaurant
left image from knizam‘s old blog | right image i took it myself last friday

Alhamdulillah juga. Kerana limpah kurniaNya, me sampai dan berjaya mengecapi mee banjir udang mak teh di kuala sepetang yg popular di majalah tiga tv3 itu. [+ lokasi dan arah ke kuala sepetang ]

Ini cerita me.

Pada hari jumaat petang kelmarin, me tiba di kuala sepetang dari teluk anson (teluk intan). Me keluar lebuhraya di changkat jering, menuju bandar taiping. Dari simpang, me ke matang. Kebetulan daerah bukit gantang sedang dilanda demam pilihanraya. Banyak bilik-bilik gerakan ditepi jalan yg sedang sibuk dengan kenderaan.  Dengan kibaran sepanduk dan bendera parti bertanding. Begitulah keadaannya bila me tiba di warong mak teh. Mengalahkan bilik gerakan gamaknya.

Lepas usai meletak van buruk toyota unser me. Cabaran seterusnya mencari tempat duduk untuk menjamu selera. Walaupun ada dewan lain, tapi orang yg terlalu ramai membanjiri warong tersebut. Sepoh minit juga menunggu.

Pandangan pertama memang meloyakan. Dengan meja yg dipenuhi lalat dan bau busuk dari parit bersebelahan.

Seperti kebanyakan pelanggan pertama kali tiba di situ, budak yg mengambil pesanan memberitahu. Ada tiga jenis mee udang – udang bela (enam hinggit), udang laut (sepoh hinggit) dan udang laut istimewa (dua belas hinggit). Me pesan mee udang yg sepoh hinggit gitu.

Dipendekkan cerita, memang mancongkam juga.  Memang betul orang kata – selak udang baru nampak mee. Sampai terlupa tentang keadaan lalat dan bau busuk longkang masa mula-mula tiba tadi.

ferris11.gif Gambar-gambar lain di flickr dan aminus3.


from web to site (knizam – is the picture you taken yourself, bro?)
batu 9 1/4, kampung tebok, jalan kuala sepetang, 34750 matang, perak

Alahai.

Written by en_me

Sun 22 Mar 09 at 12:04 pm

Posted in food

new restaurant

with 10 comments

mcdonald’s restaurant
bandar seri alam, masai, johor

Hendak tahu di mana lokasi restoran makanan segera mcdonalds di masai. Sila klik di SINI, dan di SINI. Berhadapan pasaraya besar tesco. Sebelahnya today’s market.

Kalau hendak mengambil gambar diwaktu malam, me pakai tripod. Kalau tidak, gambar tidak menjadi pula.

Nota: entri ini tiada kena mengena tentang promosi barang buatan yahudi laknatullah itu.

Alahai.

Written by en_me

Sun 18 Jan 09 at 11:55 pm

Posted in food

my kitchen studio

with 13 comments

my kitchen studio’s chicken rice
no 3c, jalan pandan indah 3/3a, 55100 kuala lumpur
contact person: rusdhi darikah 012 399 5173

Masa me menjejaki encik samerin bekas pemenang more jutaria bulan lepas di bandar jengka. Me terjumpa laman blog pengusaha nasi ayam yg menarik perhatian me.

Mula-mula me ingatkan sebuah kedai restoran. Bila me ke sana tengahari tadi. Rupa-rupanya cuma sekadar warung di tepi longkang.

Walaupun begitu, me kagum dengan usaha tuan punya warung ‘my kitchen studio‘ itu. Pelanggan yg memang lumayan ramainya.

Sebenarnya me bukanlah peminat nasi ayam yg tegar. Me cuma hendak mencuba kalau-kalau mancongkam sangat kah rasa nasi ayam nya.

Alahai.

Written by en_me

Tue 9 Dec 08 at 5:07 pm

Posted in food

beriani house

with 20 comments

(insert beriani rice)

roslin beriani house (3313310, 019-7100708, 019-7511908)
14 jalan rebana, 80250 kebun teh, johor bahru [+ albanian coder ]

Kalau me ke bandar johor bahru, kadang-kadang me akan singgah ke restoran nasi beriani itu. Orang kampung bilang, “having lunch.”

Lepas me [+ cerita dulu, ] ramai pula yg tanya. Kelmarin masa me singgah juga, me minta kad bisnes tuan punya kedai. Untuk me jadikan iklan percuma dibawah gambar itu.

Alahai.

Written by en_me

Thu 4 Dec 08 at 12:04 am

Posted in food

what i did last weekends: part cinq

with 5 comments

mix fruits are an important part of a well-balanced diet

Dulu di syarikat lama, memang me selalu makan tengahari hanya dengan buah-buahan campur. Me beli di kl sentral itu. Penjual cewek warga indon yg ramah dan ayu. Yg selalu panggil me, “hai abang..”

Di tempat kerja baru, me baru ketemukan tempat menjual buah-buahan campur itu. Di stesen lrt klcc, dibawah metrojaya. Jalan kaki dari pejabat pun lebih kurang lima minit saja.

Cerita lain, minggu lepas juga me sudah buat pemeriksaan kadar kesihatan me di poliklinik itu. Sudah tiga bulan me telan pil [+ covastin ] itu. Dan me sungguh gembira kerana tahap kolesterol dalam tubuh badan me sudah menjadi normal. Lepas ini, boleh lah me makan nasi lemak yg mancongkam itu ya.

Cerita lain juga, ini adalah entri kelima me untuk hari ini. Esok ada cerita lain. Gasaklah kannnns.

Alahai.

Written by en_me

Thu 20 Nov 08 at 9:05 pm

Posted in food

telur bawah

with 19 comments

menu no. 5 as usual
megan avenue one, hampshire road

Kalau dulu di syarikat lama, me akan bersarapan roti bakar, 2 telur separuh masak dan air kopi-o di restoran rasamas kl sentral. Atau di chicken rice shop.

Tapi sekarang, me akan pekena roti bakar juga di restoran yg baru dibuka. Restoran yg masih tidak bernama.Tidak ramai orang. Menu yg ringkas juga.

Nota: sila abaikan tajuk entri ya kawan-kawan.

Alahai.

Written by en_me

Thu 6 Nov 08 at 12:04 pm

Posted in food

fatamorgana

with 15 comments

not cikputih
scale: 1 to 59

Cerita pasal beli juadah berbuka puasa. Di bulan ramadhan al-mubarak.

Biasanya di pasar ramadhan, mula-mula makanan yg me cari ialah kuih lapis. Me akan beli kuih-muih sehinggit. Dan beli mee hoon goreng sebungkus.

Tahun ini me belum pernah berbuka puasa di hotel-hotel mewah ataupun di restoran tupai-tupai yg mahal itu.

Cerita lain, sebenarnya, me nak ucap terimakasih daun keladi pada cek tata dan cek fauzani yg dua-dua jelita itu. Sebab sudi kirim kad raya walaupun melalui emel saja. Tanpa kawan-kawan yg best-best gitu, siapalah me yg ini kan.

Nota kamus dewan: fatamorgana 1. sesuatu yg bersifat khayalan 2. sj logamaya [+ wikipedia fata morgana ]

Alahai.

Written by en_me

Wed 17 Sep 08 at 12:05 am

Posted in food

no minimum order

with 5 comments

in a franchise, there is a chain of stores under the same name

Ini entri ketiga me hari ini. Gasaklah kan.

Selama ini kalau hendak sarapan bersama kaum kerabat me akan ke warung zarahman. Tepi stesyen minyak mobil itu. Tepi jamban.

Kadang-kadang me akan bawa kaum kerabat ke restoran mcdonalds di jalan tebrau.

Tapi mcdonalds akan buka bangunan baru berdekatan tempat kediaman. Bolehlah nanti me selalu pekena ‘pancakes’ bermadu setiap pagi minggu.

Alahai.

Written by en_me

Sun 14 Sep 08 at 9:01 pm

Posted in food

hukum makan ulat sagu

with 20 comments

the ugly duckling
rumah panjang sedi, negeri sarawak

Kawan-kawan pernah makan ulat sagu? Atau pernah melihatnya di kaca televisyen saja? Eeeee, geli kan. Apa lagi kalau ulat sagu yg masih hidup yg gemuk warna putih dan masih bergerak-gerak gitu.

Tapi aTi (16) pernah memakannya di rumah panjang sedi kelmarin. Ulat sagu yg sudah digoreng. Kata aTi,

rasa macam ayam dengan udang. nyam nyam..

Cerita lain, gambar diatas dan dibawah semasa kaum kerabat ke ladang pisang peninggalan ayahnda mertua.

Dan cerita lain juga, hari ini me akan mula bekerja di tempat syarikat ‘main main company’ yg baru ya kawan-kawan. Bukan di syarikat ‘mitsubishi motoring corporation’ yg itu. Ammvoiii.

eating milky ice cream is better (jPg, aQi, mAo, LoL, and aTi)
rumah panjang sedi, sarawak

Alahai.

Written by en_me

Tue 2 Sep 08 at 12:05 am

Posted in food