Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for the ‘arts’ Category

contemporary art show 2009

with 51 comments

aku dalam kotak dan kotak dalam aku (5 panels ) – mohd fazli othman
oil on canvas, RM20,000

Hari sabtu kelmarin, me sudah bertandang ke pameran seni ‘iskandar malaysia contemporary art show 2009‘ di pusat belibelah danga city mall. Pameran yg terletak di tingkat empat dan masuk adalah percuma.

Berikut adalah pengalaman me ke sana. Fotografi juga tidak dilarang.

setiap kali hujan wairah dan zanita menangis – shooshie sulaiman
mixed media (2006)


right: bobby – zulkifli yusof
mixed media on canvas (2008)


left: fatamorgana # 2 : the state of confusion – ahmad fuad osman (2006)
center: the fate of this man lies in the hand of this woman – ivan lam (2007)
right: the first truculent argument between the aloof – ivan lam (2007)


gods, heroes & myths – justin lim
acrylic on canvas (2008)


jean series – mohd noor mahmud
mixed media on canvas (1988)


alun gabung segitiga iv – mohd safwan ahmad
wood, variable – RM 750 (2009)


mak nyahs (male transsexuals) in malaysia: the influence of culture religion on their identity – noraidayantee mustafa
paper patch work, variable size – RM3500 (2008)


ambiguous iii and ambiguous iv – chong ai lei
oil on canvas, RM5600 each (2008)

Informasi di laman lain: [+ thalhazlin | yazidhusain | komuniti pelukis hutan bandar | the star ]

Alahai.

Written by en_me

Mon 25 May 09 at 12:05 am

Posted in arts

offshore sarawak with LAT

with 41 comments

framed lat cartoons at client’s recreational center, lutong (left)
the grand old lady, canada hill, miri (right)

Dulu, masa ke seberang lautan (ala, miri saja). Me tertangkap gambar-gambar kartun oleh mohammad nor khalid (datuk lat) yg terpampang di kelab rekreasi petroliam milik pengusaha minyak di lutong itu.

Sebenarnya selepas itu, me sudah mencari buku koleksi kartun berkenaan pengalaman kartunis lat ke offshore (luar pantai.) Tapi tiada seorang pun yg tampil memberitahu me dimana harus me dapatkan buku koleksi tersebut.

Walaupun me bekerja di syarikat ‘oil and gas’ bertahun-tahun dan terlibat secara langsung dengan mereka cipta dan pembuatan, tetapi me tidak pernah bertugas ke pelantar minyak di luar pantai. [+ career ]

(insert lat the early series)Kelmarin, me sudah terjah ke kedai buku kinokuniya klcc. Kebetulan, me ternampak ada buku koleksi lat yg terbaru. Bertajuk, ‘lat, the early series.’ Sebelum beli, me sudah periksa. Me sudah buka sarung plastiknya, dan me pun pasti ada koleksi kartun-kartun lat ke pelantar minyak yg me cari-cari itu. [+ nstp: journey back to 70’s ]

Me gembira kerana berjaya menjadi pemilik buku koleksi tersebut. Dan me sudah buat arkib dlm photoblog me yg satu lagi.

Kebetulan juga, semalam abang hafizd -19/6/08 (yg baru pulang dari offshore) dan akak yon – 4/3/09 (yg baru pulang dari miri) telah sudi makan tengahari bersama me di avenue k itu. Jangan serik-serik one uoolsss..

Alahai.

Written by en_me

Fri 22 May 09 at 12:02 am

Posted in arts

eng tay – the exhibition

with 14 comments

Homage by eng tay [+ Edouard Manet’s Le déjeuner sur l’herbe – the picnic (1863) ]
galeri petronas, klcc, kuala lumpur

Tengahari khamis kelmarin, lepas beli buah-buahan tempatan campuran di bawah avenue-k. Seorang diri me terjah ke galeri petronas, tingkat tiga, klcc. Dah lama me nak singgah. Lagipun masuk percuma kan.

Ada pameran senilukis dari pelukis dari new york kelahiran malaysia, eng tay. Tapi me pun tak kenal.  Jadi, me layan saja.

Alahai.

Written by en_me

Sun 3 May 09 at 12:03 am

Posted in arts

muzium bugis

with 40 comments

sula [+ zoom out ] – a stabbing weapon to kill a woman who convicted of adultery
muzium bugis, kampung teluk kerang, pontian, johor

Dulu me pernah cerita sikit pasal [+ ugik technologies. ]

Minggu lepas me sudah terjah muzium bugis. Terletak di tepi jalan utama kukup ke bandar pontian.

Mula-mula me ingat sebuah rumah tradisional yg dijadikan muzium. Tapi sebenarnya rumah moden batu juga. Tiada yg menjaganya. Kelihatan tidak terurus dan berabuk walaupun banyak barang-barang antik yg berharga didalam.

Tapi me kecewa juga. Kalau orang jawa tentunya datang dari pulau jawa. Tapi tiada cerita kisah asal-usul bangsa bugis itu. Dari manakah datangnya? Adakah benar keturunan lanun yg terkenal dan amat digeruni itu? Baik me selak wikipedia saja kan.

Alahai.

Written by en_me

Mon 16 Mar 09 at 12:05 am

Posted in arts

lagi lagi kufi empat segi

with 40 comments

selangor islamic arts garden complex
kuala lumpur international airport, sepang

(insert zzeed)Masa dalam perjalanan pulang dari seberang lautan kelmarin, di lapangan antarabangsa kuala lumpur itu. Me tidak menjangka juga – buah cempedak dah jadi nangka. Me terperasan ada rakan blogger yg amat me kenal dari gambar-gambar di blog beliau. Me yg tegur dulu sebab me tahu beliau tidak kenal me.  Zzeed yg baru saja membuka kembali pintu blog beliau setelah sekian lama ditutup. Beliau baru berkahwin rupanya. Menghantar isteri yg menyambung belajar di australia gitu.

Gambar cawan hiasan diatas me terjumpa di klia juga. Contoh seni khat kufi empat segi yg pernah me cerita di pelabuhan johor dan saratok. Ukiran itu ditulis ‘kompleks taman seni islam selangor’. Dapatkah kawan-kawan membacanya?

Cerita lain, ramai kawan-kawan yg tidak tahu rupanya. Me ke seberang lautan tempohari kemana agaknya. Ada yg ingat me ke brunei yg matawangnya sama nilai dengan negara liliput dibawah sana. Sebenarnya me ke lutong, miri, sarawak untuk pertama kali adanya. Pengalaman yg menyeronokkan. Nanti me cerita lagi.

Alahai.

Written by en_me

Mon 9 Feb 09 at 12:03 pm

Posted in arts

curahat: bila perigi mencari timba

with 91 comments

if you do not love me back I will die
gombak setia, kuala lumpur

Petang kelmarin, lepas merempit dari tempat kerja. Di tempat letak motor, me terjumpa satu surat cinta yg masih berlipat, tersadai di tepi tong sampah. Me ambil, me baca. Budak sekolah perempuan darjah enam yg berbunyi begini.

Assalamualaikum me (bukan nama sebenar),

engko apo kabar? sihat ke sakit? sori r no. phone aku, aku dh tukar. nape bile aku anta sms kau x bls? aku ade silap ke? kalu ade sori r. kau kelas ke bape? aku kelas 6 Bestari. kat kelas ko, ko dok ngan sape? laki2 ke pompuan? sekarang ko suke sape lak? ckp je, aku janji x bg tau sesape pun kecuali diri aku. aku lak tetap suke bdk tu.. ko dh tau kan sape? kau doakan aku moge aku dapat 4a 1b or 5A or 3A2B yer.. kau tlg yer balas.. aku mohon sgt2.. kalu kau nk bls ari sabtu n ahad tunggu aku kat depan kedai atok kol 11:00.. me, cikgu faRah FawZana (bukan nama sebenar) garang x? sebenarnye aku suke ko.. harap ko balas ye cinta ni, kalu kau x nk bls xpe ah.. sebenarnye sejak aku kenal ko, aku dh suke ko.. aku sebenar-benarnye nk lupekan ko tp susah.. ko balas ye.. ko x yah malu ngan aku.. selambe je, k?! moge kau bls surat ni ‘n’ Good luck for your periksa.. jgn lupe tumpukan perhatian waktu belajar. aku ade bg ko bende ni.. ko terme k? bye.. kalu ko nk tanye ape2.. ko bls la k bye..

yg benar,
sRh (bukan nama sebenar juga)

Fuyoh, sungguh penat sehh me taip semula surat ini.

Alahai.

Written by en_me

Thu 15 Jan 09 at 12:02 am

Posted in arts

shuffle dance? anyone?

with 29 comments

what is the shuffle dance [+ iban shuffle dance | melaka teenagers shuffle dance | melbourne shuffle ]
jb city square

Me baru tahu ada tarian remaja baru dipanggil ’shuffle’. Macam ‘kocok’ kalau main daun terup kan. Tapi sebenarnya ’suffle’ bermaksud berjalan menyeret kaki.

Tapi nampak macam menarik. Jadi, me letak dalam kategori ’seni’. Boleh gitu.

Cerita lain, harga minyak turun lagi. Jadi sehinggit lapan posen. Biarkan. Biarkan.

Cerita lain juga, bonus dan dividen amanah saham bumiputera (asb) tahun ini ialah lapan poin tujuh lima peratus. Bayangkan kalau ada simpanan sehatus hibu hinggit. Dapat lapan hibu tujuh hatus lima poh hinggit -selepuk. Duit buat duit gitu. Tapi me melabur dalam saham lain. Macam uncle kamal bilang, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Alahai.

Written by en_me

Wed 17 Dec 08 at 12:09 pm

Posted in arts

smiley moon

with 28 comments

(insert moon cartoon)

by rajakamal mmckl 04 zulhijjah 1429H
kuala lumpur

(insert lalalaland)Malam kelmarin me ternampak dalam buletin utama tv3 yg itu. Ada paparan bulan tersenyum dengan dua bintang.

Pagi-pagi tadi me terima email dari rakan sekerja. Beserta cakaran kartun yg dibuatnya sendiri dan cantik juga.

Gambar sebenar bulan dan bintang disebelah kanan me pinjam dari blog [+ lalalaland ] yg itu. Harap diizinkan.

Alahai.

Written by en_me

Wed 3 Dec 08 at 12:04 pm

Posted in arts

bangsawan ekor nyonya

with 8 comments

zaifri husin (tuan) and juhara ayob (nyonya)

Me gagahkan diri nonton panggung teater Nyonya di istana budaya. Malam kelmarin.

Arahan rosminah mohd tahir. Skrip oleh wisran hadi, patutpun guna bahasa melayu yg di indon kan.

Keseluruhan menghiburkan juga. Banyak jeritan ‘ekor-nya’ dan ‘pokok-nya’ dari pelakon utama, juhara ayob. Tiada klimaks. Akhiran yg hiruk pikuk. Aha!

Tetamu hormat yg hadir, datuk bandar kuala lumpur dan isteri (datin seri nooriah ana ab razak) sebagai penaung. Seniwati veteran, latifah omar dan mariani.

di akhirat nanti, malaikat akan tanya 2 soalan: sudahkah ko joy? dan joy apakah yg ko berikan pada mereka?

kata seniwati gering, azean irdawaty yg hadir, duduk bangku betul-betul depan me. Azean terima anugerah dan derma dari tabung PPMW itu. [+ bernama ]

Banyak gambar yg me ambil malam itu. Lima hatus dua puluh keping beb. Kematu jemari me.

Alahai.

top from left: melissa saila, khatijah tan, zaifri husin, rosminah mohd tahir, juhara ayob, tania zainal, yani mae;
bottom: azean is giving her touching speech and me at her back

Written by en_me

Sun 24 Feb 08 at 12:04 am

bangsawan ke udara

with 12 comments

the introduction is colorful [+ bigger uncropped image ]

Hari-hari me limpas istana budaya.

Memang sudah lama me hendak nonton panggung bangsawan disitu.

Kelmarin malam me singgah, tertarik dengan teater nyonya. Masa me beli tiket malam tu, ada persembahan konsert barisan budi malaysia pelbagai kaum. Masuk percuma.

Me join sama. Tapi me tak leh lama.

Alahai.

Written by en_me

Thu 21 Feb 08 at 12:05 am

Posted in arts, photography

Tagged with ,

no spare parts

with 2 comments

Fossil was committed to offering customers value without sacrificing on quality, but it’s hard to find its spare parts locally

Semalam me pergi mid valley masa makan tengahari. Bukannya jauh pun mid valley itu. Me naik skuter tidak sampai 10 minit.

Tapi hendak parking motor memang leceh sebab tempat parking lama diluar itu sudah ditutup untuk projek bangunan. Kena tawaf satu mid valley lalu tempat tong sampah, baru boleh parking di bawah yang gelap gulita.

Tujuan me ialah untuk ambil jam mQ yang sudah lebih 3 bulan diperbaiki. Jam mQ jenis fossil yang tiada lagi penjualannya dan susah untuk cari barang ganti.

Sambil me cuci mata sekejap, me tengok hiasan untuk hariraya memang indah ditengah-tengah mid valley itu.

Beautiful architecture and colours are well captured, even by normal O2 camera
Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, Malaysia

Written by en_me

Fri 12 Oct 07 at 12:03 am

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah.. sedoyo puja puji namung damel Gusti Allah Swt amargi kulo lan panjenengan sedoyo taksih dipun paringi kesempatan anggonipun nglampahi ibadah siyam wonten ing wulan Ramadhan meniko. Mugi-mugi wonten ing wulan ingkang kebak berkah meniko kulo lan panjenengan sedoyo pikantuk rahmat welas asih saking Gusti Allah, dipun trimo ibadah-ibadah kito, sahinggo kita termasuk tiyang ingkang beruntung.

Monggo kito ngathah-ngathahaken tumindak kesaenan tumrap sesami lan ngathah-ngathaken ibadah dumateng Gusti Allah, moggo kito sami-sami ngarep-ngarep Ramadhan sakniki langkung sae tinimbang Ramadhan kepungkur.

Marhaban Ya Ramadhan…. Amin

Written by en_me

Tue 24 Oct 06 at 1:28 pm

Posted in arts, myself