Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for May 2009

bacin macam longkang, enak macam durian

with 53 comments

starting with the last chapter (pic taken by ixus 50)

Minggu lepas, me sudah terima buku yg me pesan dari rakan blogger [+ diriku tapak sulaiman]. Bertajuk ‘perempuan simpanan’ terbitan sindiket sol-jah itu. Teringat me buku tulisan eve ensler bertajuk ‘the vagina monologues’ yg pernah me beli, tapi tidak pernah habis baca.

(insert mulut perempuan simpanan)Buku ‘perempuan simpanan’ ditulis oleh sepoh blogger wanitas: [ waniardy | wahida | dila | alina | mimi | anak mat nor | amili | cikdaun | nida | azie ] Tapi seorang saja yg me kenal dalam alam maya ini. Bermaksud, tidak sesuai untuk dibaca oleh semua golongan masyarakat. Tidak seperti blog me yg ini kan.

Kebetulan, malam ini malam jumaat.

Alahai.

Written by en_me

Thu 7 May 09 at 12:07 pm

Posted in books

cosmo’s world

with 52 comments

very sweet moment while at spinning orbit
cosmo’s world theme park, berjaya times square, kuala lumpur

Hari sabtu yg lepas, me pergi ke taman tema di berjaya times square itu.

Me adalah antara pengunjung yg pertama. Me tiba jam sepoh pagi. Tapi kaunter tiket dibuka jam sebelas pagi. Tidak seperti yg tertera dalam internet.

Hampir kesemua permainan kaum kerabat yg mencuba. Me tangkap gambar saja.

from top left clockwise: space attack, dizzy izzy, firing for nothing, buddy go round, oorts’ express, and supersonic odyssey’s roller coaster.

Alahai.

Written by en_me

Wed 6 May 09 at 12:06 pm

Posted in games

harga sebuah kereta dan anak – my true story

with 60 comments

before the tragic incident

Pernah tak kawan-kawan terima emel yg sebegini. Me sudah pendekkan.

.. si anak mematahkan logo kereta mercedes benz kesayangan intan payung si bapa itu.. kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah..

.. pulang petang itu, terkejut badaklah si bapa terus menjerit, “siapa punya kerja ni?” ..

.. si bapa yg hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tangan anaknya..

.. hari keempat, pembantu rumah memberitahu suhu badan si anak terlalu panas ..

.. seminggu di wad pediatrik, doktor mencadangkan agar kedua-dua tangan si anak dipotong kerana gangren yg terjadi terlalu teruk ..

.. dlm seksaan menahan sakit, si anak yg keletah bersuara dlm linangan air mata. “abah.. bagila balik tangan sy.. sy tak buat lagi.. sy tk mau ayah pukul. sy tak mau jahat.. sy sayang abah..” katanya berulang kali ..

Sebak kan.

Cerita dari emel yg asal boleh di baca di [+ sawsawlady ]. Untuk kawan-kawan yg malas baca emel yg asal, me sebenarnya sudah tukar dari ‘mencalarkan kereta’ kepada ‘mematahkan logo’. Boleh gitu.

what a busy and cute little culprit
old town white coffee restaurant, ampang park

Alahai.

Written by en_me

Tue 5 May 09 at 4:05 pm

Posted in myself

pulau banding – parte une

gerik or grik, but not greek
kuala kangsar – baling highway

Hari buruh atau hari pekerja kelmarin. Me sudah terjah ke pulau banding. Ramai yg tidak tahu dimana lokasinya. Kawan-kawan me yg berasal dari negeri yg punya dua menteri besar itu pun juga tidak tahu.

Rancangan asal me hendak ke tasik temenggor. Hendak rasai sendiri perjalanan lebuhraya timur ke barat paling utara negara. Kalau terbabas, boleh terus masuk ke siam.

Bulan lepas me sudah pergi ke kuala kangsar. [+ the first rubber tree] Dari susur keluar di simpang kuala kangsar, me terus ke utara. Ke bandar gerik.


good deed, indeed
masjid jamek gerik

Me sempat bersolat jumat di masjid jamek gerik.  Keadaan disini begitu asing juga. Dipenuhi jemaah yg berpakaian celoreng askar gitu.

Ada cerita juga. Tapi bukan keadaan tandas dimasjid itu ya kawan-kawan.

Habis dari solat jumat, kaum kerabat me terkejut. Bila habis saja kami kaum lelaki solat, sebelum usai imam habis baca doa, ada dua kumpulan budak-budak nakal yg masih berpakaian melayu. Cuba buka kereta-kereta jemaah yg sedang parkir di luar masjid jamek itu. Hajat hendak mencuri barang agaknya. Sedihkan. Walaupun di depan masjid jamek itu memang ada balai polis.

Di bandar gerik, me makan tengahari di restoran kfc saja.

non branded petrol station, still alive and kicking
gerik – jeli highway

Dari gerik ke tasik temenggor pun ada cerita juga. Walaupun tidak jauh ke pulau banding (35 km). Tapi penanda minyak van buruk unser me sudah hampir nyawa-nyawa ikan. Me lupa hendak isi minyak di bandar gerik tadi.

Walaupun me sudah tawar hati hendak terus ke pantai timur. Me cadang hendak ke pulau banding saja. Kalau-kalau ada bilik resort yg kosong untuk me beristirihat semalam dua. Tanpa tempahan bilik, seperti kata uncle kamal – “untung sabut timbul, untung batu tenggelam gitu.”

(insert despo logo)Ada di tempat rehat & rawat ala kadar di tengah jalan itu. Mula-mula me tanya abang yg bawa anak kecil. Dia kata ada stesen minyak di pulau banding. Tapi nasib baik budak penjaga gerai yg sedang mengopek kelapa itu bilang, stesen minyak disitu sudah ditutup. Me kena patah balik.

Me jumpa stesen minyak yg pertama kali me jumpa namanya. Despo, stesen minyak yg daif juga. Tapi penyelamat untuk me isi minyak van buruk unser me yg itu.

aDm is posing himself
temenggor lake, gerik

Dipendekkan cerita, bila me sampai di pulau banding, bilik resort di situ sudah penuh. Kebetulan ada perhimpunan pengedar-pengedar amway sedang berlangsung. Mungkin ada yg bakal dapat kereta mercedes benz malam itu agaknya. Tapi me sempat juga mengambil gambar-gambar di jeti.

ferris11.gif Gambar-gambar lain di aminus3 and flickr.

around banding island
gerik – jeli northern highway

land army infantry monument, against the communists
dataran juang tentera darat, tasik temenggor, gerik

Bila me patah balik dari pulau banding, me berhenti sebentar ambil gambar juga di dataran juang tentera darat.  Depan markas taktikal tentera bersebelahan jambatan pulau banding.

Me cuma nak komen sikit. Pasal tulisan di papantanda tugu itu amat tidak jelas. Sebabnya, tulisan warna merah ditulis diatas plastik lutsinar. Amat payah untuk membacanya. Seperti membaca tulisan sarikata di tv1 dulu-dulu. Menyampah kan.

ferris11.gif Gambar-gambar lain di aminus3.

raban lake is actually tasik chenderoh, formed when sungai raban was flooded after the construction of chenderoh dam [+ wikimapia ]

Ini adalah entri terakhir pasal perjalanan me ke pulau banding. Untuk hari ini.

Kecewa dengan ketidakdapatan bilik untuk bermalam di pulau banding. Me pun pulang ke ibu kota.

Sempat juga berehat dan rawat di tasik raban, dalam daerah lenggong. Pekena roti bakar dan kopi-o saja.

Walaupun begitu, segala-galanya terubat juga. Dengan pemandangan perjalanan yg menarik untuk dikongsi bersama.  Moga-moga dapat me kembali ke pulau banding dan menginap disana. Buat semalam dua. Teringin hendak naik bot dan berjumpa dengan puteri rafflesia yg jelita.

Dan me bersyukur juga, perjalanan yg tidak dirancang itu berakhir tanpa kemalangan atau insiden yg tidak diingini. Alhamdulillah.

Pasca nota: dengan ini me tutup komen untuk semua entri-entri pasal pengembaraan me ke ‘pulau banding’. Sebab dah cukup 66 komen gitu. Sila komen di entri terbaru atau hantar emel pada me jika perlu.

Alahai.

Written by en_me

Mon 4 May 09 at 12:04 am

Posted in travel

salam sayang

with 16 comments

last weekend at klcc’s park

Salam petang ahad malam isnin. Me cuma nak ucap salam sayang buat kawan-kawan yg best-best itu.

Alahai.

Written by en_me

Sun 3 May 09 at 6:03 pm

Posted in ho hum

canon – delighting me always

with 11 comments

his retirement plan is to get a new hobby – photography

Kelmarin, tetiba bos besar syarikat me datang jumpa me. Tanya pasal model kamera yg patut dia beli.  Dia nak habiskan masa pencen dengan hobi terbaru – fotografi.

Me pun tunjuklah risalah kamera buatan canon. Tapi bos besar tidak hendak pakai dslr yg besar gedabak. Dia sudah risik dan mungkin akan beli digital camera powershot saja. Yg lens tidak boleh dicerai dari badan. Gasaklah kan.

Alahai.

Written by en_me

Sun 3 May 09 at 12:03 pm

Posted in photography

eng tay – the exhibition

with 14 comments

Homage by eng tay [+ Edouard Manet’s Le déjeuner sur l’herbe – the picnic (1863) ]
galeri petronas, klcc, kuala lumpur

Tengahari khamis kelmarin, lepas beli buah-buahan tempatan campuran di bawah avenue-k. Seorang diri me terjah ke galeri petronas, tingkat tiga, klcc. Dah lama me nak singgah. Lagipun masuk percuma kan.

Ada pameran senilukis dari pelukis dari new york kelahiran malaysia, eng tay. Tapi me pun tak kenal.  Jadi, me layan saja.

Alahai.

Written by en_me

Sun 3 May 09 at 12:03 am

Posted in arts

makam 7 kota sayong

with 20 comments

makam 7 kota sayong

Hari minggu yg lepas, selepas dari bandar kluang. Me ingatkan hendak pulang lalu jalan mersing, balik ke kota tinggi.

Tapi me tukar laluan juga. Dari bandar kluang, me ikut jalan pintas menyimpang ke bandar tenggara. Me singgah di masjid al-husna dan sempat ambil gambar stadium bandar tenggara yg sedang dibaik pulih.

Dari bandar tenggara, dalam perjalanan ke pekan ulu tiram. Me singgah pula, menziarah makam kota sayong. Bekas tempat persemayam sultan johor generasi ketiga, sultan alaudin riayat shah ii sebelum ke kota lama. [+ old johor fort ]

Hanya satu kawasan makam berbumbung hijau. Sedih juga melihatnya. Dengan papan tanda yg ada terjemahan bahasa inggeris lintang pukang.

ferris11.gif Gambar-gambar lebih besar di aminus3.

the sayong fort once served as the administrative center for johor sultanate between 1535-1540. after melaka was invaded and annexed by the portuguese in 1511, sultan mahmud with his followers retreated to pagoh and from there to johor and died at kampar, indonesia in 1528. his son, sultan alauddin riayat shah (1528 – 1564) returned to johor and chose kota tua as his new administrative center. however, the portuguese armada attacked pekan tua and he was forced to withdraw to sayong and set up his administration again in 1536. the portuguese attacked sayong before a peace treaty was signed by both sides.

after sultan alauddin riayat shah succesfuuly attacked and captured aru and acheh in 1540, he abandoned sayong and moved to kota tua (kota batu – johor lama).

sayong fort was built from a mount of soil with the mud. corral blocks was used at a certain part of the fort to make the fort look stronger and solid. at the centre of the fort, situated a round stone with a hole on the middle which was believed as a flag post. a structure of corral block were also used to fence the graves area. there were several graves using acheh tombstones belonging to the royal family, nobles and chiefmen. they were known as makam 7, makam 12, makam 1 and makam 2 in this fortress.

Alahai.

Written by en_me

Sat 2 May 09 at 12:02 am

Posted in travel

kluang’s railway station kopitiam

with 47 comments

it’s the rail thing
kluang’s railway station coffee shop (now in town’s center)

Hari ahad yg lepas, me terjah ke bandar kluang. Mula-mula mencari kedai kopi kluang’s railway coffee shop di stesen keretapi yg me pernah ke SITU. Tapi tengahari kelmarin tutup lah pula.

Tapi diberitakan, ada satu lagi cawangan kedai kopi itu di tengah bandar. Me pun terjah ke sana dan lepak makan tengahari. Me pesan mee rebus dan kopi kosong saja.

Cerita lain, semalam me dapat duit tabung kutu kawan sepejabat. Empat bulan me tunggu. Tapi dapat separuh saja. Separuh lagi minggu depan. Dan giliran akan datang, pada bulan september nanti. Sebab me pakai dua nama.

Cerita lain lagi, hari ini 1 haribulan mei 2009, hari buruh, atau hari pekerja. Dan me cuti dan nak jalan-jalan pula. [+ what i did last year ] Untuk kawan-kawan semua, hati-hati dijalanraya. Majulah sukan untuk negara.

from top left clockwise: yaasir (2) – nasi lemak – black coffee – mee rebus – an old newspaper cutting (7) – chicken chop – aqi (11) n yaasir (2)

Alahai.

Written by en_me

Fri 1 May 09 at 12:01 am

Posted in food