Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for May 22nd, 2009

offshore sarawak with LAT

with 41 comments

framed lat cartoons at client’s recreational center, lutong (left)
the grand old lady, canada hill, miri (right)

Dulu, masa ke seberang lautan (ala, miri saja). Me tertangkap gambar-gambar kartun oleh mohammad nor khalid (datuk lat) yg terpampang di kelab rekreasi petroliam milik pengusaha minyak di lutong itu.

Sebenarnya selepas itu, me sudah mencari buku koleksi kartun berkenaan pengalaman kartunis lat ke offshore (luar pantai.) Tapi tiada seorang pun yg tampil memberitahu me dimana harus me dapatkan buku koleksi tersebut.

Walaupun me bekerja di syarikat ‘oil and gas’ bertahun-tahun dan terlibat secara langsung dengan mereka cipta dan pembuatan, tetapi me tidak pernah bertugas ke pelantar minyak di luar pantai. [+ career ]

(insert lat the early series)Kelmarin, me sudah terjah ke kedai buku kinokuniya klcc. Kebetulan, me ternampak ada buku koleksi lat yg terbaru. Bertajuk, ‘lat, the early series.’ Sebelum beli, me sudah periksa. Me sudah buka sarung plastiknya, dan me pun pasti ada koleksi kartun-kartun lat ke pelantar minyak yg me cari-cari itu. [+ nstp: journey back to 70’s ]

Me gembira kerana berjaya menjadi pemilik buku koleksi tersebut. Dan me sudah buat arkib dlm photoblog me yg satu lagi.

Kebetulan juga, semalam abang hafizd -19/6/08 (yg baru pulang dari offshore) dan akak yon – 4/3/09 (yg baru pulang dari miri) telah sudi makan tengahari bersama me di avenue k itu. Jangan serik-serik one uoolsss..

Alahai.

Written by en_me

Fri 22 May 09 at 12:02 am

Posted in arts