Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for May 20th, 2009

berpetualang ke perigi acheh: part une

with 68 comments

kampung perigi acheh’s river (17/5/2009) [+ google maps ]

Usai dari makan ketam masak pedas di tanjung langsat kelmarin, me singgah ke kampung perigi acheh. Sebenarnya dikelilingi kawasan industri tanjung langsat, yg sedang dibangunkan dan diratakan dgn pesat. Lori-lori hantu dimana-mana. Sungguh pesat sehinggakan amat sukar untuk melihat pohon-pohon hijau di situ.

Dulu, aTi (17) pernah tiba di kampung perigi acheh ini bersama-sama rakan sekolahnya dan sekolah antarabangsa jepun yg berdekatan. Ada aktiviti lawatan sekolah ke situ.

Perkataan petualang terdapat dalam kamus dewan edisi keempat (mukasurat 1718). Daripada perkataan ‘tualang‘, antaranya bermaksud,

.. orang yg suka melakukan perkara2 yg sukar atau berbahaya utk pengalaman.

Jadi, dgn bantuan aTi, me berpetualang ke kampung perigi acheh itu. Mana tahu ada kesan sejarah yg me boleh lawati.

Entri ini diinspirasikan dari blog ‘berpetualang ke aceh‘.

always use the middle road, although they look the same

Memang kaya dengan sejarah, dan diriwayatkan kampung ini menjadi pusat serangan orang-orang acheh sebelum mereka menyerang kota johor lama beberapa hatus tahun dahulu. [+ johorbuzz ]

Dari pusat industri tanjung langsat yg sedang giat diratakan, untuk masuk ke kampung itu, terpaksa melalui jalan bertar yg agak sempit. Di kelilingi pokok paya bakau yg menghijau juga dan kelihatan banyak monyet-monyet di tepi jalanan.

Bila tiba di pintu masuk kampung, sebenarnya me pun tidak tahu hendak kemana. Sebab tiada papan tanda tentang tempat-tempat bersejarah atau berkepentingan. Tapi nasib baik juga me bawa aTi (17) yg pernah ke sini.

aTi bilang beliau pernah ke jeti tinggalan lama yg sudah terbengkalai. Me terjah saja menyusuri jalan lurus yg hanya boleh dilalui sebuah kenderaan empat roda.

the old jetty

Untuk ke jeti lama itu memang mencabar juga. Dari sekolah rendah kampung perigi acheh, ada jalan tar masuk belukar. aTi (17) tidak setuju me pandu cikcity ke sana sebab beliau dulu beramai-ramai jalan kaki saja. Tapi me terjah juga sebab walaupun sempit, jalan tar yg elok gitu. Lagipun me fikir, mana ada kereta keluar masuk di tengah-tengah hutan itu.

Tiba di hujung sana, ada bekas kawasan perkhemahan. Kem perigi acheh untuk aktiviti motivasi dan bimbingan. Sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah. Siap dengan tempat riadah dan bilik air.

Untuk ke tempat jeti lama, kami kena redah jalan denai bertanah merah. Kena limpas pos tentera darat. Tidaklah jauh mana, dan di tepi pantai, ada menara tinjau dan beberapa orang askar sedang menjalankan tugas. Tapi kehadiran kami seperti melukut di tepi gantang. Tidak menggugat keamanan negara agaknya.

i surrender
pulau nanas, pasir gudang [+ location in google maps ]

Sebenarnya juga, me teruja hendak melihat sendiri. Pulau nanas, satu-satunya pulau ciput yg tinggal di sebelah sini. Setelah semuanya menjadi hakmilik kerajaan republik yg liliput itu.

Kalau dari google map, me perasan ditengah-tengah pulau nanas ternampak seperti tasik yg luas didalam pulau. Tapi sebenarnya hanya bekas lombong batu gitu. Mungkin isi perut nya sudah di pindah ke seberang sana. Dan tidak terdapat sepokok nanas pun diatas pulau itu tentunya.

Me pelik juga, kenapa menara tinjau askar hanya diletakkan di tepi pantai di kampung sini. Kenapa tidak diletakkan saja di pulau nanas.  Tidakkah kita khuatir nanti ada orang lain ingat kita tidak mahu menjaganya.

Seperti yg kita sedia maklum, nelayan kita dilarang menghampiri perairan negara jiran itu. Jika tidak, berlumba-lumbalah bot-bot polis peronda menghalau mereka. Sedihkan. Begitu juga, ramai yg tidak tahu bahawa seluruh pulau ubin itu telah berpagar dawai besi sepenuhnya. Kelihatan amat jelas kalau kita singgah makan ikan siakap goreng di restoran rahmat kampung pasir putih itu.

pulau nanas – the only small island in the center

Untuk kawan-kawan yg malas jenguk-jenguk google map. Me tunjukkan lokasi kedudukan pulau nanas itu. Dan kampung perigi acheh yg me sudah berpetualang minggu lepas. Harap-harap kalau dipanjangkan umur, me bisa sampai ke sini lagi. Itupun kalau tidak dijadikan kawasan larangan tentera dimasa hadapan.

Sebenarnya, mula-mula me hendak tulis tajuk entri-entri hari ini sebagai ‘pulau nanas: part une, deux, trois, quatre, dan cinq’ gitu. Seperti tajuk entri ‘pulau banding‘ dan ‘pulau sebang‘ kelmarin. Yg masing-masing dapat enam poh enam komen. Tapi me berpendapat, tajuk ‘berpetualang ke perigi acheh’ lagi mancongkam. Gasaklah kan.

Terimakasih diatas sokongan dan prihatin kawan-kawan semua. Tanpa kawan-kawan yg best-best gitu, siapalah me yg ini kan.

Alahai.

Written by en_me

Wed 20 May 09 at 12:01 am

Posted in travel