Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for May 13th, 2009

pulau sebang: parte une

(insert no 66)

it is part of good old song lyrics [+ zoom out ]
nombor anam poh anam, jalan seremban, tampin, negeri sembilan [+
lirik lagu – J Sham, Suratku Untukmu ]

Hari ahad yg baru lepas, me sudah terjah ke tugu peringatan sungai gemencheh di kampung sungai kelamah yg me cerita semalam.

Kalau ikut peta, me boleh ikut jalan lama ke bandar segamat ke gemas dan ke bandar tampin.

Atau kalau ikut lebuhraya, me boleh keluar di simpang ampat ke bandar tampin, ke gemencheh dan terus ke bandar gemas.

Tanpa sesiapa yg peduli, me ikut jalan yg kedua. Gasaklah kan.

Sebelum ke tugu peringatan di gemencheh itu, me cadang hendak melawat ‘megalithic stones‘ yg tertera dalam peta yg me bawa. Tapi tidak me ketemui juga.  Sudah me selak-selak semua buku peta yg me ada. Mungkin me cari di lain kali saja.

Tapi me tidak sangka juga – buah cempedak dah jadi nangka. Sebuah pulau disini yg me jumpa. Pulau sebang diberi nama. Tiada lautan atau tasik juga. Nanti me cerita macam biasa.

(insert pekan tampin)

the negeri sembilan side of the tampin town is governed by the tampin district council, while the malacca side of the town is governed by the alor gajah district council. [+ wikipedia ]

(insert ikan asam pedas)

Me tiba di bandar tampin waktu tengahari panas terik. Me menjamu selera nasi campur ikan asam pedas di aked majlis daerah tampin. [+ flickr ] Berdekatan restoran kfc.

Dari bandar tampin me terus ke gemencheh untuk tuju ke tugu peringatan itu.

Manakala jalan pulang, dari tugu peringatan sungai gemencheh itu, me ikut pekan air kuning, ke nyalas, ke tangkak dan menyusur masuk ke lebuhraya plus.

(insert keretapi kuala sebang)

how to make clone picture
pulau sebang, melaka

Masa tiba di bandar tampin, me singgah ke stesen keretapi tanah melayu pulau sebang.  Sebenarnya pulau sebang bukanlah sebuah pulau seperti pulau banding di tengah-tengah tasik temenggor, perak. Tapi ia adalah sebahagian bandar tampin sebelah negeri melaka. [+ pulau sebang ]

Walaupun stesen keretapi itu terletak di pulau sebang, melaka, tetapi namanya masih kekal stesen keretapi tampin. Menimbulkan ketidakpuashatian penduduk negeri melaka yg berdaulat itu, walaupun tidak beraja.

Me tangkap-tangkap gambar sekeliling stesen dan gerabak keretapi lama yg tersadai itu. Boleh kan.

(insert tampin railway station)

it’s popularly known as tampin railway station, but people living in malacca does not happy about it

(insert medan selera pulau sebang)

pulau sebang hawker center

Nota kamus dewan (edisi keempat):

pulau (ms 1245) – tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll).

Tapi me ada terjumpa dalam peta, tertulis kampung pulau sebang. Jadi, me beranggapan, pulau sebang hanyalah nama sebuah tempat dalam daerah alor gajah, di negeri melaka. Walaupun begitu, kawan-kawan bolehlah beritahu me, kalau-kalau ada sejarah asal usul disebalik nama pulau sebang itu.

Pasca nota: dengan ini me tutup komen untuk semua entri-entri pasal pengembaraan me ke ‘pulau sebang’. Sebab dah cukup 66 komen gitu. Sila komen di entri terbaru atau hantar emel pada me jika perlu.

Alahai.

Written by en_me

Wed 13 May 09 at 12:03 am

Posted in travel