Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

pulau banding – parte une

gerik or grik, but not greek
kuala kangsar – baling highway

Hari buruh atau hari pekerja kelmarin. Me sudah terjah ke pulau banding. Ramai yg tidak tahu dimana lokasinya. Kawan-kawan me yg berasal dari negeri yg punya dua menteri besar itu pun juga tidak tahu.

Rancangan asal me hendak ke tasik temenggor. Hendak rasai sendiri perjalanan lebuhraya timur ke barat paling utara negara. Kalau terbabas, boleh terus masuk ke siam.

Bulan lepas me sudah pergi ke kuala kangsar. [+ the first rubber tree] Dari susur keluar di simpang kuala kangsar, me terus ke utara. Ke bandar gerik.


good deed, indeed
masjid jamek gerik

Me sempat bersolat jumat di masjid jamek gerik.  Keadaan disini begitu asing juga. Dipenuhi jemaah yg berpakaian celoreng askar gitu.

Ada cerita juga. Tapi bukan keadaan tandas dimasjid itu ya kawan-kawan.

Habis dari solat jumat, kaum kerabat me terkejut. Bila habis saja kami kaum lelaki solat, sebelum usai imam habis baca doa, ada dua kumpulan budak-budak nakal yg masih berpakaian melayu. Cuba buka kereta-kereta jemaah yg sedang parkir di luar masjid jamek itu. Hajat hendak mencuri barang agaknya. Sedihkan. Walaupun di depan masjid jamek itu memang ada balai polis.

Di bandar gerik, me makan tengahari di restoran kfc saja.

non branded petrol station, still alive and kicking
gerik – jeli highway

Dari gerik ke tasik temenggor pun ada cerita juga. Walaupun tidak jauh ke pulau banding (35 km). Tapi penanda minyak van buruk unser me sudah hampir nyawa-nyawa ikan. Me lupa hendak isi minyak di bandar gerik tadi.

Walaupun me sudah tawar hati hendak terus ke pantai timur. Me cadang hendak ke pulau banding saja. Kalau-kalau ada bilik resort yg kosong untuk me beristirihat semalam dua. Tanpa tempahan bilik, seperti kata uncle kamal – “untung sabut timbul, untung batu tenggelam gitu.”

(insert despo logo)Ada di tempat rehat & rawat ala kadar di tengah jalan itu. Mula-mula me tanya abang yg bawa anak kecil. Dia kata ada stesen minyak di pulau banding. Tapi nasib baik budak penjaga gerai yg sedang mengopek kelapa itu bilang, stesen minyak disitu sudah ditutup. Me kena patah balik.

Me jumpa stesen minyak yg pertama kali me jumpa namanya. Despo, stesen minyak yg daif juga. Tapi penyelamat untuk me isi minyak van buruk unser me yg itu.

aDm is posing himself
temenggor lake, gerik

Dipendekkan cerita, bila me sampai di pulau banding, bilik resort di situ sudah penuh. Kebetulan ada perhimpunan pengedar-pengedar amway sedang berlangsung. Mungkin ada yg bakal dapat kereta mercedes benz malam itu agaknya. Tapi me sempat juga mengambil gambar-gambar di jeti.

ferris11.gif Gambar-gambar lain di aminus3 and flickr.

around banding island
gerik – jeli northern highway

land army infantry monument, against the communists
dataran juang tentera darat, tasik temenggor, gerik

Bila me patah balik dari pulau banding, me berhenti sebentar ambil gambar juga di dataran juang tentera darat.  Depan markas taktikal tentera bersebelahan jambatan pulau banding.

Me cuma nak komen sikit. Pasal tulisan di papantanda tugu itu amat tidak jelas. Sebabnya, tulisan warna merah ditulis diatas plastik lutsinar. Amat payah untuk membacanya. Seperti membaca tulisan sarikata di tv1 dulu-dulu. Menyampah kan.

ferris11.gif Gambar-gambar lain di aminus3.

raban lake is actually tasik chenderoh, formed when sungai raban was flooded after the construction of chenderoh dam [+ wikimapia ]

Ini adalah entri terakhir pasal perjalanan me ke pulau banding. Untuk hari ini.

Kecewa dengan ketidakdapatan bilik untuk bermalam di pulau banding. Me pun pulang ke ibu kota.

Sempat juga berehat dan rawat di tasik raban, dalam daerah lenggong. Pekena roti bakar dan kopi-o saja.

Walaupun begitu, segala-galanya terubat juga. Dengan pemandangan perjalanan yg menarik untuk dikongsi bersama.  Moga-moga dapat me kembali ke pulau banding dan menginap disana. Buat semalam dua. Teringin hendak naik bot dan berjumpa dengan puteri rafflesia yg jelita.

Dan me bersyukur juga, perjalanan yg tidak dirancang itu berakhir tanpa kemalangan atau insiden yg tidak diingini. Alhamdulillah.

Pasca nota: dengan ini me tutup komen untuk semua entri-entri pasal pengembaraan me ke ‘pulau banding’. Sebab dah cukup 66 komen gitu. Sila komen di entri terbaru atau hantar emel pada me jika perlu.

Alahai.

Written by en_me

Mon 4 May 09 at 12:04 am

Posted in travel

66 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. huhuhuhu..g x ajak pon taw…

    iyolarr tewww..

    mebby17

    Mon 4 May 09 at 1:09 am

  2. Wah…. jauh perjalanan… cantik ker pulau itu?

    nanti me citer kehh..

    Atikah

    Mon 4 May 09 at 1:44 am

  3. jauh perjalanan en_me. dengan siapa kesana? mana gambarnya?

    gambo n citer kenerr tungguu weiii.. ehehe

    addyaholix

    Mon 4 May 09 at 3:24 am

  4. Pulau? Alamak, best tur! Snokling ker?

    ahaha.. snorkling katernyerrr.. aper kelass

    lili

    Mon 4 May 09 at 8:02 am

  5. warghhh pergi tasik banding tu…
    tasik yang cantik sesangat… tak publish foto ker….. nak tengok !!!!

    tungguuu..

    shima zahar

    Mon 4 May 09 at 8:05 am

  6. […] ini entri komen tertutup. Sila buat lencongan dan komen di entri ‘pulau banding – parte une‘ di bawah. Segala kesulitan harap […]

  7. gambar..gambar

    tungguuu.. they’re coming very soonn.. ahaks

    ryann

    Mon 4 May 09 at 8:19 am

  8. salam en me..cantikla pict yg yg en me amik..kalo tasik banding penah dengau tp pulau banding x lg..bestnye kan jalan2..hhehe

    samerlarr teww, tasik banding kerr pulau banding kerr..

    ez

    Mon 4 May 09 at 8:25 am

  9. en_me..jauh berjalan luas pemandangan..
    cantik2 pic en_me ambik…
    nape tak snap skali gambau2 budak2 yg nak cuba ‘mencuri’ tu..
    mana ler tau, kot2 ada yg kenal..he3

    baru amik gambo mesjid, ko dh bilang chantekk ghitewww.. uhuhu

    Rozita

    Mon 4 May 09 at 8:27 am

  10. Rajin en_me cuti2 Msia.
    Saya dah naik hafal jalan KL – Gerik masa anak saya belajar di MRSM Gerik selama 3 tahun sehingga hujung tahun lepas. Dari tol plaza KK ke Gerik sedap buat drift sbb jalan dah besar. Cuma kena hati2 kalau ada abg polis buat speed trap hehehe

    jalan itteww memang cantik dan bersih.. macam lebuhraya juger, tapi dua lorong ghiteww..

    Yunus Badawi

    Mon 4 May 09 at 8:35 am

  11. Tasik Banding sdh xlarat i terjah
    balik Kelantan sdh tentu lalu di situ
    gambar2 d Tasik Banding suda fenuhh beralbum2

    mek kelate nih.. ihihi

    y[o]n

    Mon 4 May 09 at 8:42 am

  12. Jauh perjalanan…
    luasnya pemandangan…
    bertambah pengetahuan…
    kecilnya kita di sisi tuhan…🙂

    insaff kanns.. thanx bro

    sebaliktabir

    Mon 4 May 09 at 8:57 am

  13. enme tak boikot kfc ke..huhuhu..🙂

    kira darurat nih.. uhuhu

    intanrh

    Mon 4 May 09 at 8:59 am

  14. ada jugak lencongan utk komen ye yeop.
    Entryku kali ini
    Rindu abid kepada syurga
    Ibadah ikhlas tidak berpura
    Masih cerita imtihan juga
    Tetapi penuh dengan huru hara

    imtihan ghitewww..

    ouled kenitra

    Mon 4 May 09 at 9:05 am

  15. pulau banding xnah g…tp akan lalu lalang tiap kali ke kelantan…siOknya asyik cuti2 malaysia gitew…

    siokk ghiteww.. ahaks

    intan

    Mon 4 May 09 at 9:09 am

  16. kak jie selalu lalu jalan ni..nk blk Baling

    shortcut ghitewww..

    Kujie

    Mon 4 May 09 at 9:15 am

  17. adoi jauhnya berjalan! x penat ke..???

    fenatt gilerrr sehh..

    ain

    Mon 4 May 09 at 10:23 am

  18. Ow. Hari tu nak gi Baling lalu sini. Ada lalu satu tasik, sangaaaat cantik. Tapi tak ingat la apa nama tasik tu. Huhu.

    tasek raban kat lenggong kott..

    aTiQah

    Mon 4 May 09 at 10:25 am

  19. salam en me..lame xkomen!hehe..;)

    ko bz wat cup kek kannns.. ehehe

    fizah

    Mon 4 May 09 at 10:31 am

  20. bestnyer dpt jejalan.. melancong dlm negeri mmg bnyk kita leh blaja..

    kanns..

    Jard

    Mon 4 May 09 at 10:45 am

  21. […] ini entri komen tertutup. Sila buat lencongan dan komen di entri ‘pulau banding – parte une‘ di bawah. Segala kesulitan harap […]

  22. hah…kalau aku tau aku da tumpang balik… ha ha ha ha

    ahaha, kalau me tau, me tido umah ko malam tewww.. ahaha dua kali

    hapacrita

    Mon 4 May 09 at 11:28 am

  23. en me..nape byk lencongan ni?ehhehe
    nasib baik jumpe despo kan..kalo sy..sy pon cuak giler bila minyak da nak abis n xjumpe petrol station..

    cuak gilerrr.. tapi lencongan untuk kemudahan me dimaserr depan.. ekeke

    ez

    Mon 4 May 09 at 11:52 am

  24. letak la gambar me….

    ittewww vukannn gambo kerr.. ammvoiii

    bozzo

    Mon 4 May 09 at 12:06 pm

  25. aku orang kelantan ni pun x pernah jejak tanah seberang (siam). apa lah. :p

    siannyerrr..

    affuan

    Mon 4 May 09 at 12:19 pm

  26. Very the tactical. parte deux lagi.
    Melanconglah dalam negeri, ikut macam en-me. Masih banyak tempat2 menarik yg belum dinikmati oleh semua. Syukurlah saya dah pergi ke semua tempat di Malaysia kecuali Sabah saja lagi. Insya-Allah hujung tahun ini.
    Teruskan cuti-cuti Malaysia.

    me nak gi obersi.. uwaaaah

    zara aluwi

    Mon 4 May 09 at 1:05 pm

  27. en_me…
    Norma acapkali ke Pulau Banding atau Tasik Banding sekitar 2002, 2003, 2004 tu…bila travel dr Dungun ke Perlis atau Kedah. Ada lagi tak si Toman (ikan) yang sebesar anak Norma yang 8 tahun ni!!! Besaaaarrrrr!!!
    Makanan kat gerai makan tu sedap…tapi banyak gak lalat…tak tahula kalau dah improve hygienically…sekarang ni.

    tomannn? ahaha..

    norm707

    Mon 4 May 09 at 1:05 pm

  28. tasik banding sangat cantik. besar. kekadang mcm menyeramkan pun ada gak…

    sebab jauh dr perkampungan kannns..

    buzzybug

    Mon 4 May 09 at 1:13 pm

  29. nampak elok jer unser tu…kat mana yg buruk tue…[…]

    takper, hati mau baikkk beb..

    tintaHati

    Mon 4 May 09 at 2:07 pm

  30. […] ini entri komen tertutup. Sila buat lencongan dan komen di entri ‘pulau banding – parte une‘ di bawah. Segala kesulitan harap […]

  31. Jalan2 tepi parit,
    Tetiba Unser menjerit,
    Minta Despo selepas Gerik,
    Tapi En. Me dah serik,
    Nak tinggal Unser Menjerit,

    ko pantun ker aper nih..
    tapi boring kannn.. jalan jalan singgah singgah jenguk jenguk blog orang, pastu takdok blog sendirik.. nyamfahhh kannns..

    Polar bear

    Mon 4 May 09 at 2:09 pm

  32. en_me …
    Melilih air mata saya melihat gambar masjid tersebut … sebabnya … saya dilahirkan di GERIK PERAK … and rumah saya adalah di belakang Masjid tersebut dekat ngan Balai Polis …. sseedddiiihhnnnyyaaaaaaa
    Sedih!

    ko ader citer pasal masjid gerik teww takks..
    sodeyyy kannns, tak dapek me nak nolonggg..

    Ghaz

    Mon 4 May 09 at 2:27 pm

  33. en me..pict yg cantik..permandangan yg indah..tenang mata memandang…

    tenang kanns..

    ez

    Mon 4 May 09 at 2:43 pm

  34. En. me,
    anon dah tak larat nak ulang alik jalan ni…
    KB-gerik-KK,
    KK-gerik-KB…almost every week.
    Nikah dgn warga gerik.
    kenduri-kendaranya memang masih tradisional…
    best!
    Pulau banding…erm…nape tak terus ke Royal Belum?
    boleh tengok flora dan fauna…
    Kalau lalu jalan ni lagi…
    anon rekomen gerai nasi ayam sebelum JPJ.
    Kalau tak silap gerai tu nama Nasi Ayam Fadzillah ke?
    Kalau ada niat nak buat barbeque…
    pagi2 singgah dulu pasar basah gerik…
    ikan-ikannya segar giteww..
    uhuk…promote pulak! ;P

    tapi boring kannn.. jalan jalan singgah singgah jenguk jenguk komen komenn blog orang, pastu takdok blog sendirik.. nyamfahhh kannns.. pastu namer pun macam ‘anonymous’ ghitewww..

    Anon kk

    Mon 4 May 09 at 3:55 pm

  35. cantiknya view tasik tu. mesti lapang otak dok situ kan. aman..damai..tenang..sunyi!!

    lapang otakk kanns..

    ain

    Mon 4 May 09 at 4:03 pm

  36. kebetulan angah dengan kak ngah sedang melalaui jalan tersebut sekarang ni.. tadi masa dia sms baru sampai tapah.. inshaallah petang ni sampai le ke KB.. semuga selamat sampai ke distinasi..

    muger2 sampai larr tewww..

    zino

    Mon 4 May 09 at 4:10 pm

  37. seronok kan en_me dpt merayau kat tempat org .
    jauh perjalanan , luas pemandangan …
    duit pun byk abis …..

    duit boleh dicarik, pemandangan yg memukauu ittewww is pricelesss.. kehh

    ASE1

    Mon 4 May 09 at 4:28 pm

  38. wah. mcm best jer🙂

    best gilerrr.. kehh

    cik siti

    Mon 4 May 09 at 4:40 pm

  39. Me jom pergi kota Sambas dekat Pontianak.
    ‘AWAS GAJAH MELINTAS’ – masih ku ingat signboard itewww… kebetulan malam tu ada gajah mahu melintas. Kecut perut dibuatnya…

    hingatkan PONTIANAK melintas ghitewww.. uhuhu

    zara aluwi

    Mon 4 May 09 at 4:46 pm

  40. […] ini entri komen tertutup. Sila buat lencongan dan komen di entri ‘pulau banding – parte une‘ di bawah. Segala kesulitan amatlah […]

  41. kat sana memancing ker?

    aperr kelass memancing maksu tewww.. menembakk larrr.. ekeke

    Mak Su

    Mon 4 May 09 at 5:26 pm

  42. lohhh.. kenapa enggak dibiarkan saja pengunjung2 untuk meng-comment entry2 selepas entry2 ini???😛
    hi en-me.. nie holiday masa labour day aritu yea?

    segala kesulitan amatlarr dikesali.. ihiks

    nono

    Mon 4 May 09 at 5:46 pm

  43. first time dengar Pulau Banding ni..
    Pulau Pandan Jauh Ke Tengah pernah gak dengar..
    ni betul-betul pulau ke en me itewww??

    me tipu katernyerrr.. sodeyyy kannns
    ko google jakkks – susah sangat karrr.. veryy derr

    Neeza

    Mon 4 May 09 at 7:03 pm

  44. lor… gi dataran juang tentera darat x ajak miss nuyui pun.. huhuhuhu….😦

    kann dah ajak ituari.. kehh

    nuyui

    Mon 4 May 09 at 7:31 pm

  45. latest info.. dah sampai KB..

    ammvoiii abang zino tewww.. takper, yg penting angah dan kak angah dah selamat sampai.. lajunyerrr, mesti berdesup bawak kete tewww.. ahaks

    zino

    Mon 4 May 09 at 7:49 pm

  46. jauhnye berjalan…laen kali ajak la sekali hehehe..

    iyolarr teww..

    juelee

    Mon 4 May 09 at 8:05 pm

  47. […] ini entri komen tertutup. Sila buat lencongan dan komen di entri ‘pulau banding – parte une‘ di bawah. Segala kesulitan amatlah […]

  48. abis dh ek travelog kisah banding ek?…best kan….tingat arwah alang yg keje FALCRA kat pulau banding tu…..berulang alik naik bot…

    sodeyynyerrr..

    INTAN

    Mon 4 May 09 at 9:45 pm

  49. Cantiknyer tasik pulau banding itu…

    cantik tak terkata.. ghitewww

    Atikah

    Tue 5 May 09 at 12:12 am

  50. Berapa jam dari ibukota ke sana bro…jauh ni…rasa aku lar…hehe

    lima jam.. sbb dr mcd ampang park kul 8.30am, sampai gerik kul 1pm, sempat solat jumaat.. dari gerik dlm 35 kilometer jakkks.. ehehe

    HitManSnr

    Tue 5 May 09 at 12:39 am

  51. en me..alhamdulilla..perjalanan pergi n pulang selamat..
    cantik pict2 en me amik..

    alhamdulillah jugerrr.. letihh sehh

    ez

    Tue 5 May 09 at 8:22 am

  52. enme, me n anon kk, just a same. perkawinan jarak jauh😀

    kalo camteww, make us three.. wakaka

    intanrh

    Tue 5 May 09 at 8:28 am

  53. menarik pemandangannya…brape jauh dari KL en_me?

    lima jam perjalanan naik van buruk unser me yg ittewww..

    sebaliktabir

    Tue 5 May 09 at 8:38 am

  54. banyak nya lencongan, mujur tak terjun ke dlm tasik banding.
    banyak nya cerita banding nih…smpi part bape agaknya

    lencongan tok kemudahan masa depan me.. ikiki
    citer pulau banding dah abesss.. komen komen jakkks.. volleee ghitewww

    Rozita

    Tue 5 May 09 at 8:43 am

  55. Salam hormat. Sudah terima emel dari Abang long ?

    emel abang long sudah me terima, tapi tak tau motipnyerrr.. salam abang long

    Abang Long

    Tue 5 May 09 at 8:49 am

  56. ha’ahlah en.me..voringkanss takde vlog…
    anon vz le en. me…
    hehehe

    tau takperrr..

    Anon kk

    Tue 5 May 09 at 9:35 am

  57. jauh berjalan luas pengalaman…kan en_me
    dah lama ke tak gi tc…jom kita gi tc…:-)
    aku dah dapat guess…kau lelaki kan? kan? kan?…ahahahaha

    me lelaki sejati.. nak test perghh.. ahaha

    patungcendana

    Tue 5 May 09 at 9:49 am

  58. mungkinkah kita ada tersaing sekali di dalam perjalanan?
    ehehe…

    tersaing takper, jangang terbabas ghitewww.. ehehe

    Rya

    Tue 5 May 09 at 11:40 am

  59. tidak pernah dengar pun. terima kasih terhadap info ini

    u r welcome bro.. ehehe

    yazid husain

    Tue 5 May 09 at 12:07 pm

  60. jauh perjalanan….bagus la …pergi tpt yg jarang orang tahu.

    fenatt sehh.. ehehe

    shais

    Tue 5 May 09 at 12:13 pm

  61. syok tu jalan2 ke Banding, cian bang me tak dpat bilik. Btw gambar2 bang me macam biasa lah, lawa-lawa…geram tenguk… nak cubit geram saper ni…

    syok macam biasa.. ikiki

    iza

    Tue 5 May 09 at 1:22 pm

  62. knp x camping je kt tgh belantara tu..
    mesti lagi best..jimat pon jimat
    takut nyamuk ekkk…

    ahaha.. aperr kelass camping tengah hutan belantara ghitewww

    - j o h a r i -

    Tue 5 May 09 at 1:45 pm

  63. apa yang boleh dibandingkan dengan pulau banding ye en_me?🙂 banyak ke tempat menginap kat situ?

    setahu me cumer sateww resort jerr.. tapi me pasan sebelum jambatan teww ader sateww resort tengah dibina..

    shazmi

    Tue 5 May 09 at 1:52 pm

  64. >Teringin hendak naik bot dan berjumpa dengan puteri rafflesia yg jelita.<
    Jelita ke dier? Yang akak tahu si debab tu dah kena telan dek Toman Jantan kat situ.

    ahaha.. tak dapek me nak nolong one uoolsss

    zara aluwi

    Tue 5 May 09 at 2:16 pm

  65. komen yg ke 65..dari mula citer pulau banding parte une/deux/trois/quartre/cinq/six.
    peh..boleh buat novel iteww.

    tapi kat batu teww tulis ’66’ kannns.. ekeke

    zue

    Tue 5 May 09 at 2:33 pm

  66. anon baru perasan…
    unser tu takde nombor plate le…
    cemane leh lepas sampai ke banding?
    tak kena tahan dek abang lis ke?

    en. me…
    anon tak dapat permission bos tulis blog
    lepas blog anon kena ceroboh dan hampir buat
    mahligai anon retak.
    anon masih trauma selagi insan itu masih ada dalam
    persekitaran mahligai anon.

    anon jalan-jalan, pusing-pusing blog org lain dah le ye en me.
    hehehe…dah 66 komen kan?
    ade hadiah tak?
    hahaharrr!

    blog bukanlarr hakmilik kekalls kanns..
    so, bukan sbb bz larr teww.. sbb me pasan, kalo akak bz gilerr, xlarr komen blog me sampai berjela2 ghitewww.. ahaks

    Anon kk

    Tue 5 May 09 at 3:16 pm


Comments are closed.

%d bloggers like this: