Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for May 4th, 2009

pulau banding – parte une

gerik or grik, but not greek
kuala kangsar – baling highway

Hari buruh atau hari pekerja kelmarin. Me sudah terjah ke pulau banding. Ramai yg tidak tahu dimana lokasinya. Kawan-kawan me yg berasal dari negeri yg punya dua menteri besar itu pun juga tidak tahu.

Rancangan asal me hendak ke tasik temenggor. Hendak rasai sendiri perjalanan lebuhraya timur ke barat paling utara negara. Kalau terbabas, boleh terus masuk ke siam.

Bulan lepas me sudah pergi ke kuala kangsar. [+ the first rubber tree] Dari susur keluar di simpang kuala kangsar, me terus ke utara. Ke bandar gerik.


good deed, indeed
masjid jamek gerik

Me sempat bersolat jumat di masjid jamek gerik.  Keadaan disini begitu asing juga. Dipenuhi jemaah yg berpakaian celoreng askar gitu.

Ada cerita juga. Tapi bukan keadaan tandas dimasjid itu ya kawan-kawan.

Habis dari solat jumat, kaum kerabat me terkejut. Bila habis saja kami kaum lelaki solat, sebelum usai imam habis baca doa, ada dua kumpulan budak-budak nakal yg masih berpakaian melayu. Cuba buka kereta-kereta jemaah yg sedang parkir di luar masjid jamek itu. Hajat hendak mencuri barang agaknya. Sedihkan. Walaupun di depan masjid jamek itu memang ada balai polis.

Di bandar gerik, me makan tengahari di restoran kfc saja.

non branded petrol station, still alive and kicking
gerik – jeli highway

Dari gerik ke tasik temenggor pun ada cerita juga. Walaupun tidak jauh ke pulau banding (35 km). Tapi penanda minyak van buruk unser me sudah hampir nyawa-nyawa ikan. Me lupa hendak isi minyak di bandar gerik tadi.

Walaupun me sudah tawar hati hendak terus ke pantai timur. Me cadang hendak ke pulau banding saja. Kalau-kalau ada bilik resort yg kosong untuk me beristirihat semalam dua. Tanpa tempahan bilik, seperti kata uncle kamal – “untung sabut timbul, untung batu tenggelam gitu.”

(insert despo logo)Ada di tempat rehat & rawat ala kadar di tengah jalan itu. Mula-mula me tanya abang yg bawa anak kecil. Dia kata ada stesen minyak di pulau banding. Tapi nasib baik budak penjaga gerai yg sedang mengopek kelapa itu bilang, stesen minyak disitu sudah ditutup. Me kena patah balik.

Me jumpa stesen minyak yg pertama kali me jumpa namanya. Despo, stesen minyak yg daif juga. Tapi penyelamat untuk me isi minyak van buruk unser me yg itu.

aDm is posing himself
temenggor lake, gerik

Dipendekkan cerita, bila me sampai di pulau banding, bilik resort di situ sudah penuh. Kebetulan ada perhimpunan pengedar-pengedar amway sedang berlangsung. Mungkin ada yg bakal dapat kereta mercedes benz malam itu agaknya. Tapi me sempat juga mengambil gambar-gambar di jeti.

ferris11.gif Gambar-gambar lain di aminus3 and flickr.

around banding island
gerik – jeli northern highway

land army infantry monument, against the communists
dataran juang tentera darat, tasik temenggor, gerik

Bila me patah balik dari pulau banding, me berhenti sebentar ambil gambar juga di dataran juang tentera darat.  Depan markas taktikal tentera bersebelahan jambatan pulau banding.

Me cuma nak komen sikit. Pasal tulisan di papantanda tugu itu amat tidak jelas. Sebabnya, tulisan warna merah ditulis diatas plastik lutsinar. Amat payah untuk membacanya. Seperti membaca tulisan sarikata di tv1 dulu-dulu. Menyampah kan.

ferris11.gif Gambar-gambar lain di aminus3.

raban lake is actually tasik chenderoh, formed when sungai raban was flooded after the construction of chenderoh dam [+ wikimapia ]

Ini adalah entri terakhir pasal perjalanan me ke pulau banding. Untuk hari ini.

Kecewa dengan ketidakdapatan bilik untuk bermalam di pulau banding. Me pun pulang ke ibu kota.

Sempat juga berehat dan rawat di tasik raban, dalam daerah lenggong. Pekena roti bakar dan kopi-o saja.

Walaupun begitu, segala-galanya terubat juga. Dengan pemandangan perjalanan yg menarik untuk dikongsi bersama.  Moga-moga dapat me kembali ke pulau banding dan menginap disana. Buat semalam dua. Teringin hendak naik bot dan berjumpa dengan puteri rafflesia yg jelita.

Dan me bersyukur juga, perjalanan yg tidak dirancang itu berakhir tanpa kemalangan atau insiden yg tidak diingini. Alhamdulillah.

Pasca nota: dengan ini me tutup komen untuk semua entri-entri pasal pengembaraan me ke ‘pulau banding’. Sebab dah cukup 66 komen gitu. Sila komen di entri terbaru atau hantar emel pada me jika perlu.

Alahai.

Written by en_me

Mon 4 May 09 at 12:04 am

Posted in travel