Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

cendol 5 bintang

having meals under the palm trees is very dangerous, although it’s a cool experience
kampung sawit, masjid tanah, melaka [+ flickr ]

3 – Cendol lima bintang di dalam kebun kelapa sawit? Biar betul en_me.

Cerita cendol belum habis lagi ya kawan-kawan. Lepas me pekena cendol leman dawi di senawang. Lepas pekena cendol kacang masjid tanah, me terus ke warung sawit. Terletak antara bandar masjid tanah menghala ke bandaraya melaka.

Sebelum itu, me sudah bertanya dengan abang knizam.com itu. Walaupun tercatat dlm blog ‘makan malaya‘nya, beliau belum pernah ke sana lagi. Pelik kan.

Sebenarnya me pernah ke warung tepi jalan ini di bawah rimbunan pokok-pokok kelapa sawit. Dahan-dahan kelapa sawit yg bila-bila masa akan gugur sendirinya. Bukan daun-daun kering ya kawan-kawan. Me ulangi, dahan-dahan pelepah kelapa sawit yg berduri itu. Boleh menghempap kepala bila-bila masa. [+ keadaan sekeliling di flickr ]

Dipendekkan cerita, me telah pesan rojak mee. Takkanlah me hendak makan cendol lagi. Boleh muntah ijo dibuatnya. Me pesan air teh kosong saja.

Jadi me tak boleh nak bagi apa-apa bintang kat cendol sawitt special itu.

Tapi kawan-kawan hendak tahu kan di warung manakah cendol yg me kasi 5 bintang itu. Sedap sangat kah? Jawapannya, cendol pantai pontian. (Habislah me, kena baling kasut abang long yg fanatik dgn cendol taiping pula.) Mamak pakai kain putih saja yg jual – memang mancongkam.  Kain putih yg separuh dilipat keatas. Nasib baik dia tak buat selendang. Orang kata, setiap tahun mamak cendol itu pulang ke india. Me kasi 5 bintang sebab ada ‘sentimental value’ gitu. Walaupun kena duduk atas kerusi plastik saja. (insert 5 bintang) Vollleeee ghiteww? Ammvoiii.

Nota: ini entri komen tertutup lagi. Untuk komen, sila buat lencongan dan guna kotak komen entri cendol 3 bintang dibawah.

Alahai.

Written by en_me

Mon 20 Apr 09 at 6:20 pm

Posted in food

%d bloggers like this: