Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

tag: siapa yginsaf

with 18 comments

restaurant insaf (famous for beriani rice meals)
jalan tunku abdul rahman

Me telah ditag oleh abang penyubiru itu. Jadi, macam biasa, sebelum me menjawab tag, me hendak tahu susur galor asal keturunan tag ini. Sebab mula-mula me keliru dengan soalan no. 1 dan no. 2 itu. Tapi sebenarnya, soalan no. 1 dan no. 2 itu sudah berzaman-zaman me jawab di ruangan ‘about‘ sebelah atas kanan blog me yg ini. Begitu juga dengan soalan no. 3 dan no. 4. Tapi me hendak layan lah juga.

penyubiru <- gadiskirana <- mr lalala <- miss kotak <- iqmal <- mrs edasyazni ?

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama blog itu?
Memang Lumayan –
Dengan rezeki, udara dan nafas utk me hirup dlm kehidupan Yang Maha Esa kurniakan pada me, me bersyukur padaNya. Blog ‘memang lumayan’ ini berkisar pada catatan harian me meliputi kerjaya me, kaum kerabat me, rakan-rakan me, tentang bulan, tentang gunung, tentang flora dan fauna dan tentang lain-lain me.

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
yginsaf.com –
‘yginsaf’ bukan nama sebenar me. me guna ‘yginsaf’ kerana dalam kita melayari hidup yg fana ini, me sedari kelemahan2 diri me yg ini utk me hargai kehidupan mendatang yg penuh mencabar.

3. Apakah method dalam penulisan blog anda?
Memang sebenarnya me guna kaedah didalam pengemaskinian blog ‘memang lumayan’ me yg ini. Setiap entri, me akan letak gambar yg samatara (sepadan dan seimbang.) Di bawah gambar tersebut, me letak kapsyen (keterangan gambar.) Isi kandungan setiap entri me cuba menggunakan bahasa melayu asli. Tetapi ka-dang-ka-dang me terpaksa gunakan bahasa rojak. Dan setiap entri me akan di akhiri dengan ayat ‘alahai.’

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
Sebelum blog ‘memang lumayan’ di yginsaf.com ini, me sudah lama aktif memblog di pentas blog yg lain. Dan pernah me hapuskan blog-blog tersebut. Setiap entri me telah padam satu persatu. Tanpa sebab. Dan tidak mustahil kalau esok lusa tulat me hapuskan blog ‘memang lumayan’ me yg ini. Kerana me berpendapat, ‘blog bukanlah hakmilik kekal.’ Mungkin tanpa sebab juga (jangan tanya kenapa.)

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
(insert penyubiru)Oh tentang abang penyubiru. Bukan seekor penyu yg berwarna biru. Malah seekor penyu pun tiada dalam peliharaannya.Nama ini ada kaitan dgn negeri kelahirannya. Dan MAAF! kepada gadis² diluar sana kerna abang
penyubiru sudah berkahwin dan baru mempunyai dua orang anak pompuan yang comel sepertinya juga. (He he he, me salin tampal dari blog abang penyubiru juga.) Dan arakian, abang penyubiru itu amat suka mengetag me – termasuk tag lesung batu yg itu? Ammvoiii..

Tentang blog abang penyubiru pula, me tiada komen apa-apa. Me layan semua blog sama sahaja. Tanpa kawan-kawan yg best-best seperti kamu one uoolsss, siapalah me yg ini kan kannns.

(insert cek siti penguin)Nota: me nak minta maaf pada cek siti penguin yg muda jelita yg sebenarnya telah mengetag me terlebih dahulu. Untuk tidak mengecilkan hati cek siti penguin, me nak tambah sikit tentang blog cek siti penguin yg penuh dengan cerita-cerita novel pendek berbahasa inggeris gitu.

6. Senaraikan calon yang akan di tag:
tadaaaaaaa… dah siap dah tag ni, tapi me tak hendak tag orang lain. Bukan hidup me hendak susah lagi menyusahkan orang lain. Voleee kannss?

Alahai.

Written by en_me

Tue 7 Apr 09 at 12:07 am

Posted in ho hum

18 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. ” tidak mustahil kalau esok lusa tulat me hapuskan blog ‘memang lumayan’ me yg ini. Kerana me berpendapat, ‘blog bukanlah hak milik kekal’ “…. sedih lak dengar…

    thanx cek atik teww.. u first ghitewww.. ihihi

    Atikah

    Tue 7 Apr 09 at 12:23 am

  2. wah siap juga satu tag. bagus anti-virus tag. he he he he

    moga korang hepi hepi ghitewww.. ehehe, tp kalo korang nak layannns, dipersilakannnn one uoolsss..

    yazid husain

    Tue 7 Apr 09 at 12:43 am

  3. bagi yang berblog di blogspot, kalau server dia tiba-tiba meletup, memang hilang lah.🙂
    bagus juga menghentikan tag. sebab nanti dia pusing balik.. kena jawab lagi. hadui!
    [haih! nyaris terpost komen dengan username wordpress.. hihi.]

    takperr akak maryam tewww, username wordpress me dah delete one uoolsss.. biarlarr rahsia kannns

    Maryam

    Tue 7 Apr 09 at 1:11 am

  4. Wah..
    en_me bukak restoran!!! Hehehe.. Gurau saje uols~ =p

    restoran katernyerrr.. veryy derr

    iKHMAR

    Tue 7 Apr 09 at 1:26 am

  5. Ingat en me ada buka restoran tadi..
    heheheh~
    ^___^

    restoran katernyerrr.. veryy veryy derr

  6. jawapan yg jujur dan ikhlas.. itu lah en.me

    ahaha.. abang zino bodekk me ghitewww

    zino

    Tue 7 Apr 09 at 6:03 am

  7. thanks jawab tag en_me yg best ittew.
    memang ade unsur² keinsafan bila membaca n3² di blog en_me.
    dan ada beberapa jawapan yg aku jawab dalam hati “ooo..patulah..”
    so skang ramai yg en_me yg best ittew dah tau serba sedikit ttg blog en_me yg best inni.. hehe.

    patutlarrr.. ko pong tak pernah jenguk2 ‘about’ me yg belah atas kanan tewww.. veryy derrr

    penyubiru

    Tue 7 Apr 09 at 6:54 am

  8. emmm..setuju ngan mr zino..jwapan jujur dan ikhlas…heheh..kang bukak restoren insaf bleh blanje mkn…hehhe

    nak banjer takyah tunggu bukak restoren one uoolsss.. ehehe

    ez

    Tue 7 Apr 09 at 7:55 am

  9. OOOOOOOOO……..sambil tutup skit mulut yg ala2 melopong

    baru tau kerrr.. derrr

    intan

    Tue 7 Apr 09 at 8:23 am

  10. selamat hr selase..;)

    ammvoiii, cerianyerr fiza itewww..

    fizahbari

    Tue 7 Apr 09 at 8:32 am

  11. akak pun ada a few tags x buat lagi.adoii!!!

    malass erk.. ekeke

    ain

    Tue 7 Apr 09 at 8:33 am

  12. layankan aje tag-tag nih… modal dikala takde idea nak blogging… hehehehehe😀😀

    after 1000 postss, me takdok idea blogging katernyerrr.. very derr one uooolsss

    syah shah

    Tue 7 Apr 09 at 9:21 am

  13. dulu masa tgk tagline blog en_me ni, ingatkan blog skim cepat kaya hihihhi~

    ghitewww larr fulakkks.. hmmm

    Masy

    Tue 7 Apr 09 at 9:36 am

  14. Teringat akak pasal Restoran Insaf di Jalan TAR. Pernah pada bulan puasa, kamu anak beranak berbuka di sana. Maklumlah org terlalu ramai, kami berbuka lewat. Time makan tak kisah sangat tapi time bayar. Apa tak terkejutnyer… harga rendang daging seketul RM15.00!!! Restoran mamak charge nasi beriani RM7.00 tapi Restoran Insaf charge RM12.00!!!
    Memang insaf akak nak masuk restoran tu lagi.

    insaf kannns.. ehehe

    zara aluwi

    Tue 7 Apr 09 at 10:26 am

  15. erm..jgnla delete ‘memang lumayan’ ni..nnt da krg 1 blog utk di baca

    ahaha.. kamoo jerr sorang yg cakap..

    yus

    Tue 7 Apr 09 at 10:30 am

  16. ala en_me. tak jwb pun takpe, =]
    tag pun sbb saje2, hehehe.

    aduhai.. me dah buat fenat fenat, ko katerr takyahh larr fulakkks.. sodeyyynyerrr

    cik siti

    Tue 7 Apr 09 at 11:00 am

  17. memang insaf sungguh mokcik nak masuk restoran insaf ittewww…..

    makcikkk! janganlah insaf masuk blog yginsaf.com ini fulakkks erk..

    azwa

    Tue 7 Apr 09 at 11:03 am

  18. en_me, saya memang baca ruangan about tu suatu masa dulu. dan saya tau en_me ada […] kete ek.ke dah bertambah? hehe

    ehehe.. me censored skit..

    penyubiru

    Tue 7 Apr 09 at 3:46 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: