Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for April 2009

naper en.me lama tak online? x sihat ker?

with 58 comments

‘me-no-pause’ is what rya wants

Baru saja satu hari me tak buat blog baru, kawan-kawan sudah ada yg tanya. Risau gila. Rindu lah tu. Jadi, me nak buat pantunlah sikit. Pantun kah ini?

Berjuang melawan letih
Tak sanggup me lalui
Sekalipun terkoyak kelopak mata me yg baru dilasik tewww
Mencoba bertempur
Menghentam hati dan pikiran me tewww

Dan kurebahkan tubuh ini ke ranjang.. amvoiii

Masih dalam kekuatan sama
Harus ku dengar bait demi bait
Yang kau lantunkan
Meski jenuh telah melanda ku
ku tetap bertahan dihadapanMu
Hingga ku paksa mulut ini untuk berkata
padaMu tuhan dengan membisikkan
naper me lama tak online erk?

Alahai.

Written by en_me

Wed 29 Apr 09 at 12:29 am

Posted in ho hum

the secret to building a popular blog – parte deux

with 75 comments

because you are friendly
on my neighbor’s house gate

Me ada seorang blogger ni. Pangkat pakcik juga. Hari-hari tanya bertubi-tubi.

enchek me, mcm mana nak bagi blog hit? bagi org masuk komen ramai?
x komen pun, takpa, janji meletup. cuba bagi tips sikit.

Tapi kalau tiada yg komen, macamana nak meletup? Sebenarnya, me yg ini tak pandai. Me pun sangat-sangat sensitif juga bila ada orang lain komplen macam bangsat itu. Tapi, petua mudahnya macam ini ya pak andak.

1. letak gambar atau foto yg berkenaan topik
2.
guna ayat-ayat ringkas (walaupun gambar dah cun, ceritalah sikit weiii)
3. berkenaan realiti kehidupan
4. jangan terjah dan kutuk-kutuk sesiapa kalaupun kita benci sangat (jangan sebut nama)
5. jangan jaga tepi kain-kain ittewww
6. jangan gedik-gedik komen blog orang
7. kalau tahu orang itu blogger jenis kurang ajar, elakkan mereka
8. jangan gatal-gatal tulis blog pasal orang lain, sebab kat sini bukanlah tempat mengumpat gosip gitu
9.
blog lah selalu, hari-hari pun tidak mengapa (bak kata uncle kamal, less blog a day, will keep friends away)
10.
kalau nak pinjam gambar atau trademark dia dalam blog kita, tanya dia dulu (kan atok kanns)


and because you are so lovable
last weekend at pasir gudang lake

Alahai.

Written by en_me

Mon 27 Apr 09 at 12:27 am

Posted in myself

salam sayang

with 25 comments

cinderella’s shoe
kampung melayu majidee, johor bahru

Me cuma nak ucap salam sayang buat kawan-kawan semua. Jangan lari-lari dari blog me sampai tertinggal kasut ya kawan-kawan.

Sembang petang ahad.

Alahai.

Written by en_me

Sun 26 Apr 09 at 6:26 pm

Posted in ho hum

bahasa seberang

with 18 comments

speak malay for dummy (pic taken by iphone)
at one of my phillipino friend’s working desks

Sebahagian tugasan me ditempat kerja ialah membantu designer-designer memastikan sistem tiga dimensi yg mereka gunakan berjalan lancar.

Dulu sistem tiga dimensi yg canggih ini di dominasi oleh rakyat tempatan. Budak-budak drafter yg dulunya menggunakan perisian autocad telah dinaiktaraf.

Tapi sejak kebelakangan ini, ramai designer dari filipina dan indonesia mula sama-sama mahir menggunakan perisian tiga dimensi ini. Pekerja-pekerja kontrak tentunya. Bukan pekerja kontrak binaan ya kawan-kawan.

Antara pekerja tempatan dengan pekerja filipina kami menggunakan bahasa inggeris tentunya. Tetapi antara pekerja tempatan dengan pekerja indonesia, ada juga yg berbahasa melayu dan campuran bahasa indonesia. Kan kita serumpun. Kekadang ada sesetengah daripada kita enggak mahu ngomong bahasa melayu. Terutamanya yg mempunyai ijazah. Lebih redha berbahasa inggeris. Bukannya kita sombong ya pak. Nanti kalau tersalah ngomong, kan lain maksudnya.

Contohnya seperti ini.


please don’t use these vulgar words in this country (pic taken from images google)

Alahai.

Written by en_me

Sun 26 Apr 09 at 12:26 am

Posted in works

raja melewar

with 26 comments

raja melewar was the first yamtuan besar (equivalent to king) of negeri sembilan. he was a prince from the state of minangkabau in sumatra, indonesia. [+ wikipedia ]

Hari sabtu lepas, selepas dari warong cendol leman dawi di senawang. Me singgah di muzium replika istana raja melewar yg terletak di kampung astana raja, rembau, negeri sembilan. Seorang diri tentunya. [+ lokasi | rembau ]

Di papantanda diatas tertulis:

sejarah kedatangan raja melewar adalah kerana dijemput.. oleh kerana kerajaan johor yg pada ketika itu berada dlm keadaan yg huru hara ..

ferris11.gif Gambar-gambar lain di aminus3.

Tapi me pelik juga, makam raja melewar yg sudah di pagar rapi terletak di luar kawasan muzium tersebut. Me tidak sempat ambil gambar. Mungkin dilain hari me datang lagi. InsyaAllah.

Alahai.

Written by en_me

Sat 25 Apr 09 at 12:25 am

Posted in travel

western union

with 23 comments

service to your family
rest area in sungai perak, perak

Sudah lebih 8 tahun me guna perkhidmatan bibik (pembantu rumah). Bibik yg sekarang ialah bibik me yg ke enam.

Selama ini kalau bibik hendak hantar wang pulang ke indon, me akan buat pindahan saja dari maybank ke bank saudara bibik yg berkenaan. Biasanya, bri (bank republik indon). Perkhidmatan ini mengambil masa dua tiga hari baru wang tersebut dapat di pindahkan.

Tapi minggu lepas juga. Sungguh tak disangka – buah cempedak dah jadi nangka. Bila me berkunjung ke maybank ampang park. Pegawai bertugas (makcik perempuan) berkata,

enchek me kalau nak cepat, guna western union. Tapi western union maybank takdok. Kena pergi rhb bank (klcc).

(insert western union logo)Bila sebut ‘western union’, baru me perasan. Selama ini me berurusan di bank simpanan nasional (bsn) me selalu nampak logo ‘western union’ itu. Dan bsn terletak bersebelahan saja dengan maybank. Memang pegawai maybank itu kejam sengaja suruh me jalan jauh ke klcc. Macamlah dia baca blog me yg ini yg suka jalan-jalan jauh-jauh gitu. Menyampah kan kannns.

Dipendekkan cerita, bila me sudah buat pindahan. Malangnya bibik dan saudara bibik di indon pula yg panik. Sebab pertama kali guna. Tapi bila sudah keluarkan duit, memang mudah. Diceritakan cuma ambil masa selama 15 minit saja pemindahan tersebut. Tidak perlu tunggu dua tiga hari. Punyalah suka tahap angkasa bibik itu.

Alahai.

Written by en_me

Fri 24 Apr 09 at 6:24 pm

Posted in bank

friday open mic

with 47 comments

still loyal to your blog
jalan tampin, negeri sembilan

Setiap jumaat macam biasa, me akan buka komen buat rakan-rakan yg best-best itu. Komen apa saja.

Alahai.

Written by en_me

Fri 24 Apr 09 at 12:24 am

Posted in ho hum

saper makan cili, dierrlarr terasa

with 69 comments

i can wear sunglasses now (after 20 years)
pedas, negeri sembilan

Alhamdulillah. Akhirnya untuk pertama kali, entri cendol 3 bintang‘ kelmarin yg pertama mencecah sehatus komen. Sebelum ini, entri ‘you look what‘ (27 Jan 2009) mendapat sembilan poh sembilan komen sahaja.

Oleh itu, me hendak berhenti memblog ya kawan-kawan. Me hendak berehat. Me dah penat buat blog. Dah menopause kot. He he he.

Terimakasih daun keladi diatas sokongan kawan-kawan yg best-best itu. Kamu. Sambil me hendak pantun dua kerat:

ingatkan pedas bagaikan kari,
rupanya lembut bagai kain sari

Alahai.

Written by en_me

Wed 22 Apr 09 at 12:22 pm

Posted in ho hum

cendol 5 bintang

having meals under the palm trees is very dangerous, although it’s a cool experience
kampung sawit, masjid tanah, melaka [+ flickr ]

3 – Cendol lima bintang di dalam kebun kelapa sawit? Biar betul en_me.

Cerita cendol belum habis lagi ya kawan-kawan. Lepas me pekena cendol leman dawi di senawang. Lepas pekena cendol kacang masjid tanah, me terus ke warung sawit. Terletak antara bandar masjid tanah menghala ke bandaraya melaka.

Sebelum itu, me sudah bertanya dengan abang knizam.com itu. Walaupun tercatat dlm blog ‘makan malaya‘nya, beliau belum pernah ke sana lagi. Pelik kan.

Sebenarnya me pernah ke warung tepi jalan ini di bawah rimbunan pokok-pokok kelapa sawit. Dahan-dahan kelapa sawit yg bila-bila masa akan gugur sendirinya. Bukan daun-daun kering ya kawan-kawan. Me ulangi, dahan-dahan pelepah kelapa sawit yg berduri itu. Boleh menghempap kepala bila-bila masa. [+ keadaan sekeliling di flickr ]

Dipendekkan cerita, me telah pesan rojak mee. Takkanlah me hendak makan cendol lagi. Boleh muntah ijo dibuatnya. Me pesan air teh kosong saja.

Jadi me tak boleh nak bagi apa-apa bintang kat cendol sawitt special itu.

Tapi kawan-kawan hendak tahu kan di warung manakah cendol yg me kasi 5 bintang itu. Sedap sangat kah? Jawapannya, cendol pantai pontian. (Habislah me, kena baling kasut abang long yg fanatik dgn cendol taiping pula.) Mamak pakai kain putih saja yg jual – memang mancongkam.  Kain putih yg separuh dilipat keatas. Nasib baik dia tak buat selendang. Orang kata, setiap tahun mamak cendol itu pulang ke india. Me kasi 5 bintang sebab ada ‘sentimental value’ gitu. Walaupun kena duduk atas kerusi plastik saja. (insert 5 bintang) Vollleeee ghiteww? Ammvoiii.

Nota: ini entri komen tertutup lagi. Untuk komen, sila buat lencongan dan guna kotak komen entri cendol 3 bintang dibawah.

Alahai.

Written by en_me

Mon 20 Apr 09 at 6:20 pm

Posted in food

cendol 4 bintang

next to d’mart and near to kfc restaurant
masjid tanah

Lepas ambil aDm (19) di asramanya, me singgah mencari cendol lagi.

2 – Cendol masjid tanah, melaka.  Blogger incek sappil juga kecewa yg diceritakan dlm blognya. Beliau datang dari jauh ke masjid tanah semata-mata hendak menjamah cendol disitu. Tapi warung tersebut ditutup pula. Jadi, kebetulan me ada urusan di masjid tanah, me pun cubalah merasa. Hanya ada cendol pulut, cendol kacang dan cendol biasa saja. Me telah pesan cendol kacang yg berharga sehinggit setengah. Ada ais sebab ditengahari yg panas terik. Memang mancongkam. Dua mangkuk cendol dlm satu hari. Lupa sakit tekak dan batuk-batuk.

Me kasi 4 bintang. Boleh gitu? (insert 4 bintang)

Tapi kawan-kawan mesti nak tahu kan. Cendol manakah yg me kasi 5 bintang? Tunggu.

Nota: ini entri komen tertutup. Untuk komen, sila buat lencongan dan guna kotak komen entri cendol 3 bintang dibawah.

Alahai.

Written by en_me

Mon 20 Apr 09 at 12:20 pm

Posted in food

cendol 3 bintang

with 103 comments

to get there, please exit at senawang toll plaza, at the second traffic light, please turn right, and drive about 5 kilometer through the old trunk road to tampin town (16km to seremban city) [+ maps google | flickr ]

Kekecewaan orang lain, keberuntungan diri sendiri. Kata setengah orang.

Biasanya, kalau hendak makan diluar, me akan terjah kemana-mana. Tapi tidak kali ini. Me sudah selak blog orang lain sebab me hendak tahu arah yg tepat dan jimatkan masa. Jadi, projek cendol untuk entri hari ini, beginilah ceritanya. Tiga warung cendol yg me bepergian sambil mengambil aDm (19) di asramanya pd hari sabtu kelmarin.

1 – Cendol leman dawi. Warung cendol yg paling glamor yg pernah ditayangkan di majalah 3 dan blog knizam itu. Blogger cek atikahnr kecewa kerana bila beliau tiba ke sana awal bulan, warung tersebut ditutup kerana telah ditempah untuk majlis kahwin. Tapi bila me terjah ke sana hari sabtu kelmarin, pukul 9.45 pagi, warung cendol itu telah dibuka.  Tapi cuma cendol pulut dan cendol jagung saja yg ada. Jadi, me telah pesan cendol jagung yg dua hinggit sahaja. Tanpa ais sebab me sakit tekak.

Me kasi 3 bintang. (insert 3 bintang)

Alahai.

Written by en_me

Mon 20 Apr 09 at 12:20 am

Posted in food

salam sayang

with 22 comments

not so brave (or not so spicy)
nandos, jaya jusco tebrau city

Me cuma nak ucap salam sayang buat kawan-kawan semua. Jangan takut-takut untuk singgah-singgah, jenguk-jenguk, komen-komen blog me yg ini.

Sembang petang ahad.

Alahai.

Written by en_me

Sun 19 Apr 09 at 6:19 pm

Posted in ho hum

then & now: kolej matrikulasi

with 39 comments

left (12/5/08 – last year ) | right (18/4/09 – yesterday )
kolej matrikulasi melaka, londang, masjid tanah

Alhamdulillah. Hari sabtu semalam, me sudah ambil aDm (19) pulang dari asramanya. Genap setahun beliau bermastautin di situ.

Pagi sabtu itu juga, aDm (19) sudah menjalani ujian dari universiti sains malaysia. Semoga berjaya. Kalau berjaya nanti, boleh lah me berdesup dan pusing-pusing balik pulau selalu kan kanns.

Alahai.

Written by en_me

Sun 19 Apr 09 at 12:19 am

Posted in family

i love wordpress

with 30 comments

school’s ferry (please do not park besides me) [+ flickr ]
vista apartment, bandar seri alam

Me hargai kesemua komen kawan-kawan yg best-best itu. Setiap kamu yg komen dlm blog ‘memang lumayan’ me yg ini, me akan singgah juga ke blog kamu. Walaupun blog kamu tidak dikemaskini setiap hari. Walaupun sesibuk tahap angkasa, me akan gagahi juga jenguk-jenguk ke rumah kamu. Tapi kadang-kadang, bila me guna digi gprs yg terhegeh-hegeh macam kura-kura itu, terutamanya di rumah, me ada masalah. Spt blogger yg muda lagi jelita ini (khairun nisa’ amir) bilang.

(insert kho ya ro alip lam nun ya sin alip hamzah )Fuhh!! Lama gila tak update blog. Bukan tanak hapdet. Banyak bende sangat aku nak hapdet. Tapi paham2 la server office aku ni..even nak comment kat blog member pun taleh. Tapi blog en_me boleh aje. Coz en_me kaya, blog die gune domain name sendirik ehehehe~~

Jangan salah faham. Bukan sebab me guna domain nama sendiri ya kawan-kawan.  Sebab sebenarnya kerana me guna ‘wordpress’, bukan ‘blogspot‘. Dan blog me tidak ada iklan nuffnang, adsense, chatbox, plugin itu dan sebagainya. Sempoi kan kanns.

Alahai.

Written by en_me

Sat 18 Apr 09 at 12:18 pm

Posted in myself

ponteng kelas ngaji

with 21 comments

enjoying your friend’s birthday party
mcdonald’s restaurant, bandar seri alam

Minggu lepas aQi (11) sudah guling-guling bilang. Nak sertai majlis harijadi kawan sekelas sekolah cinanya di restoran mcdonalds itu.

Me layan saja.


more pictures at the party

Alahai.

Written by en_me

Sat 18 Apr 09 at 12:18 am

Posted in birthday