Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for November 28th, 2008

sesi jumat (masjid zaid bin haritsah)

with 18 comments

“hud-hud is a bird”
sungai mulia, jalan gombak [+ zoom out ]

Sesi jumat me hari ini di masjid zaid bin haritsah, jalan gombak. Alhamdulillah.

Tajuk khutbah hari ini ialah ‘mawaddah warahmah’, berkenaan perkahwinan.

Jemaah yg tidak ramai berbanding masjid-masjid lain. Tapi tetap melebihi empat poh orang.

Dan masjid zaid bin haritsah terletak betul-betul bertentangan dengan restoran nasi ayam mancongkam itu.

a pond for conventional ablution, a prayer clock and a mimbar

Alahai.

Advertisements

Written by en_me

Fri 28 Nov 08 at 5:01 pm

Posted in photography

it was 5 years ago today

with 22 comments

it was 5 years ago, exactly today

Ini entri istimewa.

Kelmarin me ada terbaca blogger yg baru me kenal. Semalam, cek yatie dubai buat entri menjawab tagging. Dan me tertarik pada soalan tag yg pertama itu.

a) What were u doing 5 yrs ago .. [+ memories tag ]

[ 28 Nov 03 ] – bila me periksa balik arkib blog me yg ini (sebelah kanan blog), me baru teringat masa itu cuti sekolah juga. Me bawa aQi dan aDm jalan-jalan naik monorail yg baru beroperasi itu. Nostalgia juga sebab tengok gambar me seret aQi yg sedang menangis itu. Masa itu, aQi berumur 5 tahun. Dan jam tangan yg me pakai itu sudahpun rosak sekarang ini. Dan janggut itu rupanya me sudah simpan lama sebelum me menang hadiah jackpot yg itu ya kawan-kawan.

Cerita berkenaan juga, gambar masa zaman itu (2003) masih menggunakan filem gulung.

Cerita lain, me cuma nak bagitahu harijadi me minggu depan. La la la.

Alahai.

Written by en_me

Fri 28 Nov 08 at 8:05 am

Posted in nostalgia

raja jumaat

with 7 comments

sekolah menengah kebangsaan raja jumaat [+ zoom out | maps google ]
port dickson, negeri sembilan darul khusus

Hari minggu kelmarin, masa me memandu van buruk toyota unser me yg itu. Dari sepang ke simpang lukut menuju port dickson. Me limpas satu sekolah yg bernama sekolah menengah kebangsaan raja jumaat. Me ingat-ingat lupa pelajaran sejarah zaman sekolah dulu-dulu. Tapi bila me selidiki, baru tahu bahawa raja jumaat (atau raja jemaat) pernah memerintah daerah lukut disuatu zaman dulu. [+ wikipedia | makam raja jumaat ]

Seperti biasa, entri me berkenaan ‘sesi jumat’ masih berterusan ya kawan-kawan. InsyaAllah. Sebagai nota sahaja, sebelum ini, me pernah bersesi jumat disini:

1. masjid jamek
2. surau baitulaman
3. surau bangunan tabung haji
4. masjid wilayah persekutuan jalan duta
5. masjid bangsar

Alahai.

Written by en_me

Fri 28 Nov 08 at 12:05 am

Posted in travel