Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for November 26th, 2008

Sekali Menginjak Gas, 5 Negara Bagian Terlampaui

with 37 comments

Pengenalan

now everyone can fly one uooolsss

Ini bukan entri tagging ya kawan-kawan. Entri ini terbentuk dari insipirasi blog pak yiskandar – [ Sekali Menginjak Gas, 8 Negara Bagian Terlampaui ]

Hari Sabtu lepas, me menghantar bBk me pulang bercuti ke kampungnya di palembang, indonesia. Oleh kerana penerbangan air asia tiada laluan ke palembang dari senai, maka me kena hantar ke lcct (terminal tambang murah) di sepang itu.

Entri kali ini me akan ceritakan detik-detik perjalanan me melalui lima negeri di semenanjung. Me lalu ikut jalan lama, bukan lebuhraya yg bertol itu. Dari menginap di kuala lumpur, sampai ke lcct sepang, negeri selangor, menuju ke asrama aDm di londang, negeri melaka, melimpasi negeri sembilan, dan pulang ke negeri darul takzim.


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

steamed cassava with hot & spicy anchovies sambals and sweetened grated coconut

Hari jumaat petang, me sudah tiba di crown princess hotel, kuala lumpur. Biasanya me akan menginap di hotel puduraya yg murah. Tapi disebabkan jalan pudu yg selalu mancet banget. Lagipun crown princess hotel itu dekat dengan tempat me bekerja.

Malamnya me makan malam di naili’s di jalan sentul. Me pekena ubi rebus dan black pepper steak. Me pesan banana split dan air suam. Memang mancongkam juga.

Usai makan malam, me kembali ke crown pincess hotel yg terletak di jalan ampang itu juga. Dan di dalam bilik hotel, me cuba layari internet guna digi gprs me yg itu. Lambat macam siput babi. Dan me ada alasan untuk tidur awal malam itu.


Negeri Selangor Darul Ehsan


too fast too curious

Pagi-pagi hari sabtu, usai bersarapan di tingkat sepuluh di princess crown hotel itu, me pun berangkat ke lcct sepang. Jadual penerbangan bBk ialah jam 11.55 tengahari. Me ikut lebuhraya plus dan keluar di persimpangan nilai. Me tiba di lcct jam 9.30 pagi. Banyak lagi masa. Di dalam terminal memang banyak kaunter di buka. Ada lebih kurang 45 kaunter. Dan mencari kaunter penerbangan ke palembang memang mencabar. Akhirnya me mengalah juga, dan bertanya di kaunter pertanyaan di situ.

Di kaunter tiket air asia, me kena bayar sehatus lima poh hinggit kerana berat beg bBk yg lebih dari sepatutnya. Tapi bBk membawa bungkusan yg berisi mesin pengisar moulinex yg baru dibeli di tesco kelmarin ke dalam kabin. Nasib baik juga bBk tidak bawa lesung belanga periuk kedalam kabin kan.

Dipendekkan cerita, usai menghantar bBk di pintu keberangkatan, me singgah beli gula-gula dan cokelat di satu-satunya kedai emporium itu. Mula-mula memang hendak ke terminal antarabangsa yg satu lagi, tapi me nak bergegas ke asrama aDm.

Dari lcct, me singgah sebentar di litar lumba sepang. Kebetulan ada perlumbaan a1 sedang berlangsung. Me cuma ambil gambar dari luaran hingga ke pintu masuk saja. Tidaklah ramai orang seperti perlumbaan f1. Lagipun hari itu hari sabtu kan. Perlumbaan akhir akan berlangsung pada hari ahad macam biasa.


Negeri Sembilan Darul Khusus


going into the cape (old story)

Dari litar lumba sepang, me terus memandu menuju ke port dickson. Me kena limpas pekan sepang dan pekan lukut. Ingatkan me hendak melawat wisata di kubu lukut. Mungkin lain kali agaknya. Me tidak masuk ke bandar port dickson itu juga. Me ikut jalan tepi pantai, me limpas simpang ke tanjung tuan (cape rachado) yg me pernah singgah dulu. Me juga limpas tiara beach resort yg me pernah menginap dulu.

Sebelum tiba di pengkalan kempas dimana dulu me pernah melawat makam syeikh ahmad majnun, me pintas ke jambatan sungai linggi. Jambatan yg baru dibina dan tidak terdapat didalam buku peta yg me bawa. Dan melimpasi sungai linggi juga bermakna me sudah tiba di negeri melaka bandaraya bersejarah.


Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah


Ophidiophobia or Ophiophobia refers to the fear of snakes

Lepas sungai linggi, me terus memandu ke pengkalan baru. Me tengok jam baru pukul 1.50 petang. Me letih dan me berhenti berehat sambil terlelap di tepi pantai yg cantik itu juga. Me terjaga jam 2.15 petang dan terus ke asrama aDm di kampung londang yg tidak berapa jauh dari situ.

Di pendekkan cerita, me bawa aDm ke bandar melaka. Sebab di pekan masjid tanah, restoran yg ada kelas cuma kentucky fried chicken sahaja kan.

Walaupun sudah banyak kali me ke bandar melaka, tapi me masih keliru. Me hendak ke padang tapi me sesat di stadium kubu. Untuk ke destinasi, me kena patah balik dan lalu jalan sehala yg sempit juga.

Me singgah di depan bangunan merah ‘stadhuys’. Me tengok-tengok barang cenderahati di gerai-gerai yg banyak. Me ambil gambar wisatawan di pancuran depan gereja lama. Me tangkap gambar dengan ular sawa dan iguana macam biasa. Kali ini me dibenarkan tangkap gambar guna kamera sendiri. Tapi dengan bayaran lima hinggit.

Me cuba mencari tempat letak kereta di dataran pahlawan. Parking bawah carrefour pun sudah penuh. Me parking di luar di dalam petak yg sedia ada walaupun orang lain letak kereta sebarangan sahaja.

Di dalam dataran pahlawan, me makan tengahari di johnny’s itu. Makan steamboat yg biasa.

Usai makan, me jalan-jalan di dalam pusat beli belah itu sahaja. Ada pameran dan promosi ejen-ejen pelancongan. Ada tawaran percuma tiga hari dua malam di mana-mana. Tapi penuh kelicikan dan tipu muslihat gitu. Me tidak layan gitu. Ada juga pameran dari zoo melaka yg membenarkan me bergambar dengan reptilia ular itu tanpa bayaran.

Lepas penat jalan-jalan disitu, me keluar ke tempat parking van buruk toyota unser me yg tadi. Me perasan me kena saman oleh majlis perbandaran negeri melaka. Mula-mula me bengang juga, tapi memang tempat letak kereta berkupon gitu. Dan untuk membayar saman itu, me kena ke pejabat majlis perbandaran melaka pula pada hari bekerja. Boleh ke me bayar di mppj?

Dalam perjalanan keluar dari kota melaka juga mengelirukan me. Tapi negeri melaka kan kecil saja, walaupun sesat ke mana pun, akhirnya kita akan bertemu jalan keluar.


Negeri Johor Darul Takzim


gas price drop does not spark usage increase
ayer hitam

Selepas hantar pulang aDm di asrama londang, me terus pulang ke negeri darul takzim. Tapi kali ini me ikut lebuhraya bertol. Masuk lalu persimpangan ayer keroh. Hampir disetiap hentian rehat lebuhraya me berhenti. Lelap barang sepoh hingga tiga poh minit kerana terlalu keletihan memandu seorang diri.

Arakian, me tiba di rumah jam 1 pagi. Alhamdulillah semuanya selamat sampai. Termasuklah bBk yg tetiba telefon pagi-pagi hari, kata sudah sampai dikampungnya. Kedengaran bunyi riuh rendah diganggang telefon, mungkin bBk me sedang membahagi-bahagi duit gaji beliau yg berjuta-juta hibu ghupiah pada sanak saudaranya.

Alahai.

Advertisements

Written by en_me

Wed 26 Nov 08 at 12:04 am

Posted in travel