Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for November 25th, 2008

white estima and red ferrari

with 19 comments

people can buy luxury car, but not everyone can buy a nice number [ WV 6666 ]
hampshire street, off jalan ampang, kuala lumpur

Biasanya kalau me hendak bersarapan pagi roti bakar dan telur bawah. Me akan limpas di lorong di bawah pangsapuri mewah itu bah. Ada banyak kereta mewah berderetan juga. Tapi me memang tertarik dengan kereta mpv estima putih seperti diatas. Nombor pendaftaran yg cantik dan menarik kan.

Cerita lain, tengahari tadi lepas me terima cek gaji dari pegawai perakaunan itu. Me terus secepat kilat menghilangkan diri ke bank yg tidak jauh dari pejabat me. Dalam perjalanan pulang, me limpas juga di kedai jual kereta mewah porsce/ferrari itu. Dan kebetulan, me nampak kereta warna merah kepunyaan kerabat diraja kelantan darul naim yg berdaulat itu seperti dibawah. Cantik kan. Kannns.


Dok nengung atah tanggo pikir gapo nok buak kijo,
Sikso sungguh sari duo takdok pitih nak buat blanjo,
Susoh sungguh hidup loni sari sari gak makin pening,
Sedih tengok ko anok bini siye male nasik ike kering. [+ dikir minyak ]

Alahai.

Advertisements

Written by en_me

Tue 25 Nov 08 at 5:04 pm

Posted in photography

go perth

with 16 comments

i have to recall my previous visit [+ circa 2006 ]
perth zoo, western australia

Semalam, ketua jabatan kata tiada masalah. Tapi jurutera projek sebelah kanan suruh me tunggu dahulu.

Disurau, usai solat asar, pak imam rock yg baru beli motor ninja (BKB 3971) pun sudah peluk-peluk me ala-ala pak arab. Tanya me bila nak ikut jejak dia ke sana.

Rasanya baru kelmarin me pulang dari bandar yg cantik itu.

Cerita lain, me ingat akan terima gaji minggu hadapan. Tapi pagi tadi, tiba-tiba pegawai perakaunan itu sendiri yg datang ke meja me dan serahkan cek yg sudah ditandatangani. Bolehlah me meronggeng malam esok kan. Kannns.

Alahai.

Written by en_me

Tue 25 Nov 08 at 12:01 pm

Posted in works