Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for November 20th, 2008

what i did last weekends: part cinq

with 5 comments

mix fruits are an important part of a well-balanced diet

Dulu di syarikat lama, memang me selalu makan tengahari hanya dengan buah-buahan campur. Me beli di kl sentral itu. Penjual cewek warga indon yg ramah dan ayu. Yg selalu panggil me, “hai abang..”

Di tempat kerja baru, me baru ketemukan tempat menjual buah-buahan campur itu. Di stesen lrt klcc, dibawah metrojaya. Jalan kaki dari pejabat pun lebih kurang lima minit saja.

Cerita lain, minggu lepas juga me sudah buat pemeriksaan kadar kesihatan me di poliklinik itu. Sudah tiga bulan me telan pil [+ covastin ] itu. Dan me sungguh gembira kerana tahap kolesterol dalam tubuh badan me sudah menjadi normal. Lepas ini, boleh lah me makan nasi lemak yg mancongkam itu ya.

Cerita lain juga, ini adalah entri kelima me untuk hari ini. Esok ada cerita lain. Gasaklah kannnns.

Alahai.

Advertisements

Written by en_me

Thu 20 Nov 08 at 9:05 pm

Posted in food

what i did last weekends: part quartre

with 9 comments

my old neighbor’s daughter’s  wedding
kampung melayu raya, pontian

Ahad kelmarin lepas dari gelang patah, me terus pulang ke kampung. Sambil singgah ke rumah jiran di kampung itu yg menjemput me. Majlis walimatul-urus anak perempuan beliau.

Me sibuk juga tembak-menembak gambar. Hingga nak menjamah nasi beriyani pun tidak kesampaian. Lagipun orangramai berduyun-duyun gitu.

Alahai.

Written by en_me

Thu 20 Nov 08 at 5:04 pm

Posted in photography

what i did last weekends: part trois

with 21 comments

toscano brown lady wallet
bought in metrojaya kuala lumpur

Baru dua minggu lepas, me dapat hasil dari kebun kelapa sawit yg sepupu me kerjakan. Tapi mQ (my Queen) sudah mengigau-ngigau disuruhnya me belikan beg duit baru. Kata mQ,

baru dua tiga hatus hinggit maa..

Nasib baik juga mQ baru beli beg tangan yg besar gedabak guna duit bonus dia juga.

Alahai.

Written by en_me

Thu 20 Nov 08 at 12:03 pm

Posted in property

what i did last weekends: part deux

with 24 comments

diving is allowed, somersault is optional
kampung pendas, gelang patah

Hari Ahad pagi kelmarin, me pergi ke gelang patah. Tujuan asal hendak mencari taman ternak burung seperti yg disiarkan oleh [+ majalah 3 ] minggu lepas. “Wonderful Life Cares, Bird Farms and Breeding” yg terletak di nusa perintis dua. Tapi me tidak jumpa, walaupun me sudah tanya akak pengurus stesen minyak petronas di nusa perintis satu.

Seperti biasa, me singgah di restoran makanan laut saujana yg itu. Sambil me ambil gambar budak-budak mandi air laut yg sedang pasang.

what’s one thing you miss about being a kid

Alahai.

Written by en_me

Thu 20 Nov 08 at 8:02 am

Posted in photography

what i did last weekends: part une

with 13 comments

when you are drawing cartoon animals, don’t try to be a perfectionist [+ zoom out ]
nz wheels, plentong

Hari Sabtu kelmarin, me pergi menonton wayang kartun madagascar dua itu. Oleh kerana me percaya cerita kartun yg “box-office” dan ulasan komentator yg cemerlang belaka. Maka me tengok sampai dua kali dalam satu hari. Jam 1.30 petang dan disambung jam 3.30 petang. Macam orang kampung bilang, “movie marathon” gitu. Memang tak menyesal.

Cerita lain, entri hari ini pun macam maraton. Berderet-deret gitu. Harap-harap kawan-kawan jangan serik-serik singgah-singgah jenguk-jenguk komen-komen blog me yg ini ya.

Alahai.

Written by en_me

Thu 20 Nov 08 at 12:01 am

Posted in movies