Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for November 11th, 2008

currency

with 12 comments

current rate
plaza pelangi, johor bahru

Tahun 1998 dulu, zaman kegawatan ekonomi. Duit ringgit jatuh merundum nilainya. Me ingat lagi, masa itu,

US Dollar = RM3.80
Singapore Dollar = RM2.30

Sekarang, sepuluh tahun berlalu, walaupun duit ringgit sudah stabil dan duit amerika jatuh nilainya. Tapi masih tidak dapat menandingi duit negara jiran liliput itu.

US Dollar = RM3.40
Singapore Dollar = RM2.36

Sebagai perbandingan, sebelum zaman kegawatan.

US Dollar = RM2.60
Singapore Dollar = RM1.20

Sebenarnya, me nak tukar duit gaji bBk yg nak cuti balik kampung di palembang, indonesia tidak lama lagi itu. Berjuta-juta hibu ghupiah juga.

Alahai.

Advertisements

Written by en_me

Tue 11 Nov 08 at 12:03 pm

Posted in ho hum

review of quantum of solace

with 22 comments

i managed to get only 3 of the bond’s cars

Kelmarin, me bawa aQi (10) dan rakan-rakan menonton james bond: quantum of solace. Jam 9.30 sabtu malam di tgv tebrau city yg itu.

Mula-mula aQi bilang, klasifikasi u: umum. Tapi bila me hendak beli tiket, me nampak klasifikasi itu pg13. Jadi, me kena tinggalkan aQi dan rakan-rakan diluar panggung kan. Oh tidak, pg13 cuma bermaksud ibu bapa hendaklah menjaga dan menasihat anak-anak dibawah umur 13 tahun sahaja.

Selepas tengok, pendapat me begini. Tidaklah gempak mana. Cuma lima minit pertama adegan kereta kejar mengejar antara aston martin dan bmw itu juga yg saspen. Lepas itu cerita mendatar. Kurang dialog. Dan tiada sebutan ‘bond, james bond’ kedengaran. Memang membosankan kan. aQi asyik tanya, “jam pukul berapa?” atau “sekarang dah jam berapa?” Tapi me dikejutkan juga bila ada mamat gendut yg bawa awek cun meletop-letop duduk tengah-tengah pawagam pun boleh mendengkur dengan bangganya. Cerita benar.

Alahai.

Written by en_me

Tue 11 Nov 08 at 12:06 am

Posted in movies