Archive for November 4th, 2008
asam pedas madu 3
together we improved ourselves [+ zoom out ]
jalan alsagoff, pontian – johor trunk road
Dulu kalau me limpas jalan besar depan warung diatas, tulisan pada papantanda itu memang merah menyala. Betul-betul berhadapan depot tahanan PATI, pekan nenas.
Tapi sekarang, warna merah pun sudah pudar. Namun, me gagahi menembak juga. Buat kenangan. Walaupun tidak pernah menjamah sesuap nasi di situ.
Cerita lain, akhirnya jumaat lepas me terima cek gaji me. Selepas dua bulan bekerja di syarikat yg ini. Tapi kena tunggu esok untuk tunaikannya.
Cerita lain lagi, kelmarin kan me ziarah abang sepupu di parit jambi darat. Tetapi abang sepupu tiada dirumah. Tujuan me juga hendak memungut hasil kebun kelapa sawit yg sekangkang kera dihadapan rumahnya. Hasil penuaian selama setahun. Dan tetiba semalam abang sepupu masukkan kesemua hasil itu kedalam akaun bank me. Walaupun tidaklah berjuta-juta hibu hinggit, tapi seronok juga kan.
Alahai.