Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

seven facts – the tag

Une (1) – dari tol ayer hitam ke bandar batu pahat akan melalui pusat beli belah bp mall. Memang besar, cantik dari luaran. Tapi me tidaklah singgah.

Deux (2) – nasib baik bulan puasa, kalau tidak me akan menjamu selera di gerai nasi beriani di kompleks niaga benteng, peserai ini. Dulu me ada cerita di SINI.

Trois (3) – di pertengahan jalan menuju ke muar, me terjumpa papan tanda dan terus ke pusat rekreasi kolam air panas geresik. Teringat masa me pergi ke labis. Me sempat rendamkan kaki seketika. Gambar kaki ada me tampal di entri diatas. [+link: j travel ]

Quatre (4) – alkisah diriwayatkan juga parit jamil tiada siapa yg tahu asal usul nama tersebut. Dari jalan utama sudah ada lencongan, me masuk ke parit jamil sebelum sampai simpang jalan parit yusof. Tiada pekan parit jamil rupanya.

Cinq (5) – dari parit yusof, me lalu bukit mor, sebelum tiba di pekan parit jawa. Di simpang empat, ada dua jalan menuju ke bandar muar rupanya. Me terus ke bandar muar.

Six (6) – oleh kerana lebih dua marhalah perjalanan itu, me bersolat qasar dan jamak zohor dan asar di masjid biru ditempat kuala sungai yg sungguh indah.

Sept (7) – sebelum berangkat pulang, me sempat pusing-pusing dan limpas stesen bas muar. Tapi stesen bas ekspres di tempat lain rupanya.Dan bas mini memang tidak kelihatan. Nasib baik juga dibulan puasa, kalau tidak me akan cari mee bandung muar yg popular itu.

Tadaaa, dah siap entri me yg ini. Tapi me tak hendak tag orang lain. Bukan hidup me hendak susah lagi menyusahkan orang lain. Voleee kannns.

Sekali lagi, gambar diatas kesemuanya hanyalah hiasan semata-mata. Dan jangan lupa komen pada entri diatas ya kawan-kawan.

Alahai.

Written by en_me

Tue 23 Sep 08 at 12:01 am

Posted in Uncategorized

%d bloggers like this: