Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

rest in peace

with 9 comments

dikenang enggau pengambis penyinu ati
rumah panjai sedi, sarikei

Hari ini hari keempat me berada di rumah panjang.

Hari pertama kelmarin me tiba di lapangan terbang sibu. Jam 4.40 petang menaiki air asia. Satu jam setengah tiba di sibu. Kekanda mQ, doktor jMs, yg bertolak dari lawas jam 6 pagi menjemput me, yaasir, dan mQ (my queen).

Hari kedua, pagi-pagi me sudah ke pekan nyabor dan grigat. Perkampongan melayu sarawak. Me beli 5 kilogram naga (RM12 sekilo), sejenis kupang. Dan RM20 karipap, pulut panggang dan serimuka.

Tengahari me pergi ke bandar sarikei.  Me beli barang-barang dapur, termasuk periuk belanga untuk masakan kami sekeluarga di rumah panjang itu. Bukannya di rumah panjang itu tiada periuk belanga.

Me makan tengahari di restoran sugar bun yg ada wifi. Tapi bateri laptop mat_eSa me cuma tahan 10 minit saja.

Kekanda mQ, jurutera hNr, yg berada di belanda juga baru sampai di rumah panjang.

Petang kelmarin me pergi ke pekan roban. Me beli dua kipas angin tinggi. Tapi me lupa nak telefon kaum kerabat di semenanjung masa di pekan itu. Di rumah panjang yg ditengah hutan borneo itu kan memang wilayah celcom. Jadi, malam tadi juga me bergegas ke pekan selalang mencari signal ‘mamat gendut kuning’ digi dan maxis. Nasib baik tidak perlu meredah sungai dgn bot sangkut dan bertarung dgn ‘bujang senang’ lagi seperti dua puluh tahun yg lampau. Tapi dulu kan tiada perkhidmatan telefon bimbit.

Hari ketiga sungguh banyak aktiviti. Nanti me kemaskinikan oke.

Pagi jumaat tadi, upacara adat pengkebumian selamat dijalankan. Esok petang me akan pulang ke semenanjung.

Alahai.

Written by en_me

Fri 18 Jul 08 at 1:04 pm

Posted in nostalgia, travel

9 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. menanti update dari en_me. nak tahu bagaimana upacara pengebumian dijalankan bagi bapa mentua (orang iban kan).

    aliff

    Fri 18 Jul 08 at 2:21 pm

  2. ~ owhh, bapa mertua en_me bukan org islam ker? tue la cam pelik jer tengok gambar kat atas tuh. apa2 pun, takziah la untuk keluarga mertua en_me. ~

    ~ mizzamy ~

    Fri 18 Jul 08 at 3:14 pm

  3. semoga sumenye selamat utk en_me n keluarga…

    cikf=)

    Fri 18 Jul 08 at 11:38 pm

  4. en. me…
    naik bot meredah sungai rajang taK?
    panjang benor umur ayahanda mQ..

    Polar Bear

    Sat 19 Jul 08 at 6:46 am

  5. bila la saya nak sampai ke sarawak cuti2 malaysia neh. mesti best kan.
    en_me boleh jadik tour guide?

    KNizam

    Sat 19 Jul 08 at 11:00 am

  6. mesti en. me penat jalan2 sana sini..

    apis17

    Sat 19 Jul 08 at 11:55 am

  7. wow…berpeluang tinggal di rumah panjang.mesti menarik.Jgn lupa snap gambar byk2, boleh kongsikat sini.

    cikgu panji

    Sat 19 Jul 08 at 12:50 pm

  8. takziah utk mq’s family

    yonna

    Tue 22 Jul 08 at 1:33 pm

  9. pasti hiba. takziah.

    sampai masa utk tukar bateri mat_esa.

    mungkin tukar sajer mat_esa tewww.. vollee kanns

    zzeed

    Tue 22 Jul 08 at 3:20 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: