Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

fraser’s hill

with 7 comments

compare to genting and cameroon highlands, fraser’s hill station retains the most colonial charm

Hariraya qurban kedua semalam, me pergi ke bukit fraser.

Perjalanan pergi, me lalu jalan gombak, terowong genting sempah, bandar bentung, teranum dan tiba di pintu masuk ‘the gap’ jam 12.42 tengahari. Banyak kereta sedang menunggu disebabkan jalan sehala ke bukit fraser. Pandu masuk ke puncak bukit mula jam 1 petang.

Di bukit fraser, me makan mee goreng di restoran arzed. Makcik restoran puncak yang satu lagi pula punyalah garang macam gengster.

ferris11.gif Gambar-gambar lain di flickr [+ klik ]

Jam 2.35 petang me turun, ambil gambar empangan sungai negeri selangor dan pulang melalui kuala kubu baharu pula. Me singgah di kampung rasa untuk menunaikan solat di masjid jame’ al-khalidiah itu. Me lalu bandar batang kali dan rawang sebelum keluar ke lebuhraya PLUS itu.

Me insaf dalam perjalanan yang sesingkat itu, me terpaksa menahan perasaan marah dengan kerenah pemandu kereta lain yang membuang sampah keluar dari kereta mereka. Ada yang berkopiah putih pula dan bertudung labuh pula. Tak baik tau.

Alahai.

Written by en_me

Sat 22 Dec 07 at 12:02 am

7 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. cantik cantik cantik.. memang mcm kat oversea..

    yginsaf

    Fri 21 Dec 07 at 5:16 pm

  2. yginsaf,

    memang betul2 insaf ni.Tu la pasal,psl buang sampah ni…selagi ade pengutip sampah, selagi tu ade pembuang sampah kan?

    @LiENZ

    Sat 22 Dec 07 at 12:49 pm

  3. terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya..
    🙂

    geneticthylon

    Sat 22 Dec 07 at 7:41 pm

  4. fraser hill.. yup. memang cantik and macam kat oversea. me pergi sana tahun 1997 kot.. dah lama dah..

    mucs

    Mon 24 Dec 07 at 2:58 am

  5. fraser hill ni…dekat je dgn rumah..boleh kata 4-5 kali kami pergi….last pergi 8/11/2007 baru ni..ade gambor dan cerit kat sini

    http://kujie2.blogspot.com/2007/11/bahagiaku-denganmu.html

    erk..kakjie keliru sikitlah…sebab skrg ni jln dah 2 hala ke fraser’s hill tu..jln lama tu di jadikan jalan turun dah ade satu lagi jalan baru …dlm 250meter dari jln lama…depan sikit ke arah kuala lipis. Kalau dah lalu barang kali ke rawang..mesti lalu Serendah…rumah kakjie tu kat situ :p

    kujie

    Mon 24 Dec 07 at 1:37 pm

  6. Hummm… saya yang duduk di Pahang ni pun tak pergi lagi bukit fraser…

    Azhar Ahmad

    Mon 24 Dec 07 at 11:47 pm

  7. Hi, I nk tanya la..u ikut jalan mana huh gi fraser hill..i biasa pergi ikut jalan kuala kubu bahru..which one better? jln yg u ikut tu ke atau jalan kuala kubu bahru?

    This is my email.. plz reply k..i’ll wait for u
    nuno_gomes21@hotmail.com

    me dari gombak lalu genting highlands, pastu ikut bentong.. tapi ramai orang ikut kuala kubu bahru ..

    Amir

    Wed 30 Apr 08 at 12:21 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: