Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

license to drive

with 10 comments

learning to drive, a guide to parents [+ link ]

Sebenarnya aDm sudah lulus ujian memandu motorsikal. aDm sudah ada lesen P.

mQ memang beriya-iya benar hendak belikan aDm motorsikal. me tak kisah sebab pakai duit mQ juga.

Pagi-pagi Sabtu lagi me, mQ dan aDm tiba di kedai motor itu. Me tanya motor paling murah. Tokey bilang modenas kriss 100. Kalau tunai RM3550, kalau hutang RM4100. Me terkejut kenapa hutang berlainan harga sedangkan bank sudah kenakan bunga setiap bulan. Tapi tokey bilang memang begitu cara beli motor di negeri darul takzim. Me teringat motor yamaha 125zr me yang hilang dulu.

Me tanya kalau kedai motor boleh tempahkan nombor motor mengikut selera me. Tokey bilang kena masuk tender maa. Nanti kena tunggu seminggu dua lagi. Me tengok mQ jegilkan mata tanda tidak setuju. mQ tidak kisah nombor plat apa-apa kejadah. Me akur sebab mQ yang hendak bayar guna duit mQ juga. Tunai tu. Dan aDm boleh bawa motor baru balik hari Selasa nanti.

Balik dari kedai, me bawa aDm jalani kursus pengenalan memandu cikcity. mQ mula-mula jegilkan mata juga tanda bangkang. Bukan sebab takutkan cikcity langgar pokok senduduk atau cikcity termasuk longkang itu. Tapi mQ khuatir kalau me tengking-tengking anak bujang kesayangan mQ itu.

Tapi me bawa juga ke jalan yang tidak sibuk. Cikcity memang mudah dikendali sebab gear transmisi yang otomatik. Tapi me terlupa hendak ajar aDm supaya lepaskan ‘brek tangan’ sebelum mengendali cikcity.

Alahai.

Written by en_me

Sun 16 Dec 07 at 12:02 am

10 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. motor pertama me ialah suzuki rc80 yg me beli tahun 1989, masih bergerak – dikampong.. adik me yg pakey..

    yginsaf

    Sun 16 Dec 07 at 12:39 am

  2. first time singgah.. blog yg menarik 🙂 salam tuan umah dulu

    abanglong

    Sun 16 Dec 07 at 1:02 am

  3. owhh, aku masih blom amik lagi lesen kete
    biler la bleh amik

    iziana

    Sun 16 Dec 07 at 6:54 am

  4. me sudah ada berapa ramai?
    Usia dah 30 an ker?

    muhammadridwanto

    Sun 16 Dec 07 at 8:59 am

  5. kehkehkeh… tringat zmn mula2 nk belajar bawak kete dulu…abah sy suruh bwk kete naza. dah la besar..adoii…dugaan. nasib baek lulus!

    azreen

    Sun 16 Dec 07 at 3:36 pm

  6. hahaha.. anak kesayangan emaknya ke? beruntung sungguh aDm dpt motor baru 🙂

    ixora

    Sun 16 Dec 07 at 11:21 pm

  7. […] Pagi semalam me ambil motorsikal baru aDm. [+ previous story ] […]

  8. […] aDm ] sudah bersedia untuk mengambil ujian memandu kereta minggu […]

  9. […] aDm dan aTi mempersalah gunakan telefon bimbit itu. Bukan tidak pernah pakai, tapi tiap-tiap seorang […]

  10. […] juga, aDm sudah lulus ujian memandu kereta. Rasanya baru semalam me ajar aDm menguji pandu [ cikcity ] yg otomatik […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: