Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Newborn Baby

it weighs 2.99kg

Sepatutnya due date mQ hari Jumaat nih, tapi dah buat appointment dengan doktor nak operate esok. Tapi tengahari tadi, mQ dah mula sakit sebab contraction. Disebabkan me masih keje outstation kat KL, mQ pergi hospital bawak kereta sorang2. mQ call me suruh balik masa tuh jugak. Bukannya dekat KL ke JB, kurang2 ambik masa 5 jam. Tapi sebab me bawak cikputih dan boleh bawak laju, mungkin boleh sampai 3 setengah jam agaknya.

Betullah, pukul 3.20ptg, me dah sampai female ward kat tingkat 3. Tapi mQ masih kat dalam operation room. Nurse cakap boleh tengok baby dulu, boleh azankan dulu. Me pun pergi ambik baby kat dalam tempat pemanas bayi tuh dan teruskan qamatkan.

Me dah namakan bayi tuh – Yaasir ياسير, maksudnya yang mudah, yang senang. Amin.

Written by en_me

Wed 14 Mar 07 at 7:41 pm

Posted in family

Tagged with , ,

%d bloggers like this: