Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

zoo melaka

Semalam Tahun Baru Cina, pagi-pagi lagi me dah ajak famili pergi jalan-jalan. Mula-mula plan nak ke Mersing, nak beli kuih pau.

Jam 0830, keluar rumah, naik Unser, singgah kat Plaza Tol Kempas, me beli Smart-Tag (RM100), tapi kena tambah RM100 pada kad Touch-n-go.

Jam 1200, sampai Zoo Melaka, susah betul nak cari tempat parking kereta, tapi nasib baik mQ tak nak ikut kami masuk Zoo, jadi, mQ tinggal kat dalam Unser kat tepi jalan. Jam1330, keluar dari Zoo, pergi Jusco Mahkota Parade, Melaka, makan tengahari.

Lepas tuh, patah balik ke JB, tapi keluar kat plaza tol Ayer Hitam, singgah bandar Kluang, isi minyak kat Petronas. Teruskan perjalanan ke Mersing. Kami tak singgah pun kat tempat Wak Tunot jual Rempeyek tuh, sebab tak ada sape berminat.

Jam 1800, sampai kat Mersing, pusing-pusing bandar cari hotel untuk menginap, malangnya semua hotel besar-besar penuh! Adalah hotel yang bilik air kat luar, tapi aDm tak berminat.

Lepas kami makan malam kat tepi laut, singgah beli keropok lekor, dan singgah kat Esso untuk buang air. Me punya taksub kat Petronas punya peraduan Car Craze, sampai sanggup nak isi minyak kat Kota Tinggi walaupun minyak dah tinggal suku tangki!

Dipendekkan cerita, kami sampai rumah jam 2330.

Advertisements

Written by en_me

Mon 19 Feb 07 at 11:19 am

%d bloggers like this: