Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

hutangku jangan kau lupa

Awal bulan lepas me call pejabat penerbitan buku, tanya pasal cadangan skrip yang telah hantar 2 bulan lepas. Mula-mula me cakap dengan budak editor baru tuh, tapi dia kata tak boleh terbitkan sebab senior dia kata tak boleh sebab skrip buku cadangan me tuh sama macam yang buku lama. Mula-mula bengang jugak, tapi tak apa la, mungkin bukan rezeki kot. Kemudian budak editor tuh kata nak pulangkan balik skrip, me kata – oklaa.

So, me pun call balik senior editor yang pernah berkawan dulu. Dia pun cakap (dengan nada tinggi bercampur marah bercampur boring) macam tadi jugak pasal buku cadangan me tuh. Tapi me akurla jugak dan sempat jugak me tanya pasal hutang yang dia belum langsaikan lagi.. Bila dengar pasal duit hutang , slow la sikit nada suara dia. Dia mintak me punya nombor akaun, so me smslah..

Dan lepas dua minggu, me check baki akaun bank , si editor tuh masih belum masukkan lagi. Awal minggu lepas me call balik dan patut ke dia tanya kat me samada me perlukan sangat2 duit tuh? Me ulangi sekali lagi: Adakah patut dia cakap macam tuh? Me cakaplah me memang nak pakai duit tuh (walaupun tak mengharapkan sangat duit tuh), lagipun duit tu duit me yang dia pernah pinjam dan pakai lebih 3 tahun yang lampau! Dulu dia janji nak langsaikan dalam masa 3 bulan je.. Buat-buat tak tahu pulak.. Bengang! Lagi bengang kepala hotak aku nih.. Dia cakap dia nak pinjam duit boss dia nak bayar hutang me nanti – lantak dia laa.

Dan jumaat lepas, me terima sms dia, kata dah deposit duit dalam bank, tapi RM850 je, baki tak tahu bila nak bayar. Me ulangi sekali lagi: Adakah patut dia cakap tak tahu bila nak bayar baki? Geramnye me! Tapi gembirala jugak dan balas sms dia: thank u v much, baki tuh awk byrlah RM50 sebulan. Dia terus senyap je lepas tuh!

aram*jadah betul.. Kalaula dia bayar ansur-ansur sikit-sikit, taklah me mengamuk macam nih! Aaarghgh!

maruwiah ahmat karisma publishing orkid anggerik

Written by en_me

Tue 6 Feb 07 at 10:32 pm

Posted in ho hum

Tagged with , , , ,

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] engineer, you typing fast for what? once my editor mocking […]

  2. […] juga bertandang ke warung karisma publishing itu. Me tanya buku koleksi siri kenali negeri kita, oleh maruwiah ahmat. Me tanya kalau-kalau dijual asing-asing. Sebab me nak beli negeri johor. Tapi budak perempuan yg […]


Comments are closed.

%d bloggers like this: