Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for February 2007

Yassar – Mewah?

mQ dah memang sarat, nak masak pun tak larat. Tapi kalao me ajak makan kat luar, larat pulak.

Me pulak sibuk cari nama bayi. Me memang nak namakan bakal baby tuh – Yassar, kaya raya, mewah, senang lenang. Dah lama me fikir pasal nama itu.

Tapi minggu lepas, me terjumpa dalam buku nama-nama yang nama ‘Yassar’ itu walaupun elok maksudnya, tetapi Nabi saw tidak menyukainya. Perkara tersebut telah dinyatakan dalam riwayat hadis Muslim yang bermaksud:

“Jangan namakan anak lelaki kamu Yassar, atau Rabaah, atau Nujayh, atau Aflah …”

Walaupun tidak diberitahu mengapa dilarang, tetapi alim ulama berpendapat nama tersebut seperti akan menjadi celaan orang ramai sekiranya tidak menjadi kenyataan. Contohnya, sekiranya Yassar tidak menjadi kaya raya atau mewah apabila dewasa nanti, masyarakat akan mencemuhnya kerana mempunyai nama yang bermaksud kaya raya atau mewah.

Wallahualam.

Dan kini, me sibuk mencari nama yang lebih sesuai untuk bakal baby nanti. InsyaAllah.

Advertisements

Written by en_me

Mon 26 Feb 07 at 9:27 am

Posted in family

Tagged with , ,

Car Craze Winner

Pagi tadi, semasa me ronda2 kat dalam ofis laa, me terjumpa suratkabar lama. Takla lama sangat, minggu lepas punye (16hb). Me berminat nak tengok sebab ada gambar pemenang Petronas Car Craze bulan lepas.. Tahniah untuk Ms Genevieve Esther Lojinin ( 710428125346 ) .. Peliknye nama dia. Me tengok jugak kalau2 ada terselit nama me kat hadiah yang kecik2 tuh. Hmmm..

Written by en_me

Thu 22 Feb 07 at 6:02 pm

Posted in games

Tagged with , ,

Cuci Unser

Sebab dah satu hari berjalan jauh, mQ suruh me hantar Unser pergi cuci kereta.

Lepas balik dari pasar, aDm kata dia nak gunting rambut, tapi kat kedai Amoy je, tak nak kedai Mamak Gunting. Tapi masalahnya, kedai gunting Amoy semuanya kan tutup sempena Raya Cina nih.

Lepas hantar barang-barang pasar, me bawak Unser pergi cuci. Lepas cuci kereta (adalah lebih kurang setengah jam) me naik anginla kejap sebab budak-budak tuh terlupa nak lap dashboard Unser.

Written by en_me

Mon 19 Feb 07 at 11:30 am

Posted in family, transport

Tagged with ,

zoo melaka

Semalam Tahun Baru Cina, pagi-pagi lagi me dah ajak famili pergi jalan-jalan. Mula-mula plan nak ke Mersing, nak beli kuih pau.

Jam 0830, keluar rumah, naik Unser, singgah kat Plaza Tol Kempas, me beli Smart-Tag (RM100), tapi kena tambah RM100 pada kad Touch-n-go.

Jam 1200, sampai Zoo Melaka, susah betul nak cari tempat parking kereta, tapi nasib baik mQ tak nak ikut kami masuk Zoo, jadi, mQ tinggal kat dalam Unser kat tepi jalan. Jam1330, keluar dari Zoo, pergi Jusco Mahkota Parade, Melaka, makan tengahari.

Lepas tuh, patah balik ke JB, tapi keluar kat plaza tol Ayer Hitam, singgah bandar Kluang, isi minyak kat Petronas. Teruskan perjalanan ke Mersing. Kami tak singgah pun kat tempat Wak Tunot jual Rempeyek tuh, sebab tak ada sape berminat.

Jam 1800, sampai kat Mersing, pusing-pusing bandar cari hotel untuk menginap, malangnya semua hotel besar-besar penuh! Adalah hotel yang bilik air kat luar, tapi aDm tak berminat.

Lepas kami makan malam kat tepi laut, singgah beli keropok lekor, dan singgah kat Esso untuk buang air. Me punya taksub kat Petronas punya peraduan Car Craze, sampai sanggup nak isi minyak kat Kota Tinggi walaupun minyak dah tinggal suku tangki!

Dipendekkan cerita, kami sampai rumah jam 2330.

Written by en_me

Mon 19 Feb 07 at 11:19 am

Ghost Rider Sushi King

Tadi malam me pergi Tebrau City, makan malam kat Sushi King sebelum tengok wayang ‘Ghost Rider’, lakonan Nicholas Cage.

Written by en_me

Sun 18 Feb 07 at 7:14 am

Posted in family, food, movies

Tagged with , , ,

Masalah Kerja

Balik dari bandar K, me terus balik rumah, tidur kejap dalam pukul 2 tengahari. Pukul 3.15petang, kawan sekerja telefon masa me tengah terbongkang tidur tadi. Me taklah mengamuk, tapi benganglah jugak..

Nirza: Sori ganggu, nak mintak tolong sikit..
Me: Ok, takpe.. Apa dia?
Nirza: Camana nak buat Autocad drawing?
Me: Kau kena edit satu file.. and dxf .. bla bla

Biasanya diaorang call handset, tapi sebab hari nih hari Sabtu, me offkan handset, jadi, diaorang call rumah lah pulak..

Written by en_me

Sat 17 Feb 07 at 7:23 pm

Posted in work

Tagged with , ,

Rumahku DiSewa

Akhirnya, hari nih, lepas lebih 4 bulan rumah sewa me yang di bandar K dikunjungi bakal penyewa India. Mula-mula janji pukul 10pagi me tunggu kat rumah tuh, pukul 9.40pagi, me dah sampai sana, sempat ganti (tukar) cermin yang pecah kat dapur. Tunggu sampai pukul 10.10pagi, masih tak datang jugak bakal penyewa tuh. Bila me call, dia kata tengah tunggu abang dia – rupa-rupanya dia sendiri yang nak sewa.

Lepas tawar-menawar, akhirnya me sewakan juga rumah murah tuh dengan harga RM20 lebih murah.

Written by en_me

Sat 17 Feb 07 at 7:19 pm

Posted in property

Tagged with , , ,