Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

outstanding busy

Pagi tadi, me sarapan roti canai telor kat kedai mamak. Me cari suratkhabar belum sampai lagi… ah!

Pukul 10pagi, me pegi kedai hantar 2 tong gas, satu tong rosak, kedai kata tak boleh ganti sebab tong gas BP dah tak ada dalam market! Tapi budak India yang hantar tong gas pakai lori kata dia boleh tukar, tapi kena datang kat rumah me.

Masa tunggu lori budak India tadi, me beli tayar spare baru untuk cikputih : (jenis Goodyear 195 60 15, 90T).

Tandas rumah me pulak sumbat, panggil plumber tengahari baru sampai. Lebih 2 jam menggodeh lubang kumbahan tuh, plumber tuh kata kena sambung esok, bawak peralatan lain pulak!

Petang, me pergi tengok rumah sewa kat bandar K itu. Me buat pendua kunci rumah flat tuh dan bagi satu salinan kat jiran. Me sempat juga beli casing untuk kunci Unser yang dah koyak rabai patah.

Malam, singgah kat warung Sup Power, me try sup daging tapi taklah power sangat macam member mQ cakap!

Written by en_me

Sun 7 Jan 07 at 8:07 pm

Posted in family, food

Tagged with , ,

%d bloggers like this: