Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Archive for February 2006

Katil Ku Beli

Sabtu lepas, me jumpa lawyer kejap kat JJ.. lepas tuh singgah kat Lorenzo sbb ada sales 70%.. teringat nak beli katil baru.. lepas tuh pegi kedai perabut biasa kat TR terus confirm beli katil dgn side mirror..

Advertisements

Written by en_me

Sun 19 Feb 06 at 8:28 am

Posted in property

international kite festival

Petang tadi, me pergi melawat bukit layang-layang itu.

Orang memang ramai.

Malam, me pergi makan seafood di kampong senibong pula.

Written by en_me

Sat 18 Feb 06 at 11:03 pm

Posted in family, food

Tagged with , , ,

Alfatihah: Dr. Amza

the plant is not always green as we want it to be

This morning, I got news that my former doctor died of cancer. What a sad story… I still remember a few years ago when I was teaching his kids to learn about computers…

Written by en_me

Tue 14 Feb 06 at 1:52 am

Posted in friends

Tagged with ,

Life Insurance Nuisance

it’s better to stare at the cloud!

Last Thursday, I called Zuraidah of Tahan Insurance company to claim my insurance bonus after 3 years maturity. I gave her information about the insurance policies and she promised to handle my case and I would get my payment on the 7th Feb (Wed).
So, on Wednesday, I called Diana (Zuraidah’s colleague) asking about the status of the cheques. She said the cheques would be ready after 2pm. I rode one hour on my motorbike to their office at Menara MRCB, Shah Alam. Arriving there at 3.05pm, she said the cheques needed just one more signature and what upset me more was that there were only 2 cheques available instead of 4 cheques! She promised to prepare and bank-in the remaining cheques by Thursday (yesterday). After ‘half an hour’ wasting my time in that office, I took the 2 cheques and left. Arrived at my office at 4.30pm. Total wasting of time due to this stupidity: 2hours 30 minutes.
This Friday afternoon (just now), I called Zuraidah again and asked about the cheques. She said the cheques were ready but there was no ‘despatch boy’ to bank-in them! Damn… I am getting tired of this nonsense already…

Written by en_me

Fri 10 Feb 06 at 7:12 pm

Posted in family

Tagged with , , ,

Sekolah Menengah Teknik


5.30am: bangun tidur
6.10am: solat subuh
6.44am: bertolak dr PG
8.10am: sampai Pejabat Pos bandar P tutup… sempat fotostat dokumen2, me upset pasal kedai tuh punye stapler kaput… sampai me pegi kedai sebelahnya pakai stapler!
8.20am: ramai org kat depan pejabat pos, semua pelik sebab pejabat pos tak bukak lagi!
nota: waktu baru pejabat 8.30am sampai 5pm (tutup lambat bukak lambat laa…) sbb hari sabtu tak keje…
9.10am: sampai kat SM Teknik, bebudak guard kata tak boleh masuk daa, parking dah penuh… bila me dah menapak ke dlm kawasan sek, me tengok ada lagi tempat parking… me patah balik kereta dan pandu masuk selamba je…
10.15am: pendaftaran
12.30pm: masuk asrama
1.00pm: balik JB
1.30pm: singgah bsn PN
2.00pm: hantar kereta utk servis kat bandar T
3.15pm: tido kejap kat sofa
4.00pm: bangun, kereta tak siap lagi
5.10pm: ok, balik ke PG
5.50pm: singgah kat jln bayu, ambik gambar rumah
6.00pm: singgah TR, beli makanan kat pasar lambak
6.20pm: sampai rumah

Written by en_me

Mon 6 Feb 06 at 6:51 pm

House for Rent

Me baru je gantung signboard ‘House For Rent/Sale’ petang jumaat yg lepas. Ptg tadi, ada makcik dtg tengok rumah tuh dan terus bayar deposit! Cool…

Written by en_me

Mon 6 Feb 06 at 10:46 am

Posted in property

Tagged with , ,

Al-fatihah: Hud Mohamad


Me terkejut tadi bila dapat tahu yg bekas kawan sekerja meninggal dunia sebab kemalangan jalanraya pada hari Rabu minggu lepas…

Me buat satu laman web sebagai kenangan… al-fatihah untuk saudara Hud Mohamad

Hasrat pemandu lori tak sampai
Oleh Ibrahim Isaibrahim@hmetro.com.my
MASAI: Hasrat seorang pemandu lori pasir tempatan yang bekerja di Singapura mencari kerja di negara ini tidak kesampaian, apabila terbabit dalam kemalangan maut di persimpangan di Kilometer 25, Jalan Masai Lama, berhampiran Taman Megah Ria, di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.
Hud Mohamad, 42, dikatakan ingin bekerja di negara ini selepas lebih lima tahun menjadi pemandu lori pasir di negara jiran itu.
Jirannya, Nurhaniza Zainal Abidin, 34, berkata Allahyarham pernah memberitahu suaminya (Sallehuddin Ahmad, 37), dia ingin bekerja di Malaysia kerana tidak tahan lagi bekerja di Singapura.
Ini kerana, katanya, Allahyarham mengadu letih apabila terpaksa keluar awal pagi dan pulang lewat malam setiap hari dan ingin kerja di Malaysia untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga.
“Tetapi apakan daya hasratnya untuk bekerja di sini dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tidak kesampaian selepas dia meninggal dunia akibat kemalangan pagi tadi (semalam).
“Sebelum ini, kami tidak nampak sebarang perubahan kecuali pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi (semalam) ketika ingin ke tempat kerja, Allahyarham tidak menegur suami saya sedangkan Allahyarham biasanya seorang yang peramah,” katanya.
Anak sulung mangsa, Muhd Sayyid Haziq, 16, berkata Allahyarham tidak banyak berubah sejak kebelakangan ini, termasuk membawa mereka sekeluarga berehat di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, di sini, sempena cuti Tahun Baru Cina dan Maal Hijrah.
Katanya, Allahyarham hanya berpesan kepadanya sebagai anak sulung supaya belajar bersungguh-sungguh dan membantu keluarga, terutama ibu dan persekolahan adik-beradik.“Tiada sebarang perubahan pada Allahyarham kerana dia sememangnya seorang peramah.
Cuma Allahyarham ada berpesan supaya menjaga keluarga,” katanya.Allahyarham meninggalkan enam anak dan seorang isteri yang juga suri rumah, Saniah Atan, 40.Sementara itu, Ketua Polis Trafik Johor Bahru Selatan, Deputi Superintenden Mohamad Ismail, berkata dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, motosikal mangsa bertembung dengan sebuah kenderaan dipercayai van di sebuah persimpangan berhampiran Taman Megah Ria.
“Siasatan awal mendapati, pemandu van itu tidak memberhentikan kenderaan ketika berada di persimpangan itu dan terus keluar menuju Pasir Gudang iaitu arah bertentangan dengan mangsa.
“Mangsa yang dalam perjalanan ke Singapura dipercayai tidak sempat memberhentikan motosikalnya sebelum bertembung dengan van berkenaan,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.
Katanya, sehingga kini pemandu van berkenaan tidak membuat laporan polis dan pihaknya menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 41 (1) Kanun Keseksaan kerana langgar lari.
Jenazah Allahyarham dituntut keluarganya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Parit Besar, Batu Pahat.
Sehubungan itu, saksi kejadian itu diminta membuat laporan di balai berhampiran bagi membantu siasatan.

Written by en_me

Thu 2 Feb 06 at 5:25 pm

Posted in friends, nostalgia