Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

Kerenah KWSP

KWSP JB, me sampai awal, kul 7.30 pagi. Pak Guard kata tak boleh masuk sebelum kul 8.15 pagi. Ini adalah kali kedua me pergi ke pejabat KWSP atas urusan yang sama. Kali pertama, minggu lepas, kerani kaunter tuh kata kena bawak dokumen yang original. Masa tuh, me memang bawak yang original kecuali buku bank sebab tertinggal kat rumah di KL. Lagipun kat dalam borang tuh tak cakap pun kena bawak buku bank yang original!
Pendekkan cerita, kerani kaunter tuh cek lagi, semua dokumen in order. Tapi bila tengok SPA, dia tanya mana pelan rumah? Manalah me tahu, me ingat semua ada kat situ. Dia kata kalao takde pelan rumah, tak boleh proses. me naik anginlah, kenapa masa me dtg kali pertama dulu tuh, kawan tuh tak check semua! [dot dot dot ] So, me kena balik rumah, ambik pelan rumah yang ada kat dalam brochure tuh. Buang masa betullah depa nih! Dia ingat rumah me dekat ke?
Pendekkan cerita lagi, lepas kerani kaunter yang sama (btw, nama dia dotdotdot) tadi dapat me punye pelan rumah, barulah dia nak proses. Dia kata kena ambik 21 hari untuk duit masuk dalam akaun. Biasalah tuh …

Written by en_me

Sun 27 Feb 05 at 12:44 pm

Posted in property

Tagged with , ,

%d bloggers like this: