Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

tuah dapat kereta

great news

KUALA LUMPUR 24 Dis – Pepatah ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu,’ memang sesuai bagi seorang jurutera, apabila hari ini memenangi tempat pertama cabutan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) bulan November dan membawa pulang kereta Mercedes-Benz C200K.

Enme, yg berasal dari Johor, juga pernah memenangi hadiah wang tunai menerusi rancangan ‘Who Wants To Be A Millionaire’ terbitan ntv7.

Beliau ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka pembelian SSP sejak 12 tahun lalu akan memberikan pulangan besar baginya.

“Sebenarnya, saya pernah berhenti membeli SSP kerana masalah kewangan.”

“Tetapi hati saya ‘terbuka’ semula untuk menyimpan setelah rakan sekerja saya memenangi kereta Mercedes Benz pada tahun 1997,” katanya ketika ditemui selepas majlis Cabutan Premium Ekstra dan SSP di sini hari ini.

Beliau menerima replika kunci kereta mewah itu yg disampaikan Pengurus Besar dan Ketua Eksekutif BSN, Tajudin Atan.

Hadi sama ialah Timbalan Pengurus Besar II BSN, Juariah Azahari.

Menurut Enme, beliau berkongsi dengan isterinya bersama-sama melabur membeli SSP itu.

“Saya menerima berita menggembirakan ini daripada rakan sekerja melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sembilan hari sebelum harijadi saya pada 5 Disember lepas.

“Walaupun terpaksa menunggu begitu lama, sebenarnya tidak rugi kalau kita melabur dengan cara ini kerana ia memberikan pulangan yg memuaskan,” ujarnya.

Difahamkan, beliau juga pernah terpilih sebagai pemenang sagu hati bagi cabutan sama sebanyak enam kali yg melayakkannya mendapat SSP bernilai RM100 dan RM300.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, dua cabutan iaitu Cabutan Premium Ekstra dan Cabutan SSP turut dibuat untuk bulan ini.

Kedua-dua cabutan tersebut menawarkan hadiah lumayan yg bernilai RM1.9 juta dan keputusan akan diumumkan menerusi akhbar-akbar utama Selasa ini.

nice picture

Written by en_me

Sun 26 Dec 04 at 8:09 am

Posted in games

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] me periksa suratkabar, Utusan Malaysia, nampak gambar me. [+ tuah dapat kereta […]


Comments are closed.

%d bloggers like this: