Memang Lumayan

dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang me musafir lalu ..

a young millionaire

with 2 comments

Jutawan muda..

KUALA LUMPUR – Seorang pengusaha bengkel basikal di FELDA Bandar Pusat Jengka, Pahang, Ahmad Samerin Dzulkifli, 23, mengambil masa 15 saat saja untuk muncul sebagai jutawan malam ini selepas memenangi hadiah wang tunai berjumlah $1 juta pada pertandingan akhir “Kuiz More Jutaria.”

Ahmad Samerin, yg berasal dari Temerloh, Pahang memenangi hadiah tersebut setelah berjaya memberi jawapan kepada soalan bonus pada tertandingan itu anjuran RTM dan Syarikat R. J. Reynolds.

Pemilihan huruf-huruf nama keduanya, S A M E R I N, sebagai huruf pembayang bagi soalan bonus ekonomi, yg hampir melengkapkan jawapan “Sijil Simpanan Premium” telah menjadikannya jutawan “dalam sekelip mata.”

Ahmad Samerin menerima “cek,” berjumlah $1 juta itu daripada Menteri Penerangan Dato’ Mohamed Rahmat.

Beliau mengalahkan dua peserta lain, Mohamed Nor Abdul Rahman, 32 dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan Asmadi Abdullah, 32, dari Air Itam, Pulau Pinang.

-arkib utusan malaysia

nota terkini: me akhirnya dapat berjumpa dengan encek samerin itu >> klik CERITA.

Written by en_me

Sat 9 Sep 00 at 2:26 pm

Posted in games

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. […] made Ahmad a millionaire [+ the real news ] archive from utusan […]

  2. […] kedai basikal samerin. Jutawan pemenang kuiz more jutaria dulu-dulu.[+ part une | part deux | the archive […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: